29 August 2016

Pasar Mini One Stop Mulakan Trend Baru Dalam Perniagaan Peruncitan Di Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU: Pasar Mini One Stop menjadi pemangkin dan pencetus trend baru dalam perniagaan peruncitan di Kuala Terengganu.

Komuniti bandaraya Pesisir Air Kuala Terengganu dan sekitar 5 KM akan menikmati servis penghantaran kepada produk yang mereka beli di Pasar Mini One Stop. Woo hebat bunyinya...Dah lah Muroh, Siap *hantar pulak tu dan tiada Syhhhh..

Ha ha Guaner Gamok KT? Nampaknya inilah berita gembira dan yang pertama seumpamanya di Kuala Terengganu.

Anggaplah servis ini sebagai hadiah bulan kemerdekaan untuk rakyat Transformsi Terengganu Baharu.

Harga kami memang termurah dah....tapi yang penting, penghantaran percuma jika dalam lingkungan 5km dari bandar KT.

Untuk menambah keseronokan anda shopping, maklumlah musim kemerdekaan dan pelbagai musim lagi, setiap belian 30 buah hamper, kami hadiahkan 1 percuma.

Tapi yang lebih penting (Syyyyhh jangan bagi tau siapa-siapa, ini untuk awak saja) tiada caj GST dikenakan disini.....

Jadinya adik kakok weh, jeput marilah ke premis kami..

Pasar Mini One Stop
35, Jln Tok Lam,
20100 K.Trg.

*Penghantaran percuma untuk lingkungan 5KM dari Bandar KT.

23 August 2016

Kerana Kita Bersama, Kita Sehati Sejiwa Video

Kerana Kita Bersama, 

Kita Sehati Sejiwa. 

Selamat menyambut hari 

kemerdekaan, Malaysia.

Enhanced video.


02 June 2016

Kunci Syurga Shopping Terengganu Ada Ditangan 7 Orang ini.

Kunci syurga? Sebelum kenyataan ini diprint screen dan dimanipulasi oleh musuh tradisi dan bermusim saya, disini saya perjelaskan dengan lebih jelas awal-awal,

Kunci syuga yang dimaksudkan ialah memang kunci syurga iaitu syurga membelibelah menjelang musim perayaan. Kuncinya berada ditangan 7 syarikat utama ini yang berpengkalan di Terengganu.

Dengan menjadikan Kuala Terengganu sebagai hub penjualam tekstile import bermutu tinggi dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga yang ditawarkan di Kuala Lumpur. Kaedah pengumunan dalam pengiklanan yangberkesanakan membantu menjadukan usaha iniberjaya.

Dengan kemudahan lebuhraya Pantai Timur, datang pagi dah boleh balik semula ke KL petangnya. Menawarkan tektil berkualiti yang hanya terdapat di Terengganu sudah pasti akan berlaku perubahan dalam road map shopping in Malaysia.

Kita bukan sahaja menjadikan Trend Shopping berubah kembali ke Terengganu malah yang nak pulang beraya pun akan balik shopping di sini.

Kenapa? 

Kerana keunikan, kelaian dan harga yang kompetitif ditawarkan. Saya yakin pihak kerajaan negeri akan menyambut baik idea ini. Kemahuan dah ada, jalan pun dah ada, kita dah boleh lupakan Mar Said seketika dan tumpukan perhatian untuk menjadikan Kuala Terengganu sebagai Syurga membelibelah bahan-bahan terktile kfaft dll.

Ia bukan sahaja mempercepatkan kesuksesan TTB malah ia akan membantu merancakkan lagi perkembangan dan pembangunan ekonomi rakyat. Apatah lagi dengan dasar MB Ahmad Razif yang memberi kelonggaran untuk rakyat berniaga.

The whole state of Terengganu will be boomimg like no body's business...Trust me you.

So here we go, 7 major Textile and Clothing Services in Kuala Terengganu.

1. Kian Hin Kedai Kain 
35 Jalan Bandar, 20100 K Terengganu,
Terengganu, Malaysia

2. Jaafar Fabrics Sdn Bhd 
50 Jalan Bandar 20100 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia

3. Dewandas Jhamatmal 
38 Jalan Banggol 20100 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia

4. Habibah Enterprise Sdn Bhd 
Lot 1040 Kampung Rhu Renggeh 21080
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

5. K.MMohamed Ali Sdn Bhd 
1c Jalan Sultan Zainal Abidin 20100
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

6. Syarikat Maideen 
1e Jln Sultan Zainal Abidin 20100
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

7. M M Yahya Ibrahim Co 
33 Jalan Bandar 20100 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia


01 June 2016

Trendy in Terengganu on 1 Jun 2016 "Terengganu Peranakan Festival? A Must Go Event!"


Trendy in Terengganu on 1 Jun 2016
 "Terengganu #Peranakan Festival. A Must Go Event!" Don't Miss it...


30 May 2016

Jennifer Lopez buys compound worth $28 million - 2 hours ago BY Agencies

Singer-actress Jennifer Lopez has just bought what is arguably one of Los Angeles’ most stunning homes.

The 46-year-old star is reportedly the proud new owner of a sprawling multi-structure compound in Los Angeles’ exclusive Bel-Air neighborhood. She has splashed out a whopping $28 million on her new home.

 Lopez bought the eight-acre estate — which comes with a lake and a beach — from actress Sela Ward, who originally wanted $40 million for the property, reports tmz.com.

Variety first noted that the pop star had her eye on the seven bedroom, 13 bathroom property which features a main mansion that is as dreamy as it is pricey. TMZ’s sources confirmed she has purchased the pad and managed to snag her a discount.

 The house is said 13,000 sq ft and can be accessed by walking across a covered bridge.

Originally designed by famed architecture Samuel Marx in 1954, the property fell into disrepair when actress Sela Ward and her entrepreneur husband Howard Sherman stepped in.

Restoring what was left and then adding touches to reflect her Southern heritage, Sela has created the modern day version of a fairy tale house which Jennifer now gets to enjoy.

 The main property – there is also a maids unit, an art studio and another livable separate quarters – is a mix of old and new.

 Last year, Lopez put her Hidden Hills home on the market for $17 million but dropped the price to $12.5m earlier this year.

 She originally bought the home in 2010 for $8.2 million when she was still married to Marc Anthony.

SOURCE

29 May 2016

Transformasi Kuih Raya "Home Made" Sedap Sokmo Noor Cookies Kini Dibuka Untuk Tempahan

Pada kebiasaanya, musim begini, ramai usahanita yang bekerja lebih masa untuk menyiapkan tepahan yang berbagai-bagai.

Dikesempatan ini, saya gagahi juga usaha untuk meninjau sejauh manakah usahanita desa Kampung Banggol Kuala Ibai bersiap sedia untuk melakukan Transformasi Kuih Raya Sedap Sokmo tahun ini.

Sebenarnya selepas saya disahkan solo dan masih ada harapan untuk bertemu jodoh yang dikatakan bergantung kepada jumlah kuih Tart yang saya makan. Huuhhh tak kesahlah.. Ha ha terlanjur nak cari kuih Tart..saya akhirnya singgah berjumpa Kak Noor yang mengepalai usahanita desa Kampung Banggol.

Produk keluaran mereka sebenarnya sudah mula menjadi buah mulut kerana bermutu dan sedap sokmo. Mereka memang mendapat tempahan awal dari pelanggan tetap dan sahabat-sahabat terdekat. Menurut Kak Noor, persediaan awal dibuat untuk siapkan sampel dan kami di usahanita Desa Noor Cookies,kini dibuka untuk tempahan

Kak Nor memberitahu lagi, usaha ini dilakukan awal-awal untukmemastikan kaum ibu dan wanita dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah puasa nanti...

Usahanita Desa Noor Cookies kini beralamat di 485 Kg Banggol, Kuala Ibai, 20400 K.Terengganu. Berlokasi di dalam kawasan DUN N16 Batu Buruk, Parlimen Kuala Terengganu boleh dihubungi melalui HP: 019 965 7311.

27 May 2016

Jika Orang Melaka Berbangga Dengan Baba dan Nyonya, Kami Berbangga dengan Mek dan Awang Kami


Orang Melaka boleh terus berbangga dengan Baba dan Nyonya mereka. Kami akan tetap bersama Mek dan Awang kami. Jom bersama kita hayati dan mengenali 6 pegangan Mek Awang Terengganu yang menjadikan mereka sebagai darling kita semua.

