16 August 2018

Kelantan kenakan tindakan tegas terhadap pondan

KOTA BHARU: Denda sehingga RM1,000 atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap lelaki yang disabitkan kesalahan kerana berpakaian seperti perempuan atau berlagak seperti pondan di tempat awam di negeri ini, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad.

Beliau berkata tindakan itu boleh dikenakan terhadap pesalah warga tempatan dan orang luar yang datang ke negeri ini.

Lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti pondan adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pentauliahan Peguam Syarie di Jabatan Syariah, Tunjong di sini, pada Rabu.

Bagaimana pun beliau tidak pasti undang-undang negeri ini berkenaan pondan sama dengan negeri lain tetapi yang beliau pasti, undang-undang negeri ini jelas mengatakan sesiapa yang berpakaian atau berlagak seperti pondan di tempat awam boleh didenda atau dihukum penjara di bawah enakmen itu.
"Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika mereka ingin kelihatan seperti perempuan di rumah mereka tetapi jangan di tempat awam, ia adalah satu kesalahan serius," katanya.

Daud percaya pondan masih wujud di Kelantan kerana beberapa faktor termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta kurang perhatian daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka.

"Golongan ini wujud di negeri ini tetapi saya tidak pasti jumlah sebenar mereka. Semasa saya berkhidmat sebagai ketua penguatkuasa agama negeri, terdapat antara 40 hingga 70 pondan di negeri ini.

"Itu dalam tahun 1980-an dan untuk mendidik mereka, kami sentiasa mengadakan dialog dan juga kaunseling sepanjang masa. Sekarang ini saya percaya bilangan mereka mungkin berkurangan dari tahun 80-an," katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kekurangan dalam menjalankan operasi oleh pihak berkuasa tempatan boleh mendorong pondan bebas mengadakan aktiviti mereka.

-- BERNAMA

Sebat, denda kerana cubaan aksi 'lesbian': Suhakam kecam keputusan mahkamah Terengganu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengecam keputusan Mahkamah Syariah Terengganu pada 12 Ogos 2018 yang menjatuhkan hukuman enam sebatan masing-masing kepada dua wanita serta denda sejumlah RM3,300  kerana cuba melakukan hubungan sejenis di Dungun.

“Hukuman sebegitu adalah menghina, merendahkan dan seolah-olah suatu usaha tindakan memalukan wanita-wanita itu dan keluarga mereka.

“Ia sekali gus bertentangan dengan nilai martabat manusia, dan tidak selari dengan komitmen menjaga maruah seseorang seperti yang dianjurkan dalam setiap agama,” ujar Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Suhakam juga menegaskan, hukuman sebat dalam keadaan apapun melanggar  larangan mutlak penyeksaan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undang-undang antarabangsa.

Pada Ahad lalu (2 Ogos), Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengenakan hukuman sebatan dan denda ke atas sepasang wanita kerana cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun, dalam satu insiden pada April lalu.

BACA: Cubaan 'buat onar' dalam kereta gagal, pasangan lesbian di Dungun didenda, disebat

Bukan itu sahaja, kedua-dua wanita berusia 32 dan 22 tahun itu turut  berdepan hukuman empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas pasangan itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

SUMBER

14 August 2018

7 Masa Yang Paling Sesuai Untuk Lakukan Hubungan Seksual.

by Norzalina
Hubungan intim yang terbaik bukan bergantung kepada kuantiti, sebaliknya kualiti yang dicapai bersama. Cipta detik asmara umpama malam pertama agar anda dan pasangan tidak pernah merasa jemu biarpun usia perkahwinan sudah bertahun-tahun lamanya.

Tapi bilakah waktu yang terbaik untuk melakukan hubungan intim? Semak senarai ini dan sesuaikan mengikut keselesaan anda.

(1) PAGI HARI

Ketika bangun pagi, simpanan tenaga adalah lebih banyak dan sedia untuk digunakan. Melakukan hubungan intim pada waktu pagi mampu mencetuskan semangat untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Selain itu, waktu pagi juga bagus untuk kesihatan antaranya meningkatkan sistem kekebalan badan.

