Bukan mudah untuk menjadi Ella atau menjadi hampir-hampir Ella atau hampir 10% Ella. Ella pun tidak memalui jalan mudah untuk mencapai tahap dimana Wah Ella bertakhta sekarang.
Ramai yang boleh menjadi Ratu dalam masa 24 jam tetapi sehingga berapa jamkah mereka mampu bertahan?
Apa Wah Hebatnya Ella?
Ella mempunyai pakej lengkap untuk menduduki takhta itu. Pakej Ella sendiri, pengurusan, syarikat rakaman bersama kekuatan jentera promosi dihadapan dan yang paling utama Ella muncul tepat pada masanya.
Ella tidak mendapat pengiktirafan sebagai Ratu Rock dalam sekelip mata. kerana itu selepas mendapat gelaran Ratu Rock, Ella tidak pernah kelabu mata dengan gelaran itu. Gelaran itu terus diwarnai dengan satu persatu album yang terus mempertahankan wahnya Ella sehingga kini.
To be the best, Ella will have to beat the rest. She has done until there is no more the rest.. Sella terus disitu tanpa diganggu gugat. Wah Kemas...!
Jom lihat bagaimana Ella bermula. Mungkin ada maklumat yang tak berapa cukup atau lengkap namun kami tahu anda akan melengkapkannya nati.
Ella atau nama sebenarnya Norzila Haji Aminuddin lahir pada tanggal 31 Julai 1966 di Gelugor, Pulau Pinang. Dibesarkan di Klang, Selangor, dia mula aktif dalam bidang seni semenjak di bangku sekolah.
Mula menempa nama dalam industri muzik tempatan pada tahun 1985 menerusi Ella & The Boys, Ella mengorak langkah untuk bergerak secara solo pada tahun 1998. Diberi jolokan Ratu Rock Malaysia,
Ella mengeluarkan album pertamanya pada tahun 1989. Album yang diberi judul ‘Pengemis Cinta’ itu menampilkan lagu hit seperti “Pengemis Cinta” dan “Permata Biru”.
Selain menghasilkan puluhan album, Ella juga merupakan penyanyi tempatan pertama yang merakamkan album di Amerika Syarikat menerusi album ‘Ella USA’. Dia juga telah dipilih untuk menjadi penyanyi bagi lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang berjudul ”Standing In The Eyes Of The World” bila Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ketika itu.
Ella turut menonjolkan bakat lakonannya dengan membintangi filem pertamanya, ‘Bayangan Maut’ (1991). Menerusi filem arahan Datuk Yusof Haslam itu, Ella bergandingan dengan Noorkumalasari, Sabree Fadzil dan Faizal Hussein.
Seterusnya, dia muncul menerusi beberapa filem lain iaitu ‘Pemburu Bayang’ (1992), ‘Hanya Kawan’ (1997), dan terbaru, ‘KIL’ yang ditayangkan di pawagam pada tahun lalu. Bercerita mengenai pencapaian Ella, wanita ini pernah memenangi Anugerah Artis Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung pada tahun 1993.
Namanya juga tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai 'Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak' yang diiktiraf pada tahun 1998.
Dia juga dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 17 Februari 2003 sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-57 dan Pingat Setia Mahkota Pahang (SMP) oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada 30 Mac 2010 sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Disebalik pelbagai kejayaan yang diraih oleh Ella dalam dunia seni suara dan hiburan tempatan, dia seringkali ditebak soalan bilakah dirinya bakal mengakhiri zaman solo. Diusia 46 tahun, Ella sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali pada tanggal 7 Julai 2012.
Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Klang, Baharudin Abu Bakar di kediaman keluarga Ella. Abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin menjadi wali pernikahan mereka.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak perempuan. Majlis resepsi pasangan mempelai telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember 2012.
Dalam perkembangan terbaru, selain terlibat dengan Mentor Legend, penyanyi lagu “Sepi Sekuntum Mawar Merah” itu kini sedang mengumpul material bagi album studio terbarunya dan dia juga sedang merancang sebuah projek istimewa berduet bersama anak saudaranya, penyanyi Kaka Azraff.
0 Comments