18 November 2017

Lelaki Bermisai dan Berjanggut Menjadi Trend Lelaki Pilihan 2018

Anda nak bergaya macam mana? Anda nak ada misai atau bersih atau bagaimana? Pada pendapat sesetengah jejaka, janggut serta misai mereka bukanlah alat atau senjata untuk menyeksa. Malah, janggut dan misai mereka adalah simbol kelelakian (mereka turut katakan perkara sama tentang bulu dada)

Misai dan janggut merupakan isu yang sangat subjektif, ada yang suka dan ada yang tidak. Sebagai permulaan, ia bergantung kepada gaya peribadi dan cara seorang jejaka merias diri beliau. Di sini tersenarai beberapa gaya misai dan janggut pada jejaka, apa yang kami rasa dan samada anda harus menyimpan atau lebih wajar mencukurnya.

Berikut ini adalah beberapa jenis atau stail yang akan menjadikan anda lelaki idaman 2018.

Stail Janggut Penuh

Ya, inilah janggut yang memberikan kenangan buruk kepada dahi saya, namun digemari oleh para jejaka. Janggut penuh tidaklah seteruk mana seperti yang dilihat pada George Clooney. Terutamanya jika anda pandai menjaganya dan tidak membiarkan ia tumbuh seperti hutan (nota: Sacha Baron Cohen, tolong cukur janggut anda)


Stail Goatee
Gaya ini memerlukan penjagaan rapi. Jika tidak, berhati-hatilah kerana anda pasti kelihatan seperti kambing. Satu lagi perkara yang perlu diingat adalah anda jangan cuba goatee berpotongan segi tiga.Buruk sangat...

Stail Stubble
Secara peribadi , gaya ini sangat seksi. Ia tidak serabut dan memberikan gaya rugged dan berbahaya.

Jambang
Satu-satunya lelaki yang miliki jambang yang disetujui sangat bergaya di mata wanita seluruh dunia adalah Hugh Jackman. Beliau merupakan sebab mengapa jambang mampu kelihatan menarik, terutamanya kerana Elvis Presley menyebabkan jambang kelihatan menakutkan. Pastikan jambang anda terjaga dengan razor elektrik untuk kelihatan sehebat Jackman.

Stail Berkumis
Bradley Cooper merupakan seorang lelaki yang sangat tampan. Saya akui jatuh cinta pandang pertama tatkala menonton lakonan beliau sebagai seorang suami yang menduakan isteri beliau dalam filem ‘He’s Just Not That Into You’. Namun saat beliau menyimpan kumis, hancurlah perasaan cinta tersebut. Sekiranya kumis serasi dengan wajah anda, apa salahnya. Tetapi bagi saya, tolonglah, Bradley Cooper, cukurlah kumis anda. Dan jangan cuba kumis ala Charlie Chaplin!


Stail Cukur Bersih
Bijak, bergaya dan segar- tiga perkataan yang mentakrifkan gaya ini. Selain itu, gaya ini mampu membuatkan seorang lelaki kelihatan jauh lebih muda berbanding usia sebenar kerana akhirnya kami boleh melihat wajah anda yang begitu kacak, contohnya seperti pemain bola sepak dari Netherlands, Gregory Van der Wiel.


Dengan itu, persoalannya adalah: untuk cukur atau simpan misai mahupun janggut. Ya, anda miliki perwatakan anda dan tidak boleh dipaksa menjadi Gregory Van der Wiel (walaupun wanita seluruh dunia idamkan jejaka seperti Gregory).

Simpanlah gaya yang serasi dengan personaliti, rupa dan penjagaan anda yang tersendiri. Yang penting, anda selesa dan yakin dengan gaya anda. Asalkan jangan bergaya seperti The Diktator sudahlah.

*Perhatian: Walau pun tidak simpan misai atau janggut  Dato' Seri Hj Ahmad Razif dijangkakan akan terus menjadi lelaki pilihan dalam PRU14 kerana #TerengganuKitaMolehDohLening



Delicious Save this on Delicious

25 August 2017

Kejutan Bunga Gugur Sebelum Berkembang Dari Terengganu



Salam Takziah PPBM Terengganu khususnya PPBM Dungun yang telah menghembuskan nafasnya sebentar tadi di Kuala Nerus.

Selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Bahagian Kuala nerus sebentar tadi, Puan mastura yang mengepalai PPBM Dungun telah menyerahkan borang keahlian kepada TPM yang merasmikan mesyuarat itu.

"Ini bermakna PPBM Dungun telah tamat riwayatnya" jelas Puan Mastura yang merupakan, penaja dan pendeposit utama dana PPBM Terengganu.

Takziah PPBM Dungun dan Terengganu.


Delicious Save this on Delicious

30 May 2017

A Friendly Warning Will Not Be It..The Sarcastic Star Paper Should Be Banned

The Star should be banned totally for what they have done to insult the muslim community in Malaysia. People are not happy with what had appeared in the front page of The Star - the sarcastic paper on the first day of Ramadhan.

The Star has been ignoring the country's guidelines by producing its controversial front page on the first day of Ramadhan which portrayed a picture of Muslims performing terawih prayer sandwiched between the headline ‘Malaysian Terrorist Leader’ and a spa advertisement.

So it's time for us to urge The Star to banned by the KDN and we all muslims,  Jom boycott The Star - The Sarcastic Paper.
Delicious Save this on Delicious

Give That Sarcastic Paper A Big Full Stop.

The muslims community in Malaysia are not happy with the star's rudeness for being so sarcastic with what had appeared in the front page of The Star - the sarcastic paper on the first day of Ramadhan.

The Star has been ignoring the country's guidelines by producing its controversial front page on the first day of Ramadhan which portrayed a picture of Muslims performing terawih prayer sandwiched between the headline ‘Malaysian Terrorist Leader’ and a spa advertisement.

So it's time for us to give that sarcastic paper a big full stop and Jom boycott The Star - The Sarcastic Paper.
Delicious Save this on Delicious

24 May 2017

Fariz Irwan Mustafa Pengamal Politik Jenis LGBT?

Ini memang betul-betul bangang punya "Pewaris Politik Generasi Ke 2 PAS", mana tidaknya? Mula-mula macam nak runtuh Bukit Besar bila Fariz Irwan Mustafa mencabar MB Terengganu untuk berdebat dengan beliau.

Fariz Irwan memberi tempoh 24 jam untuk memberikan jawapan atau dengan nada keras Fariz mengugut untuk dedahkan semua skandal Umrah yang kononya mensabitkan Menteri Besar Terengganu.

Tup tup selepas cabaran Fariz Irwan mula mendapat perhatian dan serangan demi serangan dilakukan oleh penyokong setia Ahmad Razif, tak sampai 6 jam selepas mencabar MB, Fariz Irwan dah tutup akaun facebooknya dan terus menyepikan diri dari dunia sosial media terutama di facebook.

Ha ha dia yang cabar MB, lepas tu dia yang tutup akaun dan lari. pejuang lelaki sejati dan sado takkan buat kerja macam tu. Hanya Fariz Irwan yang mengamal politik gaya LGBT saja yang mampu melakukan itu semua.

Inikah yang Pas banggakan sebagai generasi pelapis PAS? Orang-orang yang sewaktu dengan Fariz Irwan ni bukan "Pelapis" Pas tetapi sebenarnya Pelupus Pas.
Delicious Save this on Delicious

22 May 2017

Fariz Mustafa Pukul Razif Kerana Nak Sindir Ustaz Zakaria Dagang..


Fariz Irwan Mustafa dirancang supaya pukul Razif untuk Pas sindir Zakaria Dagang? Balaghah sebenornye disebalik fitnah bodoh,pendedahan BN Sokmo

Apa sebenarnya yang tersirat disebalik fitnah bodoh yang tiba-tiba dilemparkan Fariz terhadap MB Terengganu? Walau pun muda, Fariz Irwan Mustafa bukanlah baru dalam perjuangan Pas.

Fariz dilahirkan dalam Pas. Dibesarkan di lobi parlimen kerana ayahnya pernah berkhidmat dalam kerajaan. Hubungan Fariz dengan Pas sudah tidak boleh dipisahkan lagi seperti hubungan Anwar dan Syamsidar.

