Buku Bertemu Ruas Di Gong Baru Petang Ini.


Ni baru betul-betul buku bertemu ruas. Mana tidaknya, apabila Pengerusi KRT Gong Baru memberitahu ada lawatan integrasi daripada KRT Taman Desa Murni Fasa 1, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Pada mulanya menurut Pokchu mereka nak hidangkan Laksa Terengganu tetapi memandangkan mereka dah biasa dengan laksa, menu hidangan telah ditukar.

"Kita pilih laksam sebagai menu utama hidangan. Barulah kena dengan lawannya" ujar Pokchu sambil ketawa.

Selain daripada Laksam, asam gupal juga disediakan untuk menyambut Rombongan Integrasi KRT Taman Desa Murni Fasa 1, Seberang perai Utara, Pulau Pinang yang dijangka tiba pada jam 4.00 Petang di Teratak Desa Gong Baru, Gong Tok Nasek Kuala Terengganu.

Walau pun Laksa Penang menduduki tempat ke7 dalam senarai '50 CNN Travel Best Foods in The World' pada tahun 2011, KRT Gong Baru tidak gentar untuk menghidangkan Laksam, lawan sebenar Laksa Penang hari ini.

Apa hebatnya laksa Penang? Laksa Penang dihidangkan berasaskan sup masam-pedas yang diperbuat daripada ikan kembung atau ikan tenggiri yang dicincang halus.

Ia dimasak bersama asam keping, bunga kantan dan daun kesum (mint Vietnam atau laksa mint).

Ia dihidangkan dengan mi beras tebal dan dihias dengan sayur-sayuran halus dihiris seperti timun , bawang , cili merah, nenas , salad , daun pudina dan " hae ko" (sos udang manis / belacan).

Manakala Laksam Terengganu pula dihidangkan dengan laksam gulung yang diperbuat daripada tepung beras dan dihidangkan bersama ulam yang dihiris halus dengan kuah santan pekat yang dimasak bersama ikan.

"Kalu nok sedap lagi kena ada asam limau" tambah Pok Wei ketika VOTE membuat tinjauan persiapan KRT Gong Baru menyambut tetamu mereka dari Penang.

Ia dipersetujui oleh Pokchu dan semua yang ada disitu. Sambil bercerita tiba-tiba Pokchu mendapat pesanan dihandphone nya.

"Ha ha orang Penang beritahu, mereka dalam perjalanan doh" jelas Pokchu.

Baiklah mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakan Laksam.yang Mudah dan Sedap

Resepi laksam (12 gulung)
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak

Campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar
  • panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
  • masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
  • angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
  • guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
  • kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..

Kuah laksam 6 orang makan
  • 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih..
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur

  • ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
  • bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
  • masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan
  • kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
  • masak hingga mendidih..dgn api sederhana

Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Dihiris halus :
  • ulaman
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • kobis

Sambal laksam :Semuanya kisar/tumbuk halus
  • sambal lada
  • sedikit belacan
  • lada merah
  • cili api merah
  • garam sikit 
Rujukan
1. Saji Online
2. Karangkraf
3. Wati Yusof


    Post a Comment

    0 Comments