PKR Terengganu Kata PAS Gilerrr Doh....

Va va va va sedap moncong betul ADUN Mulut Lebat PKR Kata  Pas Dah Mabuk Dan Giler.


Ekoran kenyataan Pas yang bercadang untuk bertanding di DUN Bandar, ADUN Mulut lebat PKR sekejap ada selalunya tak ada sudah naik minyak. Pas baru buat kenyataan saja..

Baru buat cadangan tapi kenapa ADUN ML(Mulut Lebat) dah menggelupur macam nak kena sawan? Amarah menggelupur itu disiarkan dalam portal Malaysia Dateline


Melalui temuramah bersama Hazayani Zakaria, PKR Terengganu menyifatkan Pas negeri itu sebagai orang yang sedang mabuk dan tidak perlu dilayan ekoran kenyataan Pas yang mahu bertanding di Dun Bandar, satu-satunya kerusi milik PKR di Terengganu.


Adun Bandar Azan Ismail berkata, kenyataan Pas itu tidak perlu dilayan.

“Usah dilayan orang sedang mabuk dan kemaruk nak kerusi dan isteri-isteri.

“Orang tua-tua dah nasihat jangan layan orang gila nanti jadi gila sama,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Sabtu lalu, timbalan pesuruhjaya Pas Terengganu Yahaya Ali, seperti dilaporkan Buletin Online berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh Pas negeri, kerusi Dun Bandar wajar ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ada (lawatan yang kita buat) dan kita dapat maklumat dari bilik gerakan, secara peribadinya saya merasakan Dun Bandar sangat patut diberi kepada Pas,” katanya seperti dipetik Buletin Online selepas merasmikan Himpunan Dun Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) di Chabang Tiga, Sabtu lalu.

Azan yang juga pengerusi perhubungan PKR Terengganu turut membayangkan parti itu akan mempertahankan Dun Bandar dalam PRU akan datang.

Pada PRU 2013, Azan mengalahkan penyandang kerusi Dun Bandar Datuk Toh Chin Wah dari BN dengan majoriti sebanyak 2,159 undi.

Azan mendapat 9,413 undi manakala Toh mendapat 7,254 undi sekaligus menyaksikan Azan merupakan satu-satunya calon PKR yang menang di Terengganu daripada enam kerusi yang ditandingi parti itu.

Admin rasa ADUN mulut lebat ni kena sedar diri sikit. Dia menang tu sebab sokongan orang-orang Pas. Nak harapkan ahli PKR? berapa ramai ada? Ahli PKR jika dicampur seluruh Terengganu jumlahnya masih tak boleh lawan jumlah ahli PAS 1 cawangan saja...

Post a Comment

0 Comments