Fariz Irwan berayahkan Mustafa Ali, Mantan Setiausaha Agong Pas dan orang terkanan yang paling dipercayai oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Mustahil Fariz Irwan tidak mewarisi apa-apa daripada Mantan Setiausaha Agong Pas dalam politik?

dan Fariz Irwan boleh kata sanggup bertanding atas calon bebas di N11? Hish tak masuk akal langsung sebagaimana tak masuk akal fitnah bodoh yang dilemparkan kepada YAB MB Terengganu.

Bodohkah Fariz Irwan sebagai peguam lulusan UIA melontarkan sesuatu tanpa fakta? Saya duk perati saja...dan pada hemat saya, Fariz Irwan tidaklah sebodoh itu.

Pun begitu beliau sanggup dikatakan bodoh asalkan "Balaghah" terancang yang nak disampaikan kena tepat doket pada sasaran. Kalau dalam Pas, jika sesuatu niat itu dituju secara depan, ia mungkin tidak akan dapat diterima dan dianggap kurang hajar.

Cara sindiran atau dalam bahasa arabnya dipanggil "Balaghah" adalah kaedah terbaik untuk sampai kematlamat sasar. kena atas butir kata orang lening. Justeru, fitnah bodoh yang 150% ternyata salah, pada hemat saya adalah disengajakan.

Yang dipukul memang Razif tetapi yang nak disindir yang sebenarnya adalah Zakaria Dagang.

Takkan Tuan Guru nak suruh Ustaz Ya Dagang berhenti? Takkan Dato' Mustafa Ali nak paksa Zakaria Dagang berhenti? Takkan Dato' Mustaffa Ali nak biarkan anaknya bertanding sebagai calon bebas? Apa ke kelas?

Mustafa Ali buka saja mulut dia, nak Fariz Irwan bertanding dimana? pasti dimakbulkan permintaan itu.

So jadinya, nak tak nak guna "Balaghah" sajalah..itu pun kalau Zakaria Dagang masih belum faham, maknanya dia tu memang baghal tahap pelepoh nyor ah..

Fariz Irwan Mustafa adalah satu diantara ribuan jiwa muda yang sedang meronta terlalu lama tunggu dalam Pas kerana sikap yang tak mahu beri laluan kepada golongan muda seperti yang dipraktikkan secara diktator oleh Zakaria Dagang.

Kerana itulah saya berpendapat, Fariz Irwan adalah instrumen terbaik untuk sampaikan Balaghah parti kepada Zakaria Dagang.

Berani ke Zakaria Dagang nak sentuh anak Mantan Setiausaha Agong Pas Dato' Mustafa Ali? Beranikah Zakaria Dagang nak kosek Fariz Irwan yang sudah dianggap macam anak sendiri oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang?

ye ke macam anak sendiri? Ha ha dah nak Ramadhan, cubalah pergi tunggu pada pagi-pagi 1 Syawal nanti dan lihat siapa yang menunggu didepan pintu sekali di rumah Tuan Guru Hj Hadi Awang di sebelah Masjid Rusila kalau bukan Fariz irwan Mustafa?

Jadinya pada pandangan saya dan duk dak duk dak getaran jantung ini, diharapkan Ustaz Zakaria Dagang dapat terima "Balaghah" yang sudah dirancangkan ini.

Kerana itu Fariz Irwan Mustafa berani kata Ya Dagang sila pergi, memang N11 pun dah takmboh doh ke Ustaz Da Dagang lagi...

Pukul Razif semata-mata kerana nak sindir Ya Dagang..boleh percaya ke Mustafa Ali akan relakan Fariz Irwan bertanding atas tiket bebas? Anok pok tu boh...

Delicious Save this on Delicious

21 May 2017

Aishwarya Rai Terserlah Di Festival Filem Cannes ke 70.


Seniwati popular dan tersohor Bollywood Aishwarya Rai Bachchan menarik pandangan setiap mata dilaluan karpet merah di Festival Filem Cannes yang paling berprestij untuk kali ke 70.

