29 May 2015

Senyum Sokmo walaupun Kita Sedang kecewa - Pok Chu GongBaru

Pertama, ucapan terima kasih kerana memberi laluan untuk temu bual ini. Fokus utama temubual untuk mendapatkan penjelasan mengenai 5 pelaris yang digunakan KRT Gong Baru.

Memulakan bual bicara, Sdr Mohd Hanafiah Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pok Chu GongBaru merupakan Pengerusi KRT Kg. Gong Baru, Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu.

"Senyum Sokmo" katanya ringkas sambil menambah "walaupun kita sedang kecewa," Menurut beliau, amalan senyum adalah penting kerana ia adalah pelaris utama. "Kita akan tahu, sama ada kita gagal atau berjaya dalam kerja kita sebaik sahaja pelanggan kita tinggalkan premis kita" jelas Pok Chu sambil tersenyum.

"Lihat sahaja reaksi pada wajah mereka, adakah mereka senyum atau sedih atau marah dengan perkhidmatan kita"jelas Pok Chu lagi. Menurut Pok Chu, puas hati pelanggan akan digambarkan serta merta diwajah mereka.

Sekiranya mereka senyum bererti kita berjaya dan begitu juga sebaliknya. bayangkan bagaimana kami uruskan pertandingan memancing kami yang sentiasa mendapat sambutan ribuan manusia.

Setiap peserta pertandingan akan kami pastikan mereka senyum sokmo walau pun mereka tidak menjadi juara...

(Bersambung untuk 5 Rahsia Pelaris KRT Gong Baru.) Pok Chu Facebook.

Berikut ini ialah senarai anugerah yang dimenangi KRT Gong baru semenjak penubuhan lagi. Anugerah-anugerah ini menurut Pok Chu merupakan sebagai penghargaan kepada semua kami disini.

2014/05    Anugerah Perdana KRT Kategori Pengurusan KRT Terbaik.

2012-Saguhati Pertandingan Keceriaan & Kibar Jalur Gemilang anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu

2012-Tempat Ketiga Penambahan Keahlian Baru UMNO anjuran UMNO Bahagian K. Terengganu

2012-Anugerah Terbaik Pertandingan Keceriaan Merdeka Kategori Anjung Komuniti 1 Malaysia    anjuran Jabatan Penerangan & Komunikasi Negeri Terengganu

2012- Saguhati Kecemerlangan JKKK Daerah K. Terengganu anjuran Pejabat Daerah K. Terengganu

2012-Anugerah Pengurusan KRT Terbaik    Terengganu anjuran Pejabat Perpaduan Negeri Terengganu

2011
  • Anugerah KRT Terbaik Daerah
  • Anugerah SRS Terbaik
  • Anugerah Jiran Warga Emas Terbaik
    Anugerah Projek Inovasi Terbaik    anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Terengganu

2010    Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu

2010  Kempen Tandatangan Srikandi Prihatin DUN Batu Buruk anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk

2010 Menang Pertandingan Profil Kampung anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk

2010  Anugerah Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Terengganu anjuran Pej. Daerah Kuala Terengganu

2009  
  1. Anugerah Kawasan Rukun Tetangga Cemerlang Terengganu
  2. Anugerah Kawasan Rukun Tetangga Cemerlang
  3. Jiran Warga Emas Cemerlang
  4. Tunas Jiran Cemerlang
  5. Tunas Jiran Terbaik
    anjuran Jabatan  Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Terengganu

2009  
  1. Jiran Wanita Terbaik Terengganu
  2. Jiran Muda Terbaik
  3. SRS Terbaik
anjuran Jabatan  Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Terengganu

2009    Tempat Ke-4 Anugerah Desa Cemerlang Daerah Kuala Terengganu anjuran KEMAS

2008    Anugerah Kualiti & Pengurusan KRT Terbaik Nasional anjuran Kementerian Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Malaysia

2008    KRT Terbaik & Cemerlang Peringkat Negeri anjuran JPNINT

2007    Juara Pertandingan Projek MEPS 3 Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu

2007    Lima Terbaik Pertandingan Kebersihan Mesin Rumput Chain Saw anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu

2008    Johan Pertandingan Permainan Tradisional anjuran Muzium Negeri Terengganu

25 May 2015

Raysha Rizrose Masih Tidak Percaya Apabila Dinobatkan Sebagai Juara

Adik kepada pelakon Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose, Raysha Rizrose telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja edisi 2014/2015, menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid.

Mengakui terkejut dengan kemenangan tersebut, Raysha Rizrose telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 selain mahkota kemenangan disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Neelofa.