Di Terengganu masyarakat Cina Peranakan kita panggil sebagai Mek dan Awang. Mereka bertapak di negeri ini sejak abad ke-16 dan ke-17 yang membentuk satu golongan etnik unik dan istimewa.

Masyarakat Cina Peranakan Terengganu yang kebanyakannya berasal dari daerah Fujian, China, berhijrah ke negeri ini ketika pemerintahan Dinasti Qing dan mereka yang berbangsa Hokkien kebanyakannya nelayan di negara asal sebelum berhijrah ke Terengganu untuk mencari rezeki.

Istimewanya golongan ini adalah melalui percakapan dan pertuturan kerana 70 peratus komunikasi mereka menggunakan bahasa Melayu loghat Terengganu.

Setiausaha Koperasi Kampung Cina Kuala Terengganu Berhad, Yap Chuan Bin, 64, berkata terdapat enam pegangan utama diamalkan komunitinya iaitu cara hidup, adat, tradisi, kepercayaan, percakapan dan pakaian menyerupai masyarakat Melayu.

Malah, paling utama ialah mereka menganggap Terengganu sebagai tanah tumpah darah mereka.

"Jika masyarakat Melayu makan menggunakan tangan, begitu juga dengan kami malah kami menggunakan meja bersegi empat untuk makan bukannya meja bulat seperti masyarakat Cina lain.

"Kami mengamalkan tradisi kesyukuran menyambut kelahiran genap 40 hari dan menghidangkan pulut kuning atau lebih dikenali nasi kunyit di Terengganu untuk dihadiahkan kepada saudara dan rakan terdekat," katanya yang mengusahakan sebuah agensi pelancongan.

'Guane gamok'

Katanya, kepercayaan masyarakat Melayu seperti melarang anak-anak bermain di luar rumah pada waktu senja dengan mengadakan pelbagai mitos antaranya hantu bagi menakutkan anak-anak mereka juga turut menjadi amalan Cina Peranakan Terengganu.

"Bagi Cina Peranakan, kami yakin kepercayaan ini bagi tujuan menakutkan anak-anak supaya berada di rumah pada waktu berkenaan dan kami sekeluarga boleh makan malam bersama," katanya.

Menurutnya, percakapan dan tutur kata Cina Peranakan juga sama seperti masyarakat Melayu contohnya loghat Terengganu yang popular seperti guane gamok, acu guna, ketik-ketik, hangit, senget dan doh owh.

Daripada tujuh amalan itu yang terakhir adalah pakaian kerana Cina Peranakan satu ketika dulu menggunakan baju kebaya atau dipanggil 'Baju Kebaya Potong Kot' dan kain batik jawa bagi perempuan manakala lelaki memakai kain pelekat dan baju pagoda selain kemeja apabila keluar rumah.

Chuan Bin berkata, lebih menarik dalam golongan itu mereka menggunakan nama timangan seperti Mek dan Awang sama seperti masyarakat Melayu selain gelaran lain bagi rakan-rakan antaranya Salleh, Pok Mat dan Pok Yok.

"Terengganu memang sinonim dengan nasi dagang dan keropok lekor malah bagi masyarakat Cina Peranakan makanan ini bukan asing kerana mereka mampu memasak makanan berkenaan.

"Mengikut fakta sejarah, kini keluarga Cina Peranakan di Terengganu sudah memasuki 11 generasi," katanya yang juga generasi keempat daripada keluarganya yang berketurunan Cina Peranakan Terengganu.

Adat resam setempat

Menurutnya, bagi golongan Cina Peranakan yang dilahirkan sekitar tahun 1950-an, mereka masih kuat mengamalkan semua amalan dalam cara hidup seharian terutama cara makan dan berpakaian.

Katanya, bagi masyarakat Baba dan Nyonya mereka melakukan perkahwinan campur namun bagi Cina Peranakan Terengganu tidak berbuat demikian malah mereka hanya mengikut adat resam masyarakat setempat.

Menceritakan serba sedikit mengenai perbandingan masyarakat Baba dan Nyonya dengan Cina Peranakan Terengganu, Chuan Bin berkata, ketika pemerintahan Dinasti Ming masyarakat Cina dari tanah besar yang berhijrah dilarang membawa isteri dan anak.

"Oleh itu, apabila tiba di nusantara mereka berkahwin dengan masyarakat setempat dan ini berlainan dengan Cina Peranakan Terengganu yang berhijrah ketika pemerintahan Dinasti Qing yang membenarkan lelaki membawa isteri serta anak.

"Peninggalan sejarah kedatangan masyarakat Cina Peranakan ini masih boleh dilihat di Kampung Tiruk dan Bukit Datu selain beberapa lagi lokasi di sepanjang Sungai Terengganu serta Sungai Nerus," katanya.

Dia bimbang jika gagal mewarisi sebaik mungkin apa yang diamalkan nenek moyang mereka yang datang ke negeri itu, identiti Cina Peranakan akan hilang berikutan peredaran zaman dan kemodenan.

Persaudaraan rapat Cina Tirok

Cina Tirok adalah merujuk kepada orang Cina Peranakan yang tinggal di Kampung Tirok dan Kampung Banggul Kemang yang terletak kira-kira 17 kilometer dari bandaraya Kuala Terengganu.

Penduduk Kampung Banggul Kemang dan Kampung Tirok mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Mereka menganggap diri sebuah komuniti yang sama.

Secara kolektif, mereka dikenali sebagai orang Cina Tirok. Justeru itu, nama Tirok digunakan untuk mewakili kedua-dua perkampungan itu. Jumlah penduduk tetap di Tirok ialah 73 orang.

Bilangan penduduk tetap yang agak kecil ini disebabkan penghijrahan keluar orangnya, terutamanya generasi muda, yang tidak berminat mengambil alih aktiviti pertanian daripada generasi tua (kebanyakannya dalam lingkungan umur 60-an dan 70-an).

Kebanyakan mereka menetap dan bekerja di Kuala Terengganu. Ada yang mendirikan keluarga di situ. Mereka hanya balik ke Tirok pada hujung minggu untuk beberapa jam sebelum pulang ke Kuala Terengganu kembali.

Perkampungan ini terletak di tepi Jalan Serada iaitu satu-satunya jalan yang membelahi kedua-dua buah perkampungan ini dengan dikelilingi beberapa buah perkampungan Melayu, iaitu Pengadang Baru, Kampung Beladau, Kampung Banggul Chempedak, Kampung Baru Serada, Kampung Banggul Tok Ku dan Kampung Banggul Mempelam.

Kampung Banggul Kemang terletak di sebelah kiri Jalan Serada, manakala Kampung Tirok terletak di sebelah kanannya (mengikut hala dari persimpangan di Pengadang Baru).

Pola penempatan kedua-dua perkampungan itu sejajar dengan jalan raya, masing-masing terdiri daripada rumah yang bertaburan di kawasan berjarak kira-kira satu kilometer.

Kini hanya ada 14 keluarga peranakan Cina menetap di Kampung Banggul Kemang manakala bilangan keluarga peranakan Cina yang menetap di Kampung Tirok adalah 8 keluarga.

Secara tradisi, penduduk di situ menceburi aktiviti penanaman getah. Getah mula ditanam di situ pada tahun 1919 (Gosling 1964). Rumah mereka dikelilingi kebun kecil getah berkeluasan kira-kira satu hektar. Mereka juga menanam pokok buah-buahan, seperti durian, duku, langsat, rambutan dan salak sebagai sumber pendapatan tambahan.

Bermula hari ini 27.5.2016 sehingga 3.6.2016, berlangsung Karnival Peranakan Terengganu di Kampung Cina Kuala Terengganu. Banyak acara menarik sedang menanti anda.

Cerita ditulis oleh  Oleh Nazdy Harun dari rencana@hmetro.com.my

26 May 2016

Stress? May I suggest a Cultural Therapy Instead..!


suggested 6 Simple Solutions for Getting Rid of Stress.

1. Don't take things so personally. Part of what creates stress is thinking that what other people do is something that is being done to us, or is a reflection of us or our actions.

 2. Change your expectations. If you expect a co-worker to always be nice and they continue to be cranky, you'll be disappointed. You are choosing to be disappointed when you expect others to do something even when you have evidence to suggest that the behavior is highly unlikely.