Sesiapa pun tidak akan terlepas pandang dengan kejelitaan Aishwarya Rai Bachchan yang juga bekas ratu dunia suatu ketika dulu.

Aishwarya Rai Bachchan tampil dengan filem DEVDAS hasil lakonannya 15 tahun dahulu.
Manakala dihari kedua festival, Aishwarya Rai Bachchan mengenakan gaun hitam berparas bahu yang menyerlahkan lagi kecantikannya.

Delicious Save this on Delicious

14 May 2017

Mahathir Buktikan Pakatan Pembangkang Adalah Penipu Tegar.

Kehadiran Mahathir dalampakatan pembangkang tidak dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan pembangkang, malah ia lebih memudarat dan merosakkan pembangkan sekali gus.

Jika sebelum ini pembangkang begitu berbangga dengan BERSIH kini mereka sepatutnya merasa malu dengan diri mereka sendiri. mereka sebenarnya satu pakatan yang mempertahankan penjenayah, penipu, perasuah dan sebagainya.

Segala air ludahan mereka dulu kini kembali keatas muka mereka sendiri. Pakatan pembangkang adalah pakatan penipu tegar yang sentiasa memanipulasi isu dan sentiasa berbohong.

Kehadiran Mahathir sendiri yang dulu dilabelkan mereka sebagai maha Firaun dan Maha segala-galanya kini menjadi suci bersih sebersihnya bila Mahathir bersama mereka.

Apa punya cerita ni?

Apa dah jadi dengan tuduhan rasuah terhadap Mahathir oleh Rafizi? Mahathir dah jadi wali suci bila bersama pembangkan?

Nah itu dia, memang tepat sekali kehadiran Mahathir dalam blok pembangkang telah berjaya membuktikan pembangkang adalah penipu tegar yang tak boleh dipercayai termasuk Mahathir sendiri.

Delicious Save this on Delicious

Ingatkan Cantuman Gambar Dah Cukup Mengerikan...

Kita fikir cantuman gambar Mahathir dan Lim May Thirteen ini sudah cukup mengerikan, tetapi lihatlah sendiri betapa dahsyat dan ngeri bila nama Mahathir dan Lim May Thirteen dicantumkan menjadi satu nama. MAHAZA+LIM

* Lim May Thirteen ialah nama yang dihadiahkan khas kepada Lim Kit Siang untuk memperingati jasa beliau mencetuskan insiden 13 may 1957.



Delicious Save this on Delicious

PAS layan PKR macam Sampah di Terengganu?

Ya begitulah menurut kata Pengerusi MPN PKR Terengganu, Hj Abd Rahman Yusof  semasa ceramah Dialog Rakyat Terengganu baru-baru ini.

Beliau merasakan perpisahan dengan Pas itu adalah satu rahmat kerana memang itu yang mereka mahukan.

Hubungan PKR PAS juga macam hidup segan mati tak mau.
Apa guna bersama, jika suara dan usaha kita tak pernah diterima dan dihargai? Pas layan PKR Terengganu macam sampah. Sila lihat video ucapan penuh.

13 May 2017

YAB MB Terengganu Menyeru Rakyat Mendoakan Keselamatan Batalion 18 RAMD (PARA).



Seramai 150 anggota Batalion 18 RAMD (PARA) dihantar untuk memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan di Tawau, Sabah selama tiga bulan.

Doakan semoga anggota Batalion 18 RAMD (PARA) berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan dalam segala urusan demi keselamatan dan keamanan negara SUMBER



Kenapa Orang Parti Pan Suka Nganjing Kat Orang Pas?


KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat menyarankan PAS cuma bertanding di Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, PAS wajar mengambil langkah tersebut berdasarkan hasil kajian Invoke Malaysia iaitu sebuah badan yang diasaskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mendapati PAS adalah sebuah parti yang ditolak oleh majoriti rakyat.

“Dalam pembentangan hasil kajian Invoke oleh Rafizi, PAS akan dapat corot undi di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu.