 “Saya masih seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2014/2015. Dunia seperti berhenti seketika apabila nama saya diumumkan sebagai sebagai juara dan ia menjadi antara pengalaman paling manis dalam hidup saya” “Banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya mengenai kepentingan untuk menjaga disiplin diri, menepati masa, memperbaiki ketrampilan diri, cara berhadapan dengan orang ramai dalam pelbagai situasi serta banyak lagi”

“Pengalaman yang cukup berharga ini secara tidak langsung memberikan impak kepada personaliti saya secara peribadi,” katanya kepada Berita Harian

21 May 2015

Wanita Lebih Tabah Mengharungi Kehidupan Berbanding Lelaki?

Jika anda masih berpersepsi bahawa golongan wanita adalah kaum hawa yang lemah sifat dan tidak cukup tabah mengharungi kehidupan, ada baiknya anda berfikir semuala dan renungkan kembali.

Ya memang betul lelaki dan wanita saling memerlukan dan saling memperkukuhkan namun persoalannya siapakah yang lebih tabah mengharungi kehidupan ini.

Wanita dicipta dengan sifat lembut luaran namun dalamannya amat kuat dan jauh lebih tabah. Imej wanita yang digambarkan sebagai "Aku insan yang lemah dan hanya mampu berserah" tidak lagi sesuai dan kena lagi.

Malahan terbukti diserata dunia, tahap intelektualiti manusia tidak dibatasi jantina. Ada sesetengah bahagian wanita jauh lebih mendahului lelaku. Mungkin kerana ada resam dan budaya disesetengah tempat, wanita masih dianggap sebagai kasta kelas kedua.

17 May 2015

Ingin Jadi Lelaki Terhebat Masa Kini?


Gemuk dan berisi poket menjadi pilihan kini



KLIK untuk saksikan video
Lelaki terhebat bukanlah jenis lelaki yang bertubuh sasa ala Mr Univers atau bergaya macam Tom Cruise.

Walau pun dipangging Tom Kurus kerana kurus, lelaki terhebat ialah lelaki yang disayangi isteri, disenangi mertua dan dirindui anak-anak.

Lelaki yang sekali sekala (boleh selalukan juga) ialah lelaki yang membawa anak dan isteri ke Terengganu dan menikmati makanan Terengganu yang terbaik didunia.

Poket anda takkan kurus bila berbelanja di Terengganu.

Bila sampai masa untuk pulang, lelaki idaman akan berhenti ke Kedai Keropok Lekor 007 untuk beli beberapa bungkus keropok lekor bagi agihan kepada:
1. Mertua
2.Jiran-jiran
3.Rakan sepejabat
4.Untuk kegunaan sendiri

Inilah kriteria utama untuk menjadi lelaki terhebat. Tak perlu nak berpewatakan macam Sean Connery tetapi suka korner sana kornar sini... Simpel-simpel sudah.

Biar tubuh kurus kata orang tu..janji poket mau gemuk. Tak lama lagi kami akan senaraikan 30 tempat makan terbaik di Kuala Terengganu yang menjadi pilihan ramai. Ia bukan sahaja sedap tetapi menjadi bualan hangat dimana-mana. Inilah cara terbaik yang akan dilakukan oleh lelaki terhebat.

Itu baru soal makanan, kita belum cerita lagi soal batik, songket, itu dan ini.....ha ha ha poket mesti gemuk der....

Betulkah Wanita Berisi Menjadi Pilihan Kini?


Gemuk dan berisi menjadi pilihan kini



KLIK untuk saksikan video
Tahu tak? Dapatan kajian yang dilakukan The University of Facebook, wanita berisi atau gemuk kini menjadi pilihan dan kegilaan terkini.

Ini adalah kerana wanita gemuk dan berisi punyai tahap “Mesra” yang jauh lebih tinggi daripada wanita kurus.

Wanita berisi bukan sahaja lebih peramah, mesra, suka berjenaka, cute, “Happy Go Lucky” tidak suka berdendam mahu pun berendam air mata.

Wanita dengan bentuk tubuh berisi dikatakan lebih sensual, seksi, pandai menggoda, merayu, pandai memujuk dan yang lebih penting kuat merajuk tetapi cepat sejuk.

Jika anda ingin menjadi kegilaan terkini dan bercadang untuk tambah berat badan, sila ambil serius maklumat ini.

Tidak lama lagi kami akan mengeluarkan senarai 30 premis makanan terbaik di sekitar K. Terengganu dalam bentuk video HD, PDF serta responsive integrated Web. Tunggu..Best in the world ma...

Contact Us

Contact Form

Name

Email *

Message *