3. Express your needs. Deciding to take responsibility for meeting your own needs is liberating. Without this decision, you lose time and energy waiting for others to figure out what you need and how, expecting them to deliver. If you need to hear compliments, say so. If you need to have more explanation, say so. It's up to you to get your own needs met and no one will know what they are better than you.



4. Don't make assumptions. Often we make assumptions about what others are thinking. Catch your assumptions before they become beliefs. Catch them before you take action on something you've assumed, but not verified. You'll be better off learning you were wrong than fixing the wrong action you took as a result of your assumption.

5. Face your feelings. A favorite workplace mantra is "check your emotions at the door." The problem it creates is many never open the door to face their emotions even when they get home. Feelings that are stuffed create a ticking time bomb of emotions likely to come out at the most inopportune moment. Find a steam valve for early expression so you don't have to find time off to recover from a later explosion.

6. Use restraint. If you respond to a customer's rude comment with a defensive attitude, you'll escalate the stress of the situation for both of you. Try to use restraint in your response to difficult clients and customers. You can't control the actions of others, but by keeping your cool, you avoid contributing to continued stressful conversations. It takes two to argue and if you're not the one who starts it and you refuse to finish it, you'll likely have much less of it to experience. Remove your part in what creates stressful situations and those who have stress to share will have to go elsewhere.

But I only suggest Terengganu Peranakan Festival

22 May 2016

Doa Adalah Senjata Terkuat Ummah. Jangan Pernah Kita merasa Jemu Memohon DaripadaNYa.

DOA NISHFU SYA’ABAN UNTUK YAB MENTERI BESAR TERENGGANU HJ AHMAD RAZIF ABD RAHMAN.

Assalamulaikum salam Nisfu Sya'ban. Bersempena malam Nisfu Sya'ban satu malam yang penuh dengan keberkatan, marilah kita seluruh Terengganu berdoa memohon kehadrat Ilahi agar MB kita diberikan kekuatan untuk menghadapi segala fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

Marilah kita sama-sama berdoa kerana menurut Sabda Rasululloh yang berbunyi

 "Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."

 (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

 Amin..Mohon sebarkan...

Eyka Farhana Telah Dinobatkan oleh Azhan.co Sebagai Remaja Tercantik Di Malaysia. Anda Setuju atau Bagaimana?


Tiba-tiba sebuah laman Azhan.co menobatkan remaja ini sebagai remaja tercantik di Malaysia.

Amacam, anda stuju? 

Saya tak berani nak sahkan sebelum anda semua bersetuju. Kalau anda semua kata OK yes..memang Eyka Farhana remaja tercantik di Malaysia, saya bereh saja..garenti setuju.

Setelah gambar Eyka kita composkan dengan menggunakan Adobe Photoshop CS5 dan inilah hasilnya. Anda rasa macam mana? Cantik tak atau Anak Kak Ton lagi cantik....

Berikut ini adalah details tentang Eyka Farhana yang perlu anda tahu. Biodata ini ehsan dari Azhan.co

Biodata Eyka Farhana
Nama Penuh: Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi
Nama Popular: Eyka Farhana
Asal: Ampang, Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 3 Februari 1995
Agama : Islam
Zodiak: Aquarius
Kerjaya Seni: Pelakon dan Pengacara
Filem: Polis Evo, Jengka, Juvana 2
Telefilem: Sejadah Kaabah, Nur Ain, Jatuh Cinta, Puteri Pulau Tuba, Diba Benci Abah, Miang Buluh Keladi Birah, Anak Lorong, Super Gameboy, Aising Dan Ceri, Dia Ayahku, Bujang Terlajak Senang, Ustaz Korea Sebelah Rumah







20 May 2016

Memang Patutlah Imam Masjid Terngaga Bila Dia Pergi Sembahyang Jumaat.

Flashback: Memang patutlah kalau Tok Imam terlopong pun.. artis Korea, Jinwoon yang lengkap berbaju Melayu telah pergi menziarahi sebuah masjid di Brunei. Penyanyi K-Pop 2AM Jinwoon memang nampak sungguh santun, kacak dan bergaya bila berpakaian baju Melayu lengkap dengan sampin.

Jinwoon ketika itu melakukan penggambaran sebuah program realiti TV.  Tapi itu dulu...

Namun Jinwoon kini terlalu sibuk dengan drama terbarunya...jadi tak sempat nak interviewlah..he he  Terkini JinWoon sekarang terlalu bizi dengan drama Madame Antoine 

Tak mahu peminatnya kecewa kerana tak boleh interview, nah Jinwoon belanjar album gambar yang baru diupload 2 minit lepas di facebooknya.
 

19 May 2016

Pas Kemuka Calon Baru Untuk PRU14 atau Apa-apa Situasi Yang Berkemungkinan Berlaku.



Guruh belum berbunyi lagi namun Pas dah awal-awal sediakan calon untok menghadapi apa juga kemungkinan. Ekoran daripada situasi semasa berikutan dengan penceraian dengan pakatan, Pas bakal tukar semua wakil rakyat termasuk di bahagian Kuala Terengganu

Adun Batu Burok Dr Syed Azman bakal digugurkanAdun Batu Burok Dr Syed Azman bakal digugurkan. Dr Syaed Azman berkemungkinan akan diletakkan sebagai calon Parlimen berdepan dengan calon Amanah Raja Bahrin.

Pas begitu percaya akan berlaku PRN nanti kerana itu membuat persiapan awal menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri dalam masa terdekat, Pas dikatakan akan mengadakan pertukaran besar-besaran kepada calon-calon yang bakal bertanding termasuk menukar semua wakil rakyatnya di kawasan Kuala Terengganu.

Menurut laporan Bernama, di Kuala Terengganu, semua penyandang di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) akan digugurkan iaitu Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam), Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Burok) dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang).

Muka baru yang ditampilkan, Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), Ahmad Amzad Hashim (Bandar), Dr. Mohamad Khazani Abdullah (Batu Burok) dan pendakwah terkenal, Wan Sohor Bani Leman (Ladang).

Menurut laporan itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.

Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.

"Walaupun kali ini Pas bersendirian tanpa PKR dan DAP, dengan keadaan Umno dan BN yang makin celaru ini, kita yakin kita boleh menang dengan selesa sekali gus menawan semula Terengganu.

"Kita telah keluarkan arahan agar jentera di peringkat tertinggi hingga peringkat paling bawah bersiap sedia," katanya yang juga Adun Bukit Tunggal ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menjawab isu berkenaan senarai sebahagian calon Pas pada pilihan raya negeri yang sedang diviralkan dalam media sosial, Alias tidak mahu mengulas lanjut.

"Itu saya tidak pasti. Mungkin betul dan mungkin juga tidak betul. Saya sendiri pun belum tentu dicalonkan kembali oleh Pas. Kita akur keputusan parti," ujarnya.

Menurut sumber berkenaan, 16 orang calon Pas di empat kawasan Parlimen iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun disenaraikan bagi menghadapi pilihan raya negeri.

ADUN Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim dan ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak dikekalkan untuk bertanding di kerusi masing-masing.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pas Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali bakal mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dun Seberang Takir.

Penyandang kerusi Dun Teluk Pasu, Ridzuan Hashim yang menang tipis 109 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 digugurkan dan digantikan dengan Azmi Tengah yang juga Ketua Penolong Pengarah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Di Marang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan memberi laluan kepada anaknya yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Khalil Abdul Hadi.

Dua penyandang dikekalkan iaitu Mohamad Nor Hamzah (Bukit Payong) dan Ariffin Deraman (Alor Limbat, manakala Suhaimi Sulong dicalonkan semula di Dun Pengkalan Berangan.

Di Dungun, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat kekal bertanding mempertahankan DUN Paka dan Wan Hapandi Wan Nik di Dun Sura.

Bekas Adun Rantau Abang, Azman Shapawi Abdul Rani bakal bertanding semula di DUN tersebut menggantikan penyandangnya, Alias Harun dan muka baru, Naraza Muda dicalonkan untuk meruntuhkan kubu BN di Dun Bukit Besi.

Dr Khazani Bidas Tony Phua Kerana Hina Warga Pendidik

Dr Mohamad Khazani berkata kenyataan Phua itu mencerminkan pemikiran DAP adalah rasis.