“Dalam PRU14 lebih baik PAS fokus di dua negeri tersebut sahaja. Dapat memerintah kedua-duanya. Negeri lain serah kepada Pakatan Harapan. Inilah cara terbaik untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam pembentangan hasil kajian oleh organisasinya sendiri tersebut berkata, kaji selidik itu mendapati PAN akan mengatasi PAS dalam PRU14.

Sebilangan pihak bagaimanapun berpandangan hasil kajian itu kurang meyakinkan kerana ia dilaksanakan oleh sebuah entiti yang berkecendurangan memenangkan Pakatan Harapan. -SUMBER


Ada Aku Kesah Fasha Sanda Nafi Kena Saman?



Walaupun sedang bercuti bersama keluarga dan anak-anaknya, pelakon Fasha Sandha masih mengetahui setiap perkembangan terbaru mengenai  kontroversinya bersama Nora Danish.


Fasha menerusi akaun Instagramnya sempat untuk memuat naik kenyataan balas berhubung tindakan Nora yang telah memfailkan saman fitnah terhadapnya.
Berikut kenyataan penuh Fasha : –

Lim May Thirteen Nama Baru Lim Kit Siang

Tiada nama lain yang lebih sesuai untuk rakyat Malaysia memperingati dan mengutuk berlakunya peristiwa rusuhan berdarah pada 13 Mei 1957. Nama yang paling sesuai untuk pencetus yang telah mencatatakan sejarah hitam kepada negara ialah Lim May Thirteen. Inilah peristiwa yang kita tidak mahu berulang kembali dan setiap 13 kita akan memperingati dan mengutuk insiden dan pencetusnya..Lim May Thirteen iaitu merjuk kepada Lim Kit Siang dan peristiwa berdarah 13 mei sekali gus.. 2 in 1 for Lim May Thirteen (Lim Mei Thirteen)

06 May 2017

UMNO Sekarang Masih Lagi Seperti UMNO Yang Dulu

UMNO yang baru sahaja menyambut hari ulang Tahun ke 71 masih lagi seperti UMNO yang dulu. dasar perjuangannya tetap sama dan tidak pernah berubah.

Dasar untuk membela agama, bangsa dan tanah air tanpa walau sebesar zarah sekali mengorbankan kepentingan bangsa dan agama lain masih lagi kekal seperti dahulu..

Dibawah kepeimpinan YAB Dato' Seri Najib Razak telah berjaya membawa parti untuk terus berdiri megah untuk terus bersaing. Umno masih lagi seperti dahulu, UMNO mahu dan UMNO mampu menggalas tugas memperjuangkan hak kita.

Jom Kita Toleh Kebelakang Bagaimana Penubuhan UMNO


Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
 
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
 
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
 
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
 
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.

Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


Selamat Menyambut Hari Ulangtahun ke 71 UMNO
daripada YAB Dato' Seri Hj Ahmad Razif Abd. Rahman,
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu
Posted by VOTE on Saturday, May 6, 2017


02 May 2017

Pakatan Rakyat Punca Rasuah Dan Jenayah Meningkat, Bukan Kerana UMNO/BN?


Mentaliti tahap longkang pemimpin dan penyokong pakatan rakyat seringkali menyalahkan UMNO/BN bila kadar jenayah dan rasuah meningkat dinegara ini. Kenapa? Ya persoalannya kenapa menunding jari kepada UMNO/BN? Mereka sentiasa menjadikan pemimpin UMNO/BN sebagai mangsa untuk mendapat mileage pilitik mereka. Tanpa bukti yang kukuh mereka awal-awal lagi telah menghukum pemimpin UMNO BN sebagai penjenayah dan Perasuah.


Belum pun mereka didakwa, mereka terlebih dahulu mendepani mahkamah menjatuhkan hukuman. Mangsa yang paling banyak terkesan dengan fitnah mereka ini ialah PM dan isteri. Namun tidak ada satu pun tuduhan mereka dibuktikan benar dimahkamah.

Kita pernah melihat sendiri bagaimana sekiranya pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah atau sedang menjalani pembicaraan, mereka akan melepaskan apa sahaja jawatan yang dipegang sebagai penjawat awam. Kenapa selama ini penyokong dan pemimpin pakatan rakyat tidak pernah menyalahkan diri mereka sendiri kerana berlaku peningkatan jenayah dan rasuah.