(2) SAAT PERGI BERCUTI

Percutian merupakan detik terbaik untuk menghabiskan waktu berdua tanpa perlu dihantui oleh urusan kerja dan sebagainya. Sesekali pergilah bercuti tanpa membawa anak-anak.

Manfaatkan detik percutian untuk mencipta kejutan yang boleh meningkatkan rasa cinta anda berdua. Percayalah, saat ini anda dapat menikmati hubungan intim lebih lama. Nikmatlah di tempat-tempat romantik agar suasana percutian anda lebih istimewa.

(3) SEBELUM HAID

Seorang isteri perlu peka dengan kitaran haidnya setiap bulan. Berhubungan intim sebelum datang haid merupakan waktu yang tepat kerana ketika ini seorang wanita akan mudah terangsang sehingga memudahkan dia dan pasangan mencapai kepuasan bersama.

(4) SAAT KELETIHAN

Bebanan kerja, terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang panjang, melayan karenah anak-anak yang aktif mahupun urusan-urusan rumah tangga yang tidak pernah habis ada kalanya membuatkan badan, fikiran dan jiwa keletihan. Bercinta saat ini dapat membaiki suasana hati sekaligus melenyapkan kepenatan yang dirasai. Tidur juga akan menjadi lebih nyenyak.

(5) SELEPAS BEROLAHRAGA

Melakukan aktiviti fizikal seperti olahraga bersama pasangan membuatkan anda lebih percaya diri sehingga dapat meningkatkan rasa sayang serta ghairah. Setelah berolahraga, lelaki mahupun wanita memiliki kadar adrenalin yang tinggi.

(6) JAM 8-10 MALAM

Pada waktu ini wanita akan bersemangat sepenuhnya serta bersedia untuk berhubungan intim. Sementara lelaki pula berada dalam keadaan yang tenang dan santai, jadi mudah untuk diajak bersama. Kesimpulannya, pada waktu ini baik wanita mahupun lelaki berada dalam keadaan yang sama serta siap sedia untuk bercinta.

(7) ANTARA TENGAH MALAM HINGGA DINI HARI

Pada waktu-waktu begini kadar melatonin wanita sangat rendah dengan sensitiviti yang tinggi. Umumnya, ketika ini wanita tidak bersemangat. Sementara lelaki pula berada dalam keadaan yang tenang dan santai. Oleh itu, bergantung kepada anda berdua sama ada mahu memanfaatkan waktu ini atau memilih untuk berehat sahaja.

SUMBER


13 August 2018

Anwar Sekolahkan Guan Eng Cara Betul Nak Jadi Menteri Kewangan.

Alamak... memang lucu dan bodo sombong punya Menteri Kewangan Malaysia Tuan Lim Guan Eng semenjak kebelakangan ini. Kerana perangainya macam kaduk naik junjung, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa sekolahkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan awam kerana kata-katanya boleh menjejaskan pasaran.

Pemimpin de facto PKR itu berkata beliau telah mengingatkan Lim bahawa kata-katanya sekarang adalah kata-kata yang mencerminkan Kementerian Kewangan dan dari kerajaan yang memerintah Malaysia dan ianya bukan lagi pembangkang.

"Saya menemui dan memaklumkan kepada Lim Guan Eng bahawa status dan kedudukan menteri kewangan adalah tinggi.

"Setiap kenyataan (beliau) akan menjadi titik rujukan bagi para pelabur," katanya dipetik oleh portal berita Malaysiakini.
 Anwar mengulas mengenai pertikaian Lim dengan firma penarafan Perkhidmatan Pelabur Moody tentang hutang negara yang semakin teruk.

Moody telah mengekalkan hutang Malaysia pada 50.8 peratus daripada keseluruhan ekonomi manakala Lim menegaskan dan berkeras mahukan hutang negara diletakkan sekurang-kurangnya 80 peratus.

Anwar, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, berkata Lim dan menteri lain diwajibkan untuk menjadi telus dan tidak sesekali mendedahkan penipuan.

"Dia boleh tugaskan satu atau dua menteri lain bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menerangkan ayat-ayatnya dengan lebih jelas dan terperinci," katanya.

Anwar telah menjadi menteri kewangan sejak tahun 1991 sehingga pemecatannya pada tahun 1998.

