Dikesempatan ini, saya gagahi juga usaha untuk meninjau sejauh manakah usahanita desa Kampung Banggol Kuala Ibai bersiap sedia untuk melakukan Transformasi Kuih Raya Sedap Sokmo tahun ini.
Sebenarnya selepas saya disahkan solo dan masih ada harapan untuk bertemu jodoh yang dikatakan bergantung kepada jumlah kuih Tart yang saya makan. Huuhhh tak kesahlah.. Ha ha terlanjur nak cari kuih Tart..saya akhirnya singgah berjumpa Kak Noor yang mengepalai usahanita desa Kampung Banggol.
Produk keluaran mereka sebenarnya sudah mula menjadi buah mulut kerana bermutu dan sedap sokmo. Mereka memang mendapat tempahan awal dari pelanggan tetap dan sahabat-sahabat terdekat. Menurut Kak Noor, persediaan awal dibuat untuk siapkan sampel dan kami di usahanita Desa Noor Cookies,kini dibuka untuk tempahan
Kak Nor memberitahu lagi, usaha ini dilakukan awal-awal untukmemastikan kaum ibu dan wanita dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah puasa nanti...
Usahanita Desa Noor Cookies kini beralamat di 485 Kg Banggol, Kuala Ibai, 20400 K.Terengganu. Berlokasi di dalam kawasan DUN N16 Batu Buruk, Parlimen Kuala Terengganu boleh dihubungi melalui HP: 019 965 7311.
0 Comments