Siapa yang menyokong Penjenayah dan Perasuah?

UMNO/BN yang sokong perasuah dan penjenayah? Hu huuuanda silap..Siapa yang sokong Anwar Ibrahim sipenjenayah liwat? Siapa yang sokong dan pertahankan Adam Rosly yang ditahan SPRM kerana salahlaku rasuah.Siapa pertahankan Rafizi si penjenayah Raja Fitnah Malaysia?

Siapa yang pertahankan dan sokong Lim Guan Eng yang sedang menghadapi perbicaraan dimahkamah? kenapa Lim Guan Eng tidak meletakkan jawatan sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Umno?

Pemimpin dan Penyokong Pakatan Rakyat Pemuja Penjenayah dan Perasuah?

Lu fikirlah sendiri...siapa yang membuat huru hara dijalanan dan siapa pencetusnya? Siapa yang mengasas peritiwa 13 mei kalau tidak Lim Kit Siang? sekira ada pemimpin UMNO yang ditahan dipenjara atau menghadp pertuduhan dan pembicaraan, adakah penyokong-penyokong UMNO/BN yang berhimpun sambil bakar lilin?

Penyokong Pakatan Rakyat Mencemar Institusi Kepolisian Negara.

Institusi kepolisian adalah sebuah istitusi yang bebas dan tidak menyebelahi mana-mana badan politik apabila menjalankan tugas mereka untuk menjaga ketenteraman dan kesejahteraan awam.Polis tetap berkhidmat dan menjalankan tugas seperti biasa walaupun mereka berada didalam negeri yang dipimpin oleh pembangkang. Polis terus bertindak secara professional menjalankan tugas mereka namun ini yang dibalas oleh penyokong pakatan rakyat.

Fikir-fikirlah sendiri. siapa pencetus huru, siapa yang yang menjadi punca berlaku peningkatan rasuah dan jenayah. UMNO/BN atau Pakatan Rakyat?

24 April 2017

Rafizi Bakal Dilantik MB Jika Pakatan Berjaya Tawan Terengganu?

Alkisahnya PH begitu yakin calon Menteri Besar akan diterima Rrakyat... Anok Muda Teganu yang Hebat

Pakatan Harapan Terengganu yang di naungi oleh PKR, Amanah, PPBM dan DAP yakin dengan kepimpinan YB Rafizi Ramli untuk menakluki Terengganu. YB Rafizi adalah orang Terengganu yang dilahirkan di utara  dan dibesarkan di selatan negeri.Beliau kenal semua kawasan dalam Bumi Darul Iman ini.

Sebagai Pengarah Strategi PKR beliau cukup berpengalaman dalam strategi pilihanraya dan Pakatan Harapan Terengganu menagih kebijaksanaan beliau.

Pakatan Harapan pasti kemelut yang melanda Barisan Nasional dan isu semasa yang membelenggu masyarakat memberikan keyakinan kepada Pakatan Harapan untuk menang di Terengganu.

PH akan menampilkan calon terkuat di setiap DUN dan Parlimen di Terengganu dan bertambah yakin apabila YB Rafizi Ramli bersetuju untuk mengetuai jentera PH.

PAS bukan lah cabaran utama PH. PH dan PAS akan bersama-sama dalam usaha menjatuhkan UMNO dan Najib di Terengganu.

Selepas menang nanti PH akan adakan perbincangan semula dengan PAS. Buat masa ini biarlah masing-masing fokus kepada strategi memenangi pilihanraya masing-masing.

PH telah bersedia untuk menempuhi kempen Pilihanraya daripada UMNO yang akan menggunakan segala jentera kerajaan dan berhabis-habisan untuk mempertahankan kemenangan.

Rafizi memang Anak teganung Yang hebat...hebat Menipu...

10 March 2017

Biar Poket Kosong Asalkan Jangan Jiwa Kosong Tanpa Harga - iMalaysia


Jiwa Kosong Tanpa Harga Andai Hidup Tanpa Cinta Kepada Agama, Bangsa, Negara Mahu Pun Wanita.