“Seorang yang bercita cita memimpin masyarakat, lebih lebih lagi dalam masyarakat berbilang bangsa dan budaya seperti di Malaysia, amatlah tidak sesuai jika pola pemikiran beliau meletakkan benar dan salah, baik dan buruk, cerdik dan bodoh ke atas sandaran bangsa.

“Dalam kenyataan beliau semasa memberi komen tentang kedudukan pendidikan negara, dengan amat jelas, beliau memberikan persepsi bahawa kualiti pendidikan negara adalah lemah kerana pendidik (khasnya pensyarah, profesor) adalah sebahagian besarnya dari suatu bangsa tertentu.

“Kenyataan beliau amatlah boleh dicanggahi kerana pertamanya ianya hanya satu persepsi tanpa sebarang data dikemukakan.

“Keduanya, beliau membuat kenyataan menyeluruh bahawa pensyarah, profesor lemah kerana nisbah bangsa. Walaupun dikaitkan dengan proses perlantikan pensyarah dan profesor yang tidak telus (inipun sangat boleh didebatkan), pemikiran bersifat rasis beliau itu tidak dapat ditutup lagi,”katanya lagi.


Untuk rekod, Dr Khazani ialah bakal calon PAS untuk N16 DUN Batu Burok untuk PRU14..

Rijek biaDAP dan sekutunya di 2prk. Tony Phua Gagal Mohon Maaf.

Siapa yang tidak terluka. Siapa yang tidak tersa jika dihina begitu rupa. Setelah masa diberikan, setelah beberapa waktu telah diperuntukan.

Tony Phua biaDAP masih lagi berkeras dan angkuh mempertahankan kenyataannya yang menghina dan mempertikai Kualiti dan Kredibiliti lebih dari 432,000 warga pengajar diseluruh negara.

Sehingga hari ke 3 sambutan hari Guru sebagai Pembina Bangsa Negara, tidak ada usaha untuk beliau mohon maaf.

Maka disini saya menyeru semua warga pengajar, guru-guru, ahli keluarga dan sahabat mereka yang berada di 2 kawasan PRK. PRK Sg Besar, Kuala Kangsar yang diadakan serentak 18 Jun 2016 adalah masa untuk kita menghukum ego dan kebiaDAPan DAP dan sekutunya.

Mohon bantu sebarkan untuk lenyapkan kejahatan..TK

18 May 2016

Sayang!! aku kau lupa,aku kau luka, tanpa kau sedar, Sayang !!...Masih NO 1 Minggu ini..

Projector Band masih lagi kekal nombor satu minggu ini disemua gelombang.

Jom kita kenal-kenal dengan Projector Band PROJECTOR ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Nama PROJECTOR di cetuskan dari Ahmad Khusairi (Bassist projector) yang merupakan tulang belakang band ini. Pada asalnya, PROJECTOR hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Iskandar (Vokalis), Razif (Gitar utama), Ahmad Khusairi (Gitar bass).

Dengan komitmen yang penuh untuk terus maju bersama dalam band, mereka tetap mempertahankan nama band tersebut walaupun ahlinya saling bertukar ganti. Dengan usaha yang lebih kuat dan kesungguhan yang tinggi, akhirnya mereka menjadi semakin serasi dan akrab..

 PROJECTOR di anggotai oleh 5 orang anak muda yang di kenali sebagai Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai Drummer.

PROJECTOR dikenali dengan genre ” band rock” yang menampilkan karya mereka melalui media sosial. Pada awal kemunculan mereka,

 PROJECTOR telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah yang merupakan gitar utama. Terciptanya lagu ini adalah daripada kisah benar percintaan Razif dengan kekasih yang curang kepadanya.

Dengan memiliki suara yang lantang dan penghayatan yang baik dalam lagu ini, Is (vokalis) telah berjaya menarik perhatian pendengar untuk melihat dan menonton karya mereka di youtube yang mencecah hampir 1,000, 000 tontonan.

 Pada 11 Disember 2015, PROJECTOR dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. “SUDAH KU TAHU” merupakan single pertama PROJECTOR yang telah menjadi viral di media sosial dan dijangka akan berkumandang di corong – corong radio tempatan pada akhir bulan Februari 2016

Lirik Lagu - Sudah Ku Tahu
Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai
Untuk apa kau buat ku begini
 segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu
 Mengapa masih lagiku bediriku
menunggu cintamu mengapa masih
adamu menyakiti di siang malamku
 aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!
C/O Sayang !! aku kau lupa aku kau luka
tanpa kau sedar Sayang !!
 selamat tinggal akukan pergi buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku
SELAMANYA

PROJECTOR Facebook

Jasa Ahmad Razif Selamatkan Pasar Payang Daripada Diroboh Akan Dikenang Rakyat.

Kalau pergi Terengganu memang tak sah kalau tak singgah kat Pasar Besar Payang yang terletak di Kuala Terengganu.

Pasar Payang  yang kini berusia lebih daripada 100 tahun merupakan “The Darling of Terengganu” yang menyediakan pelbagai barangan kraft seperti songket, batik, sutera, perhiasan, barangan antik dan macam-macam lagi..

Namun ada pihak yang sanggup untuk merobohkan sejarah yang bernilai ini atas alasan pembangunan dan mengikut perkembangan semasa. Bayangkanlah dari Pasar Payang anda boleh terus ke Kampung Cina, satu lagi syurga membeli belah yang penuh dengan kenagan peradaban lama seperti peranakan.

Menyedari hakikat ini, Pelan Pembangunan Semula Pasar Payang Yang Berteraskan Aspirasi Rakyat Dan Jauh Lebih Murah Bikin Mantan Menggelupur.Apa yang beliau kata, beliau akan kotakan. Mungkin itulah antara beberapa sebab kenapa mantan menggulur dan berbuat apa saja untuk kenakan Menteri besar Terengganu YAB Hj Ahmad Razif.

Pasar Payang terdiri daripada kompleks bangunan 2 tingkat yang mana di bahagian bawahnya menempatkan gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih muih tradisional dari negeri Terengganu. Pelbagai jenis kuih yang aku tak pernah rasa ada di jual di sini. Kuih popular seperti Kuih Akok, Che Mek Molek, Tapai Pulut Daun Getah, Sagoon, Bahulu, dan macam-macam lagi. Anda mesti beli semua jenis kuih dan rasa baru anda tahu betapa terangkatnya kuih Terengganu.

Projek pembangunan semula Kompleks Pasar Payang dan pengindahan persekitarannya yang dirancang sejak lebih tiga tahun lalu bagi menyediakan prasrana perniagaan lebih sempurna, dijangka bermula akhir bulan April 2016.

Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kos pelaksanaan projek itu dianggarkan RM76.3 juta, jauh lebih kecil berbanding anggaran awal RM400 juta dengan perubahan konsep mengikut aspirasi rakyat.

Pasar Payang adalah budaya kita. Sebagai peringatan, apa yang ada disini, tak ada di KL,Penang atau New York. Di bahagian bawah Pasar Payang ini juga terdapat jenis barangan makanan yang di jual seperti keropok, asam jerok, buah-buahan, pelbagai jenis serunding dan sebagainya. Keropok lekor yang popular pun ada di jual di sini.


“Kos ini sebagaimana persetujuan semasa Makmal Pengurusan Nilai dan dijangka siap pada penghujung 2018. Status terkini pembangunan semula adalah dalam peringkat akhir penyediaan dokumen tender oleh pihak perunding.

Senario lama akan dikekalkan seperti di tingkat 2 Pasar Payang yang menempatkan gerai-gerai menjual barangan kraftangan dan tekstil terutama dari Terengganu. Kalau nak mencari Batik yang cantik dan berkualiti memang inilah tempatnya.

“Urusan ini dipantau oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi tujuan kelulusan untuk proses perolehan di Kementerian Kewangan,” katanya mengenai status pasar yang menjadi salah satu simbol pengenalan negeri di sini baru-baru ini.

Katanya, beberapa masalah wujud sebelum ini termasuk penempatan perpindahan sementara peniaga asal di Pasar Payang ke tapak sementara menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir peniaga.
yang rata-rata kedai di tingkat dua ini menjual pelbagai jenis kain terutama hasil batik dan songket.

 Kain Songket Terengganu yang terkenal dengan tenunannya yang halus dan berkualiti juga ada di jual di Pasar Payang. Kain Songket tenunan tangan lebih mahal harganya dan mencecah ribuan ringgit.