13 May 2018

PANAS!!!! Polis serbu apartmen dikaitkan dengan keluarga Najib

Polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur hari ini, yang didiami anggota keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjadi dokumen sensitif yang dibimbangi kerajaan akan dibawa keluar dari negara, kata dua pegawai polis kanan.

Serbuan itu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah menghalang Najib keluar daripada negara kerana dakwaan salah laku berhubung skandal 1MDB. Polis berkata mereka bertindak selepas satu laporan mengatakan kenderaan kerajaan membawa berdozen kotak berisi beg tangan berjenama dan berangan lain ke apartmen itu untuk diberikan kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Orang ramai jengkel dengan dakwaan korupsi itu yang dilihat sebagai antara sebab kekalahan mengejut Barisan Nasional pada pilihan raya umum Rabu lalu. Najib berulangkali menafikan sebarang salah laku. Jurucakap Najib tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.

Reuters juga tidak dapat menghubungi Najib, isterinya, atau anggota keluarga lain dan rakan terdekat. Reuters melihat kira-kira 20 anggota polis memasuki lobi apartment Pavilion Residences di ibu kota Malaysia itu, pada masa sama Mahathir mengadakan sidang media pengumuman anggota kabinetnya.

Mereka dibantu sekurang-kurangnya 12 lagi anggota penguatkuasa tidak beruniform. Anggota keselamatan bangunan itu - yang dimiliki Desmond Lim, seorang ahli perniagaan kaya dan penyokong Najib - memberi kerjasama dengan baik.

"Kami mencari dokumen kerajaan yang mungkin diambil secara tidak sah," kata seorang anggota polis kanan yang enggan dinamakan kerana beliau tiada autoriti untuk bercakap dengan media.

SUMBER : Kerengga

Delicious Save this on Delicious

PAS MENGAKU TERIMA WANG RM2.5 JUTA, TAPI SIAPA PENDERMANYA?

Pas akhirnya mengakui parti itu ada menerima dana sebanyak RM2.5 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar sebelum ini.

Dengan pengakuan itu bermakna Mahfuz tidak berbohong atau membuat fitnah berhubung dakwaan wujudnya dana meragukan yang diterima oleh Pas.

Sebanyak RM1.5 juta dana dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Pas Pusat, manakala RM1 juta lagi ke akaun yang dimiliki oleh tiga pemimpin Pas Terengganu.

AJK Pas Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki ketika mengakui mengenai wang tersebut bagaimanapun berkata, ia adalah derma individu tertentu kepada Pas.

Katanya, dana itu bukannya datang daripada UMNO.

Oleh kerana Dr Zuhdi sudah mengakui wang RM2.5 juta itu merupakan suatu derma, satu alasan yang sama digunakan Najib Razak ketika mengakui ada wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya, orangramai kini tentunya ingin tahu siapakah individu pemberi derma tersebu?

Adakah beliau itu seorang yang kaya dan ternama, ada perniagaan besar dan mempunyai banyak wang dalam akaunnya sendiri?

Oleh kerana Dr Zuhdi mengatakan wang tersebut adalah derma individu dan tiada kaitan dengan UMNO, pendedahan siapa individu berkenaan tentu saja sangat penting, bukan saja kepada orangramai, malah juga buat Pas sendiri.

Setidak-tidak kita ingin tahu penderma itu bukan ahli UMNO, bukan kroni UMNO dan bukan juga bekerja dengan mana-mana pemimpin UMNO.

Jika tiada apa yang mahu disembunyikan dan Pas juga benar-benar ikhlas, telus serta tulus, Pas seharusnya tiada masalah untuk mendedahkannya.

Pernahkah Pas selama ini menerima derma dalam jumlah sebanyak itu daripada mana-mana individu?

Jika selama ini Pas banyak bergantung kepada derma ahli-ahlinya melalui kutipan tin milo, mengapakah sejak berbaik dengan UMNO ini Pas tiba-tiba mendapat derma individu dalam jumlah yang besar?

Tindakan Pas terus berteka-teki dengan sekadar mengatakan ia derma, tetapi tidak berani mendedahkan butiran lengkap pendermanya, semuanya ini hanya menjadikan Pas sama seperti Najib saja kelakuan dan perangainya.