Jangan kita jadi manusia yang berjiwa kosong tanpa harga diri. Jangan sesekali kita hidup tanpa cinta kepada agama, bangsa, negara mahu pun wanita.

Kita sehati sejiwa mempertahankan keamanan Malaysia Kita. Akan kita pertahankan dan jangan ada sesiapa pun cuba untuk merampasnya dari kita.

Inilah suara, inilah pilihan rakyat Terengganu. We Love Malaysia because we are -#iMalaysia

07 March 2017

Malathi Maritha Teruja Bertemu Toh Puan Hjh Halina, Isteri YAB MB Terengganu.

Orang Kedah memang tersohor dengan cantik budi bahasa, halus tatasusilanya. Tidak kira yang lelaki atau pun perempuan. Bak kata orang dulu-dulu sekali terpandang, pasti rindu berpanjangan.

 Begitu juga dengan pengalaman Malathi Maritha yang begitu teruja bertemu dengan isteri YAB MB Terengganu. Menurut kata Malathi dilaman sosial Facebook,"Terbaik Isteri Menteri Besar TRG.. TOH PN Cikgu Halina Zakaria Bersama Anaknya Singgah n Makan Di Restoran Hot- Hot Kedai Roti Canai.. TRG.

Sikap Peramah Dan Mesra Rakyat Beliau Sepatutnya Dicontohi oleh Kita Semua. Sikap inilah yang menyedarkan semua golongan manusia perlu mengamalkan nilai hormat - menghormati antara kaum dan satu sama lain.

 Sikap manusia kini yang kebanyakannya mengumpat, mengutuk atau memfitnah dengan mengviralkan sesuatu isu yang tidak tahu kebenarannya perlu disingkirkan untuk kesejahteraan kita sebagai bangsa yang berintelek, berjaya serta maju setanding dengan Transformasi Negara menjelang Tahun 2050 nanti. MALAYSIA..TN 50

Terima Kasih Malatthi -VOTE

21 February 2017

Terengganu Bertuah Dibawah Kepimpinan YAB Dato' Seri Hj Ahmad Razif .


Terengganu terus menerus mengecapi kesejahteraan berkat semangat kerjasama dan saling mengukuhkan sesama pemimpin. Keserasian ini telah berjaya mengekalkan Terengganu berada ditahap berprestasi Tinggi dalam pelbagai pencapaian di Malaysia.

Beruntung sungguh rakyat Terengganu dan Syabas dan tahniah seluruh warga kepimpinan Darul Iman.Dedikasi dan komitment yang ditunjukkan dan diamalkan dalam pentadbiran kerajaan ini akan menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang lebih cantik dengan budayanya yang lebih menarik.

Lebih menarik lagi apabila Pemimpin Berdedikasi, Rakyat Bermotivasi. Terengganu semakin mantap apabila diketuai oleh seorang pemimpin yang berdedikasi, bermotivasi, komited, berprinsip, berani kerana benar dan sedia pertahan dan bertanggungjawab terhadap apa juga yang dilafazkan seperti YAB Dato' seri hajui Ahmad Razif Abd Rahman.



VOTE -The Voice of Terengganu mengiktiraf kepempinan YAB MB dan bagi menambah kukuh penarafan kami terhadap YAB DS, bersama kita selami ilham rasa beliau menerusi manifestasi perjuangan beliau ini. Dipersilakan.

Biar Berdepan Cabaran Menggunung
Biar Tiba Tantangan Hebat
Saya Tidak Akan Menyerah Kalah
Biar mati Berkalang Tanah
Biar Ada Yang Berpaling Tadah
Saya Tidak Akan Sekali-kali Mengalah
Kerana Diantara Perancangan Anda
Dan Perancangan Allah
Perancangan Allah Adalah
Sebaik-baik Perancangan
Dan Bagi Saya
Kepada Allah Jugalah
Saya Berserah
Penarafan 5 Bintang untuk YAB Dato' Seri Hj Ahmad Razif Abd Rahman. Menteri Besar Terengganu

Contact Us

Contact Form

Name

Email *

Message *