Haji Ahmad Razif berkata, setiap permasalahan berkaitan penempatan perpindahan sementara peniaga di Pasar Payang sudah diselesaikan menerusi pertemuan dan rundingan bersama peniaga serta ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Terengganu.

Katanya, tempoh pelaksanaan pembinaan yang dibimbangi tidak dapat disiapkan pada tahun semasa diselesaikan dengan cadangan kaedah pembinaan secara fast track oleh pihak konsultan dalam tempoh lapan bulan.

Pelancong jangan risau dan terus datang ke Terengganu sokmo. Pasar Payang berkemungkinan satu-satunya pasar tradosional yang menerima kad kredit. Jadi tak perlu lah nak bawak wang tunai yang banyak kalau nak shooping songket yang harga ribu-ribu tu. Bercakap tentang buahan tempatan, anda tidak akan mahu kemana lagi selain Pasar Payang. Barangan berkualiti dengan tawaran harga yang tak akan mengeringkan poket anda.

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk tidak melakukan penambahan permohonan lot-lot kedai,” katanya.

Katanya, terdapat 408 lot niaga (bilik dan petak) seperti kedai emas runcit, pakaian, alatan dapur dan cenderamata, kedai makan, pemborong, bilik sejuk dan pasar basah yang sedia ada di Pasar Payang.
Terdapat barangan berharga kurang dari satu ringgit sehingga puluhan ribu ringgit pun ada. Memang unik.

 Kalau ke Pasar Payang jangan tanya apa yang ada kerana apa yang tiada di Pasar Payang? Anda nak jalan-jalan saja atau beli buah-buahan, keropok lekor, keropok keeping dan macam-macam dengan harga yang kurang untuk anda dapat lebih barang.

 Beliau menjelaskan skop kerja yang telah dimuktamadkan ialah meroboh dan membina semula Pasar Payang, penyediaan eskalator, surau, tempat letak kereta, skybridge menyambung Pasar Payang 1 dengan Bazar Warisan, satu unit menara jam dan lanskap.

Pada Julai 2014, Ahmad Razif mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk mengubah pendekatan projek Kompleks Pasar Payang yang dirancang semasa kepemimpinan Datuk Seri Ahmad Said setelah mengambil kira pandangan umum.

Pasar Payang adalah syurga membeli-belah barangan kraf tempatan, makanan dan pelbagai cenderamata. Dikenali sebagai “Huge Market” oleh pelancong luar Pasar Payang menawarkan harga yang sangat kompetitif. Jangan lupa untuk tawar menawar kerana itu adalah budaya tradisi Pasar Payang. Tak kira besar atau kecil bajet anda, semuanya ada dan boleh didapati disini tanpa ada stress.

Pada peringkat awal, pasar yang dalam keadaan uzur dan usang manakala sebahagian ruangnya dalam keadaan tidak selamat, dirancang untuk dirobohkan dengan penbinaan sebuah pasar moden berhawa dingin dalam kompleks yang turut dilengkapi dengan pembinaan sebuah hotel 23 tingkat dan apartmen 30 tingkat.

Keseluruhan projek berasaskan cadangan awal itu difahamkan mencecah lebih RM400 juta dengan pemaju ketika itu dikatakan bersedia menampung kos pembinaan pasar baharu setinggi empat tingkat.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada MB Encik Ahmad Razif yang nyaris-nyaris **** baru-baru ini

SUMBER: GUANA GAMOK











17 May 2016

PKR Terengganu Kata PAS Gilerrr Doh....

Va va va va sedap moncong betul ADUN Mulut Lebat PKR Kata  Pas Dah Mabuk Dan Giler.


Ekoran kenyataan Pas yang bercadang untuk bertanding di DUN Bandar, ADUN Mulut lebat PKR sekejap ada selalunya tak ada sudah naik minyak. Pas baru buat kenyataan saja..

Baru buat cadangan tapi kenapa ADUN ML(Mulut Lebat) dah menggelupur macam nak kena sawan? Amarah menggelupur itu disiarkan dalam portal Malaysia Dateline


Melalui temuramah bersama Hazayani Zakaria, PKR Terengganu menyifatkan Pas negeri itu sebagai orang yang sedang mabuk dan tidak perlu dilayan ekoran kenyataan Pas yang mahu bertanding di Dun Bandar, satu-satunya kerusi milik PKR di Terengganu.


Adun Bandar Azan Ismail berkata, kenyataan Pas itu tidak perlu dilayan.

“Usah dilayan orang sedang mabuk dan kemaruk nak kerusi dan isteri-isteri.

“Orang tua-tua dah nasihat jangan layan orang gila nanti jadi gila sama,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Sabtu lalu, timbalan pesuruhjaya Pas Terengganu Yahaya Ali, seperti dilaporkan Buletin Online berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh Pas negeri, kerusi Dun Bandar wajar ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ada (lawatan yang kita buat) dan kita dapat maklumat dari bilik gerakan, secara peribadinya saya merasakan Dun Bandar sangat patut diberi kepada Pas,” katanya seperti dipetik Buletin Online selepas merasmikan Himpunan Dun Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) di Chabang Tiga, Sabtu lalu.

Azan yang juga pengerusi perhubungan PKR Terengganu turut membayangkan parti itu akan mempertahankan Dun Bandar dalam PRU akan datang.

Pada PRU 2013, Azan mengalahkan penyandang kerusi Dun Bandar Datuk Toh Chin Wah dari BN dengan majoriti sebanyak 2,159 undi.

Azan mendapat 9,413 undi manakala Toh mendapat 7,254 undi sekaligus menyaksikan Azan merupakan satu-satunya calon PKR yang menang di Terengganu daripada enam kerusi yang ditandingi parti itu.

Admin rasa ADUN mulut lebat ni kena sedar diri sikit. Dia menang tu sebab sokongan orang-orang Pas. Nak harapkan ahli PKR? berapa ramai ada? Ahli PKR jika dicampur seluruh Terengganu jumlahnya masih tak boleh lawan jumlah ahli PAS 1 cawangan saja...

16 May 2016

30 Tempat Makan Yang Anda Tak Boleh Miss Bila Ke Kuala Terengganu.




Anda, sila ingat betul-betul tempat ini jika anda inginkan jalan-jalan anda memenuhi syarat bila ke KT.

Satu perkara yang anda semua tak perlu risau soal GST sebab kami di Terengganu memang meng utamakan G disetiap akhir perkataan.

Anda perlu berhati-hati juga dengan bahasa Terengganu kerana bukan semua perkataan boleh ditambah dengan "G'..

So agak-agaklah mana yang sesuai. Kalau tambah jugak anda mungkin boleh dikategorikan dalam spesis "Out Steseng"

So jika anda datang ke Terengganu kerana nak jaga badan atau diet sesuka hati, saya rasa anda silap negeri. Disini dibumi ialah tempat untuk anda tambah berat badan dan pertingkatkan tahap happy to the max. Bila balik kerja nanti anda boleh kerja baek punya cergas.

Tempat makan yang saya senaraikan ini bukan dipilih kerana art deco, kerana awek yang jaga tu solid molid atau kerana kelazz sangat. Tetapi ia dipilih kerana ia memang sedap terangkat.

Tak perlu pakaian rasmi atau pengiring peribadi. Datang sendiri-sendiri pun OK kalau solo lagi.

So check this out..30 best of KT4U.

1. E-Nasi Kukus Jln Kamaruddin
2. Nasi Ayam Hainan pantai Batu Buruk
3. Nasi Ayam Batu 6
4. Nasi Kapit Kuah Gulai Ikan Aya. Warung Nurazila Cabang 3
5. Nasi Kerabu Depan Padang Sek Tg Ampuan Mariam (Wisma Darul Iman)
6. Nasi Benor (Nasi Putih) Dekat Simpang Ke Area Astaka
7. Nasi Minyak Bukit Depu.
8. Coconut Shake Depan Sekolah Panji Alam, K. Trg.
9. Ikan Bakar Kampung Bukit Tunggal
10.Ikan Bakar Bawah Jambatan Kuala Ibai, K. Terengganu.