Atau adakah Pas sendiri belajar daripada Najib berhubung penggunaan alasan derma itu?

Sumber: ShahbudinHusin

Delicious Save this on Delicious

19 January 2018

Setakat Ni Sajer Ker Yang Hadir Di Ceramah Sahtipu Bahri?

Kalau macam nilah dia punya gaya, memang Pas Terengganu telah mengambil tindakan yang tepat dan kemas melucutkan jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu Daripada Sahtipu.

Bekas Bakal MB Terengganu ini sudah tidak diminati lagi dan dah tak ada orang dah nak dengar rapuan beliau tu. Kalau bab sembang, apa orang buat semuanya haram, tapi bila kena ke dia semuanya halal.

Berhentilah Sahtipu....Pas pun dah kata pergi, Amanah pun belum ajak mari...Sahtipu ni hanya layak jadi kabinet lama dalam Pas macam Zakaria Dagang juga.
Delicious Save this on Delicious

Terima Kasih YAB MB Terengganu, Bekang Tok Minoh kini Mula Menawan Selera.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato' Seri Hj Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu yang telah memberikan peluang kepada kami menggunakan kemudahan mesin-mesin di Kilang T-Kitchen untuk menghasilkan Produk Bekang Tok Minoh frozen. Ini ialah satu permulaan yang baik untuk kami melangkah lebih jauh.

Kilang T-Kitchen ialah sebuah kilang yang memperoses Nasi Dagang bersama Keropok Frozen yang diilhamkan sendiri oleh YAB Dato Seri Hj Ahmad Razif Abd Rahman yang beroperasi di kawasan perindustrian Chendering Kuala Terengganu,

Terima Kasih juga kepada Tengku Zulkarnaini Awalludin, Pengurus Besar T-Kitchen dan Ketua Portfolio Pengurusan Pelaburan, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.), Norashikin Osman, cheff de dan semua kakitangan yang begitu gigih membantu kami. Doa saya agar kilang T-Kitchen terus sukses untuk meneroka pasaran antarabangsa. Didoakan agar semua usaha kita akan di berkati..aamiin! 

Untuk tempahan sekitar kondo rakyat Kuala Ibai atau call/watsup/sms 0199810862.

Puan Noori Alias
Pengarah Urusan Bekang Tok Minah


Delicious Save this on Delicious

16 January 2018

Talian Hotline Mudoh Sokmo MB Terengganu Zahirkan Impian Nurhidayh

Talian Hotline Mudoh Sokmo MB Terengganu baru sahaja ditubuhkan dan dilancarkan baru-baru ini.

Dalam usia yang begitu muda Talian Hotline MB Terengganu telah pun berjaya menyelesaikan banyak aduan yang dilaporkan.

Terkini kes pelajar Terengganu yang yang mendapat tawaran belajar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Memang telah menjadi impian Nurhidayh Binti Che Muda untuk ke SSBJ.

Lantaran pendapatan keluarga yang tidak mampu untuk membiayai kos yuran pendaftaran dan kos lain-lain pengajian. Nurhidayh hampir berputus asa untuk meneruskan impiannya.

Namun begitu segalanya berubah apabila ibu Nurhidayh menghubungi Talian Hotline Mudoh Sokmo MB Terengganu. Nurhidayh yang sebelum ini keliharan suram kini telah mampu untuk mengukir senyuman kembali.

Sebagaimana yang telah dijanjikan, Talian Hotline Mudoh Sokmo MB Terengganu telah berjaya menzahirkan Impian Nurhidayh untuk ke SSBJ dalam tingkatan satu. Kos biaya pendaftaran dan wang saku dibiayai oleh Yayasan Terengganu.


Nurhidayh dan keluarga melahirkan rasa gembira kerana bukan sahaja Talian Hotline Mudoh Sokmo MB Terengganu yang membantu malahan YB N7 DUN Langkap, Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, juga turut membantu menyumbangkan dana bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga. Tahniah dan selamat sukses diucapkan kepada Nurhidayh.

Dengan semangat dan dedikasi Nurhidayh, Negeri Terengganu akan menambah sebutir lagi bintang Atlet Bertaraf Dunia.

Delicious Save this on Delicious

Contact Us

Contact Form

Name

Email *

Message *