Jasa Ahmad Razif Selamatkan Pasar Payang Daripada Diroboh Akan Dikenang Rakyat.

Kalau pergi Terengganu memang tak sah kalau tak singgah kat Pasar Besar Payang yang terletak di Kuala Terengganu.

Pasar Payang  yang kini berusia lebih daripada 100 tahun merupakan “The Darling of Terengganu” yang menyediakan pelbagai barangan kraft seperti songket, batik, sutera, perhiasan, barangan antik dan macam-macam lagi..

Namun ada pihak yang sanggup untuk merobohkan sejarah yang bernilai ini atas alasan pembangunan dan mengikut perkembangan semasa. Bayangkanlah dari Pasar Payang anda boleh terus ke Kampung Cina, satu lagi syurga membeli belah yang penuh dengan kenagan peradaban lama seperti peranakan.

Menyedari hakikat ini, Pelan Pembangunan Semula Pasar Payang Yang Berteraskan Aspirasi Rakyat Dan Jauh Lebih Murah Bikin Mantan Menggelupur.Apa yang beliau kata, beliau akan kotakan. Mungkin itulah antara beberapa sebab kenapa mantan menggulur dan berbuat apa saja untuk kenakan Menteri besar Terengganu YAB Hj Ahmad Razif.

Pasar Payang terdiri daripada kompleks bangunan 2 tingkat yang mana di bahagian bawahnya menempatkan gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih muih tradisional dari negeri Terengganu. Pelbagai jenis kuih yang aku tak pernah rasa ada di jual di sini. Kuih popular seperti Kuih Akok, Che Mek Molek, Tapai Pulut Daun Getah, Sagoon, Bahulu, dan macam-macam lagi. Anda mesti beli semua jenis kuih dan rasa baru anda tahu betapa terangkatnya kuih Terengganu.

Projek pembangunan semula Kompleks Pasar Payang dan pengindahan persekitarannya yang dirancang sejak lebih tiga tahun lalu bagi menyediakan prasrana perniagaan lebih sempurna, dijangka bermula akhir bulan April 2016.

Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kos pelaksanaan projek itu dianggarkan RM76.3 juta, jauh lebih kecil berbanding anggaran awal RM400 juta dengan perubahan konsep mengikut aspirasi rakyat.

Pasar Payang adalah budaya kita. Sebagai peringatan, apa yang ada disini, tak ada di KL,Penang atau New York. Di bahagian bawah Pasar Payang ini juga terdapat jenis barangan makanan yang di jual seperti keropok, asam jerok, buah-buahan, pelbagai jenis serunding dan sebagainya. Keropok lekor yang popular pun ada di jual di sini.


“Kos ini sebagaimana persetujuan semasa Makmal Pengurusan Nilai dan dijangka siap pada penghujung 2018. Status terkini pembangunan semula adalah dalam peringkat akhir penyediaan dokumen tender oleh pihak perunding.

Senario lama akan dikekalkan seperti di tingkat 2 Pasar Payang yang menempatkan gerai-gerai menjual barangan kraftangan dan tekstil terutama dari Terengganu. Kalau nak mencari Batik yang cantik dan berkualiti memang inilah tempatnya.

“Urusan ini dipantau oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi tujuan kelulusan untuk proses perolehan di Kementerian Kewangan,” katanya mengenai status pasar yang menjadi salah satu simbol pengenalan negeri di sini baru-baru ini.

Katanya, beberapa masalah wujud sebelum ini termasuk penempatan perpindahan sementara peniaga asal di Pasar Payang ke tapak sementara menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir peniaga.
yang rata-rata kedai di tingkat dua ini menjual pelbagai jenis kain terutama hasil batik dan songket.

 Kain Songket Terengganu yang terkenal dengan tenunannya yang halus dan berkualiti juga ada di jual di Pasar Payang. Kain Songket tenunan tangan lebih mahal harganya dan mencecah ribuan ringgit.

Haji Ahmad Razif berkata, setiap permasalahan berkaitan penempatan perpindahan sementara peniaga di Pasar Payang sudah diselesaikan menerusi pertemuan dan rundingan bersama peniaga serta ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Terengganu.

Katanya, tempoh pelaksanaan pembinaan yang dibimbangi tidak dapat disiapkan pada tahun semasa diselesaikan dengan cadangan kaedah pembinaan secara fast track oleh pihak konsultan dalam tempoh lapan bulan.

Pelancong jangan risau dan terus datang ke Terengganu sokmo. Pasar Payang berkemungkinan satu-satunya pasar tradosional yang menerima kad kredit. Jadi tak perlu lah nak bawak wang tunai yang banyak kalau nak shooping songket yang harga ribu-ribu tu. Bercakap tentang buahan tempatan, anda tidak akan mahu kemana lagi selain Pasar Payang. Barangan berkualiti dengan tawaran harga yang tak akan mengeringkan poket anda.

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk tidak melakukan penambahan permohonan lot-lot kedai,” katanya.

Katanya, terdapat 408 lot niaga (bilik dan petak) seperti kedai emas runcit, pakaian, alatan dapur dan cenderamata, kedai makan, pemborong, bilik sejuk dan pasar basah yang sedia ada di Pasar Payang.
Terdapat barangan berharga kurang dari satu ringgit sehingga puluhan ribu ringgit pun ada. Memang unik.

 Kalau ke Pasar Payang jangan tanya apa yang ada kerana apa yang tiada di Pasar Payang? Anda nak jalan-jalan saja atau beli buah-buahan, keropok lekor, keropok keeping dan macam-macam dengan harga yang kurang untuk anda dapat lebih barang.

 Beliau menjelaskan skop kerja yang telah dimuktamadkan ialah meroboh dan membina semula Pasar Payang, penyediaan eskalator, surau, tempat letak kereta, skybridge menyambung Pasar Payang 1 dengan Bazar Warisan, satu unit menara jam dan lanskap.

Pada Julai 2014, Ahmad Razif mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk mengubah pendekatan projek Kompleks Pasar Payang yang dirancang semasa kepemimpinan Datuk Seri Ahmad Said setelah mengambil kira pandangan umum.

Pasar Payang adalah syurga membeli-belah barangan kraf tempatan, makanan dan pelbagai cenderamata. Dikenali sebagai “Huge Market” oleh pelancong luar Pasar Payang menawarkan harga yang sangat kompetitif. Jangan lupa untuk tawar menawar kerana itu adalah budaya tradisi Pasar Payang. Tak kira besar atau kecil bajet anda, semuanya ada dan boleh didapati disini tanpa ada stress.

Pada peringkat awal, pasar yang dalam keadaan uzur dan usang manakala sebahagian ruangnya dalam keadaan tidak selamat, dirancang untuk dirobohkan dengan penbinaan sebuah pasar moden berhawa dingin dalam kompleks yang turut dilengkapi dengan pembinaan sebuah hotel 23 tingkat dan apartmen 30 tingkat.

Keseluruhan projek berasaskan cadangan awal itu difahamkan mencecah lebih RM400 juta dengan pemaju ketika itu dikatakan bersedia menampung kos pembinaan pasar baharu setinggi empat tingkat.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada MB Encik Ahmad Razif yang nyaris-nyaris **** baru-baru ini

SUMBER: GUANA GAMOK











Post a Comment

0 Comments