11.Keropok Lekor Kak Yah Losong
12.Keropok Lekor 007 Kuala Ibai Kuala Terengganu
13.Keropok Lekor Bukit Tok Beng
14.Nasi Daging Bakar Al-Hijrah Pasir Panjang
15.Nasi Dagang Chendering
16.Nasi Dagang Warung Nurazila
17.Rojak Betik Pasor Gong Kapas
18.Biskut Dan Kek Halal ZIQ Bakery Gong kapas
19.Rojak Keling Restoran Selamat (Depan sekolah Khairiah)
20.Mee Bandung Bawah Pokok Nangka, Dekat Panggung Cathy KT
21.Mee Hoon Sup Lerang
22.Selera Dapur Arang
23.Nasi Lemok Bulatan Batu Bersurat Ladang
24.Nasi Lemok Bira Kubor Depan Sek SS
25.Laksa Penang Pasar Batu 6
26.Kew Teow Goreng Jalan Ibrahim Gong Kapas
27.Nasi Padang Jalan Tok Lam
28.Nasi Minyak Depan Bangunan UMNO Gong Kapas
29.Roti Payang Jalan Kamaruddin
30.Murtabak Tanjung, Dekat Astaka.

*Jika anda rasa ada sesetengah tempat mengenakan bayaran yang tinggi kerana anda pelancung, sila buat laporan segera dengan bahan bukti Bil dll. Atau anda boleh hantar mesej ke admin blog. TQ

Sebelum anda pulang ke tempat anda, kami secara seriusnya cadangkan anda ke Pasar Payang untuk beli apa yang patut dan sentuhan terakhir anda untuk mempertingkatkan stimulasi daya kerja anda, sila singgah ke Kafe Mek Awang di Kampung Cina...  selepas itu kami ucapkan selamat pulang dan jumpa lagi..


15 May 2016

Inilah Padahnya Bila Tiada Integriti Dalam Diri. Apa Pun Boleh Jadi.

Bila MB Terengganu Hj Ahmad Razif tekankan nilai integriti dalam gagasan TTB, mungkin ada yang ragu atau pun tergaru-garu.

Inilah satu contoh bila dalam diri penjawat awam itu gagal menyerapkan nilai-nilai integriti dalam diri mereka.

KUALA LUMPUR: Penyeludupan masuk kura-kura jenis 'black pond turtle' yang dipercayai mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemar makanan eksotik di negara ini terbongkar susulan penahanan dua penguat kuasa kastam.

 Sumber mendedahkan, dua anggota penguat kuasa Kastam dipercayai bersekongkol dalam kegiatan itu ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, jam 7.30 pagi tadi.


Katanya, anggota penguat kuasa berkenaan berperanan sebagai 'orang tengah' untuk membawa dua beg berisi 55 ekor kura-kura itu dari kawasan tuntutan bagasi, sebelum diserahkan kepada kumpulan sindiket yang menanti di luar balai ketibaan.

Kura-kura dengan nilai pasaran antara RM80,000 hingga RM100,000 itu, katanya, dibalut dengan pita pelekat dan kotak, manakala beg pula disumbat lampin dewasa bagi memastikan air kencing reptilia berkenaan tidak meleleh keluar.

"Beg ini dimuatkan dalam penerbangan dari Dhaka ke klia2 dan apabila tiba di Kuala Lumpur, ia diambil oleh orang tengah yang lazimnya mendapat upah antara RM500 hingga RM1,000 setiap bagasi.

"Sindiket penyeludupan haiwan eksotik seperti ini sukar dikesan kerana kegiatan menggunakan khidmat pelbagai pihak, termasuk merasuah anggota penguat kuasa yang mempunyai kebebasan berlegar di terminal lapangan terbang," katanya kepada BH.

Kura-kura jenis 'black pond turtle' adalah haiwan dilindungi sepenuhnya kerana dikategorikan dalam jadual pertama Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES).


Mengikut Seksyen 10 atau 11 Akta Perdagangan Antarabangsa 2008, seseorang individu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah kerana memiliki spesies terjadual.


Percayalah..Integriti itu penting untuk kesejahteraan hidup. Reputasi musnah, maruah punah jika kita buat kura-kura tak tahu pasal integrasi.

Wakil Rakyat Perlu Responsif, Bukan Defensif.



Semalam saya mengutarakan perihal wakil rakyat yang cakap cukup lebat tetapi apa kerja pun dia tak buat.Hari ini kita mengutarakan pula apakah bidang tugas sebenar wakil rakyat sebagaimana yang dituntut.

Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai tugas wakil rakyat menurut persepsi intelektual yang direncanakan oleh Dr Shamrahayu A Aziz bhrencana@bh.com.my bertajuk "Wakil rakyat perlu responsif kepada keperluan masyarakat"

Apakah harapan kita kepada wakil rakyat? 'Wakil Rakyat' adalah mereka yang dipilih sebagai wakil menerusi sistem pilihan raya. Secara umumnya, ada tiga fungsi utama wakil rakyat.


Pertama, sebagai mekanisme penyampai pendapat dan kehendak rakyat. Kedua, sebagai pembuat atau penggubal undang-undang (legislatif) dan terakhir, sebagai mekanisme semak dan imbang ke atas kuasa eksekutif.

Seorang yang dipilih sebagai wakil rakyat, salah satu peranan utama mereka ialah mewakili rakyat kawasan pilihan rayanya. Justeru, wakil rakyat terbabit menggalas amanah besar yang hendaklah ditunai dengan jujur dan bijaksana seperti kehendak mereka yang berada di daerah pilihan rayanya.


Wakil rakyat itu bukan saja mewakili rakyat yang mengundi mereka ketika pilihan raya, malah rakyat yang tidak menyokong atau tidak mengundi mereka ketika pilihan raya. Dalam perkhidmatan wakil rakyat, hendaklah wujud ruang untuk rakyat berhubung bagi mendapatkan maklumat dan bantuan.

Jaga kepentingan rakyat Selain itu kepentingan rakyat boleh dijaga dengan saluran bantuan serta projek tempatan. Wakil rakyat hendaklah menyediakan akses maklumat kepada rakyatnya mengenai agenda penting negeri atau negara.

Wakil rakyat juga perlu membabitkan rakyat dan menjelaskan peranan mereka dalam konflik serta perlu membina konsensus dan mencapai penyelesaian. Wakil rakyat perlu responsif kepada keperluan rakyat.

Secara umumnya, peranan wakil rakyat sebagai wakil kepada rakyat, hendaklah membuat rakyat berasa mereka diwakili oleh wakil yang mereka secara majoriti telah pilih. Amanah lain yang digalas oleh seorang wakil rakyat ialah membuat undang-undang.

Apabila seseorang itu dipilih sebagai wakil rakyat, maka secara automatik beliau menjadi ahli badan legislatif. Maksudnya, wakil rakyat juga adalah seorang ahli Dewan Perundangan dan merangka undang-undang bagi negeri atau negara.

Sebagai ahli Dewan Perundangan, wakil rakyat adalah golongan legislatif yang bukan saja membuat undang-undang bagi rakyat di kawasan pilihan raya mereka, tetapi menggubal undang-undang bagi keseluruhan negeri (bagi Dewan Undangan Negeri) atau negara (bagi Ahli Dewan Rakyat). Wakil rakyat, dengan baju 'legislatif; membuat undang-undang termasuk beberapa aktiviti perundangan yang berkaitan.


Peranan legislatif bukan semata-mata menggubal undang-undang, tetapi memantau pelaksanaan undang-undang dan kesan undang-undang yang telah digubal. Oleh itu sebagai legislatif, mereka hendaklah berfikiran jauh, memberi perhatian kepada hala tuju negara dan memenuhi dasar negara.

Apa yang penting dilakukan oleh legislatif ialah mengambil peluang dengan sebanyak dan sebaik mungkin dalam membahaskan rang undang-undang demi kepentingan negara, bukan untuk kepentingan atau agenda parti politik mereka semata-mata.

Anggota legislatif biasanya boleh menggunakan pelobi untuk agenda negara, bukan untuk agenda parti politik mereka. Bahaya utama dalam membuat undang-undang adalah sikap berat sebelah yang terlalu banyak wajaran politik. Sikap sebegini akan melemahkan Dewan Perundangan dan seterusnya merosakkan negara.


Kelompok legislatif bukan sahaja berfungsi untuk membuat undang-undang, mereka juga bertujuan menangani masalah yang dihadapi negara. Semak dan imbang Selain dua tugas penting di atas, wakil rakyat mewakili mekanisme semak dan imbang; menyemak dan mengimbangi kuasa eksekutif, terutama jemaah menteri.

