Dr Khazani Bidas Tony Phua Kerana Hina Warga Pendidik

Dr Mohamad Khazani berkata kenyataan Phua itu mencerminkan pemikiran DAP adalah rasis.

“Seorang yang bercita cita memimpin masyarakat, lebih lebih lagi dalam masyarakat berbilang bangsa dan budaya seperti di Malaysia, amatlah tidak sesuai jika pola pemikiran beliau meletakkan benar dan salah, baik dan buruk, cerdik dan bodoh ke atas sandaran bangsa.

“Dalam kenyataan beliau semasa memberi komen tentang kedudukan pendidikan negara, dengan amat jelas, beliau memberikan persepsi bahawa kualiti pendidikan negara adalah lemah kerana pendidik (khasnya pensyarah, profesor) adalah sebahagian besarnya dari suatu bangsa tertentu.

“Kenyataan beliau amatlah boleh dicanggahi kerana pertamanya ianya hanya satu persepsi tanpa sebarang data dikemukakan.

“Keduanya, beliau membuat kenyataan menyeluruh bahawa pensyarah, profesor lemah kerana nisbah bangsa. Walaupun dikaitkan dengan proses perlantikan pensyarah dan profesor yang tidak telus (inipun sangat boleh didebatkan), pemikiran bersifat rasis beliau itu tidak dapat ditutup lagi,”katanya lagi.


Untuk rekod, Dr Khazani ialah bakal calon PAS untuk N16 DUN Batu Burok untuk PRU14..

Post a Comment

0 Comments