Ini adalah amanah besar dalam demokrasi. Dewan Perundangan (Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, di Parlimen) adalah satu cabang berasingan daripada cabang-cabang pentadbiran lain, iaitu eksekutif dan kehakiman (walaupun dalam sistem pentadbiran ala-Westminster,


British ada pertindihan dari segi keahlian, yang mana ahli eksekutif, iaitu jemaah menteri, adalah Ahli Dewan Parlimen). Dewan ini ditugaskan untuk menyemak pelaksanaan kuasa oleh pihak eksekutif.

Dalam melaksanakan tugas sebagai mekanisme semak dan imbang, wakil rakyat dibekalkan dengan prinsip jemaah menteri yang bertanggungjawab secara berkumpulan. Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat.

Dengan kata lain, wakil rakyat hendaklah menyemak dan mengimbangi tindakan eksekutif. Oleh itu, wakil rakyat bukanlah 'rubber stamp' kepada pihak eksekutif. Justeru, harapan kita kepada wakil rakyat, sudah pasti untuk mereka melaksana amanah dengan baik sehingga mampu menyelesaikan masalah, bukan saja masalah dalam kawasan mereka, tetapi juga menyelesaikan masalah negara.

Penulis ialah Felo Utama Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Ella Ratu Rock Sepanjang Zaman

Bukan mudah untuk menjadi Ella atau menjadi hampir-hampir Ella atau hampir 10% Ella. Ella pun tidak memalui jalan mudah untuk mencapai tahap dimana Wah Ella bertakhta sekarang.

Ramai yang boleh menjadi Ratu dalam masa 24 jam tetapi sehingga berapa jamkah mereka mampu bertahan?

Apa Wah Hebatnya Ella?

Ella mempunyai pakej lengkap untuk menduduki takhta itu. Pakej Ella sendiri, pengurusan, syarikat rakaman bersama kekuatan jentera promosi dihadapan dan yang paling utama Ella muncul tepat pada masanya.

Ella tidak mendapat pengiktirafan sebagai Ratu Rock dalam sekelip mata. kerana itu selepas mendapat gelaran Ratu Rock, Ella tidak pernah kelabu mata dengan gelaran itu. Gelaran itu terus diwarnai dengan satu persatu album yang terus mempertahankan wahnya Ella sehingga kini.

To be the best, Ella will have to beat the rest. She has done until there is no more the rest.. Sella terus disitu tanpa diganggu gugat. Wah Kemas...!

Jom lihat bagaimana Ella bermula. Mungkin ada maklumat yang tak berapa cukup atau lengkap namun kami tahu anda akan melengkapkannya nati.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Haji Aminuddin lahir pada tanggal 31 Julai 1966 di Gelugor, Pulau Pinang. Dibesarkan di Klang, Selangor, dia mula aktif dalam bidang seni semenjak di bangku sekolah.

Mula menempa nama dalam industri muzik tempatan pada tahun 1985 menerusi Ella & The Boys, Ella mengorak langkah untuk bergerak secara solo pada tahun 1998. Diberi jolokan Ratu Rock Malaysia,

Ella mengeluarkan album pertamanya pada tahun 1989. Album yang diberi judul ‘Pengemis Cinta’ itu menampilkan lagu hit seperti “Pengemis Cinta” dan “Permata Biru”.

Selain menghasilkan puluhan album, Ella juga merupakan penyanyi tempatan pertama yang merakamkan album di Amerika Syarikat menerusi album ‘Ella USA’. Dia juga telah dipilih untuk menjadi penyanyi bagi lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang berjudul ”Standing In The Eyes Of The World” bila Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ketika itu.

 Ella turut menonjolkan bakat lakonannya dengan membintangi filem pertamanya, ‘Bayangan Maut’ (1991). Menerusi filem arahan Datuk Yusof Haslam itu, Ella bergandingan dengan Noorkumalasari, Sabree Fadzil dan Faizal Hussein.

Seterusnya, dia muncul menerusi beberapa filem lain iaitu ‘Pemburu Bayang’ (1992), ‘Hanya Kawan’ (1997), dan terbaru, ‘KIL’ yang ditayangkan di pawagam pada tahun lalu. Bercerita mengenai pencapaian Ella, wanita ini pernah memenangi Anugerah Artis Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung pada tahun 1993.

Namanya juga tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai 'Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak' yang diiktiraf pada tahun 1998.

Dia juga dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 17 Februari 2003 sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-57 dan Pingat Setia Mahkota Pahang (SMP) oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada 30 Mac 2010 sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Disebalik pelbagai kejayaan yang diraih oleh Ella dalam dunia seni suara dan hiburan tempatan, dia seringkali ditebak soalan bilakah dirinya bakal mengakhiri zaman solo. Diusia 46 tahun, Ella sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali pada tanggal 7 Julai 2012.

Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Klang, Baharudin Abu Bakar di kediaman keluarga Ella. Abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin menjadi wali pernikahan mereka.

Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak perempuan. Majlis resepsi pasangan mempelai telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember 2012.

Dalam perkembangan terbaru, selain terlibat dengan Mentor Legend, penyanyi lagu “Sepi Sekuntum Mawar Merah” itu kini sedang mengumpul material bagi album studio terbarunya dan dia juga sedang merancang sebuah projek istimewa berduet bersama anak saudaranya, penyanyi Kaka Azraff.

14 May 2016

Amanah Pengkhianat, Tak Layak Untuk Bekerjasama Dengan Pas - DS Hadi Awang

KUALA LUMPUR, 18 Sept: PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan menganggap ahli di dalam parti itu sebagai “pengkhianat”.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS tidak akan sesekali tahaluf siasi dengan parti tersebut kerana baginya “pengkhianat” adalah lebih teruk daripada “lawan”.

“Kita boleh tahaluf dengan lawan, orang yang khianat dalam perjuangan tidak ada pilihan sama ada mereka balik ataupun dihapuskan. Ini dakwah cara perjuangan Islam.

 “Orang yang ada rekod dengan pengkhianat perjuangan Islam tidak boleh sekali-kali,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi PAS, semalam.

Tambahnya lagi, PAS cuma akan tahaluf dengan lawan ataupun bukan daripada asal parti itu.

“Dengan pengkhianat ini tak ada tahaluf. Yang tahaluf ini cuma yang lawan ataupun yang bukan dari asal kita. “Jika daripada asal kita dia menyeleweng, sama ada dengan kita, dia bertaubat ataupun dia lari daripada kita.

Itu sahaja pilihan antara dua itu sahaja,” tegas Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang. Beliau berkata demikian dalam sebuah video semasa sesi soal jawab antara Hadi dan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu.

 Ucapan daripada Hadi ini juga seolah-olah ingin menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Amanah dan DAP dalam membentuk Pakatan Rakyat 2.0 meskipun PKR menegaskan mereka masih mahukan PAS dalam pakatan pembangkangbaru itu.

SUMBER

Nah Dia Punya Sembang, 1 DUN Bandar Boleh Tercabut Gigi.

Saya ni bukan suka sangat bercakap bab politik ni, tapi masa cuba belajar nak update blog, terbaca headline dari blog Teganu Ku.

Rasa nak buta mata bila baca tajuknya "PM Tidak Hormati Istana, Terengganu Tidak Penting Buat Putrajaya?"

Hamboi-hamboi hamboi, Kamu ni nak cucuk ke nak jolok atau nak radak? Geli anak tengkok aku nak muntah sakan macam perempuan bunting sulung pulak.

Sementara saya nak muntah-muntah ni..you bacalah sikit dulu ni ya? Azan boleh kata tindakan Perdana Menteri Najib yang masih mengekalkan Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar seolah-olah Terengganu tidak penting buat Perdana Menteri, selain tidak menghormati Istana Terengganu.

Dia boleh sembang kata pembangkang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berminat untuk menyelesaikan kemelut di negeri ini juga tidak menghormati keputusan istana yang jelas memberi isyarat tidak berkenan kepada Menteri Besar sedia ada.



Persoalannya sekarang Si Azan ni berminak ke tidak untuk jaga kebajikan pengundi di DUN Bandar? Azan rasa dia hormat Istana sangat ke? Azan fikir Sultan Terengganu suka atau tak murka bila wakil rakyat yang diberi tanggungjawab tetapi tak bertanggungjawab?

Hello...  Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail tak payahlah nak komen ke, nak campur ke urusan orang...Kawasan sendiri tu kita dada jaga ke? Dahlah awak tu semakin popular dengan Gelaran Wakil rakyat Sekejap Ada Sekejap Tak Ada. Malahan kebiasaannya tak pernah ada.

Tak payah nak sembanglah pasal pasal1 pasal 2 ke..Yang kau tak jaga kawasan sendiri tu apa pasal?

Saya ni malaslah nak campur soal politik sangat. Bukan reti pun. Kalau nak baca juga ceritanya, bacalah kat ni.....TeganuKU Saya pun bimbanmg nak teruskan baca pasal ni..takut apa pulak kata jiran-jiran aku asyik muntah-muntah pulak...Mungkin dia orang ingat aku ada Skandal pulak..

Kalau Bab Sembang kau Ni Like Good Good Only.

Wah Mamat, bukan main lagi kau npunya action, like good-good jer... Kalau bab mengata kaulah juara. Kalau bab sembang kaulah yang paling lebat. Kalau bab ngata orang, dia je betul, dia saja yang bagus, orang lain semua bodo.

Sampai hari ini, satu kerja pun aku tak nampak kau buat. Hebat sangat ke awak tu? Kerja orang pandai sangat kau nak komen. Habis kerja kau sendiri tu... hampeh pun tarak.  Tunggu jap lagi aku pecoh bol baru kamu tahu langit ada berapa lapis..

Simpanlah lu punya kanda dinda tu... tunggu posting seterusnya...

Mantan MB Ku Ahmad Said Yang Tetap Ceria dan Ampuh..

Wow macam tak cayer...Hebat mantan MB Terengganu kita DS Ahmad Said. Walau pun tak jadi MB lagi beliau tetap nampak gagah dan gah.

Apa rahsia mantan? Tak perlah janji mantan sihat. Bercakap pasal mantan, ni kita terjumpa dan sharelah..mantan kita wak....

Ni gambar selfie Mantan MB kita bersama ahli perniagaan M'Ril Lvc yang menjual macam-macam ubat pengasih dan minyak.lagi..

Antaranya MINYAK DAGU (manusia). Item Dendam, Debu mayat manusia, Minyak Cenuai Rambut,Cenuai Akar laki & puan.

Walau pun tak pernah cuba, tapi saya suka baca item-item pelik macam ni ..mesti menarik..Item pengasihan seperti MINYAK BULUH PERINDU dan juga KAIN CINDAI 6 HELAI yang dipercayai sebagai Pelaris niaga dan macam-macam ...wushhhh sungguh misteri

Kalau anda suka barang-barang misteri boleh saja ke linknya mas...yu huuuuu

Buku Bertemu Ruas Di Gong Baru Petang Ini.


Ni baru betul-betul buku bertemu ruas. Mana tidaknya, apabila Pengerusi KRT Gong Baru memberitahu ada lawatan integrasi daripada KRT Taman Desa Murni Fasa 1, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Pada mulanya menurut Pokchu mereka nak hidangkan Laksa Terengganu tetapi memandangkan mereka dah biasa dengan laksa, menu hidangan telah ditukar.

"Kita pilih laksam sebagai menu utama hidangan. Barulah kena dengan lawannya" ujar Pokchu sambil ketawa.

Selain daripada Laksam, asam gupal juga disediakan untuk menyambut Rombongan Integrasi KRT Taman Desa Murni Fasa 1, Seberang perai Utara, Pulau Pinang yang dijangka tiba pada jam 4.00 Petang di Teratak Desa Gong Baru, Gong Tok Nasek Kuala Terengganu.

Walau pun Laksa Penang menduduki tempat ke7 dalam senarai '50 CNN Travel Best Foods in The World' pada tahun 2011, KRT Gong Baru tidak gentar untuk menghidangkan Laksam, lawan sebenar Laksa Penang hari ini.

Apa hebatnya laksa Penang? Laksa Penang dihidangkan berasaskan sup masam-pedas yang diperbuat daripada ikan kembung atau ikan tenggiri yang dicincang halus.

Ia dimasak bersama asam keping, bunga kantan dan daun kesum (mint Vietnam atau laksa mint).

Ia dihidangkan dengan mi beras tebal dan dihias dengan sayur-sayuran halus dihiris seperti timun , bawang , cili merah, nenas , salad , daun pudina dan " hae ko" (sos udang manis / belacan).

Manakala Laksam Terengganu pula dihidangkan dengan laksam gulung yang diperbuat daripada tepung beras dan dihidangkan bersama ulam yang dihiris halus dengan kuah santan pekat yang dimasak bersama ikan.

"Kalu nok sedap lagi kena ada asam limau" tambah Pok Wei ketika VOTE membuat tinjauan persiapan KRT Gong Baru menyambut tetamu mereka dari Penang.

Ia dipersetujui oleh Pokchu dan semua yang ada disitu. Sambil bercerita tiba-tiba Pokchu mendapat pesanan dihandphone nya.

"Ha ha orang Penang beritahu, mereka dalam perjalanan doh" jelas Pokchu.

Baiklah mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakan Laksam.yang Mudah dan Sedap

Resepi laksam (12 gulung)
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak

Campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar
  • panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
  • masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
  • angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
  • guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
  • kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..

Kuah laksam 6 orang makan
  • 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih..
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur

  • ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
  • bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
  • masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan
  • kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
  • masak hingga mendidih..dgn api sederhana

Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Dihiris halus :
  • ulaman
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • kobis

Sambal laksam :Semuanya kisar/tumbuk halus
  • sambal lada
  • sedikit belacan
  • lada merah
  • cili api merah
  • garam sikit 
Rujukan
1. Saji Online
2. Karangkraf
3. Wati Yusof


    12 May 2016

    Qu Putih Bakal Ambil Alih Rayani Air?

    Ya, itulah desas desus yang sedang bertiup kencang di langit biru Malaysia sekarang ini, Qu Putih sedang berbincang dan bakal ambil alih Rayani Air yang sedang dilanda problemo.

    Andai ini benar-benar terjadi, Qu Putih bakal terbang dengan penuh bergaya dilangit biru. Besar kemungkinan kapalterbang milik syarikat Qu Puttih nanti berwarna pink juga.

    Tahniah andai benar-benar terjadi dan selamat maju jaya...Nampaknya she will paint the sky in pink..

    Oh Romantiknya Musim Bunga Di Gong Baru


    Gong Baru Gong Tok Nasek Kuala Terengganu kini dilanda musim bunga yang sungguh romantik. Hujan semenjak sehari dua ini menyebabkan bunga yang sekian lama mememdam rasa mekar semekarnya dengan pelbagai warna.

    Datang dan lihat sendiri suasananya. Ia mungkin akan membantu anda mengingati nostalgia lalu. Jika anda dari spesis hoover craft atau baru, suasana sebegini tidak akan memberikan apa-apa makna kepada anda.

    Kebiasaannya musim begini sentiasa dipenuhi dengan aktiviri luaran. masa untuk memalaskan diri dengan hanya berbasikal atau berehat ditepian sambil bermain layang-layang.

    Dimusim sebegini kebiasaannya kita akan tidur dengan membiarkan tingkap terbuka sambil kita dibelai angin sepoi-sepoi bahasa.

    bagi mereka yang suka menghiasi rumah, inilah masanya untuk menghiasi rumah dengan bunga-bungaan didalam vase.

    Masa yang amat sesuai untuk berlengging, kata orang. Musim sebegini hanya mereka yang tak bermoral saja akan pakai coat sebab tak tau bawa diri.

    Masa untuk minum kopi-o-peng dengan keropok goreng sambil melupakan perkara yang remeh temeh.Masa begini lebih banyak ditumpukan kepada aktiviti luaran dan melupakan sebarang prasangka buruk.

    Aktiviti gotong royong dan bermotifkan kemasyarakatan menjadi keutamaan dimusim ini.

    Kenapa tidak jika anda punya masa terluang, hidupkan enjin kenderaan dan pandu secara perlahan-lahan menuju ke Gong Baru dan nikmatilah keindahan musim bunga yang hanya terdapat ketika Ahmad Razif menjadi MB Terengganu.

    Habis zaman Mat said tak subur ke? Huhh kalau dah bekeng sangat, bukan orang saja tak suka, bunga pun tak sudi berkembang.. FULLSTOP









    Contact Us

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *