Akan Datang #yespkp..tunggu

Terima kasih kerana tetap bersama Pasar Kedai Payang (PKP) Untuk pertama kalinya admin bercadang untuk mengadakan acara tahunan bermula tahun ini sehingga seterusnya sampai bila-bilalah Berikut adalah detail program yang dirancangkan.  

1.Apa itu Kempen #yespkp Kempen #yespkp adalah satu inisiatif yang diambil untuk merancakkan lagi group PKP Insyaalah dengan kerjasama dan penglibatan anda semua.Maksud YES adalah Year End Sale. Simbol # adalah untuk buyer menambah jualan.  

2.Bila Kempen #yespkp akan bermula dan Berakhir. Cadangan Kempen Jualan Kempen #yespkp Beroperasi pada pada 1 Disember dan berakhir pada tahun baru. Kempen ini diharapkan dapat mengundang lebih ramai pengunjung ke PKP dan menghasilkan lebih jualan, Insya Allah.  

3.Siapa yang akan Terlibat dengan Kempen #yespkp. Jualan Kempen #yespkp akan melibatkan kesemua uasahawan dalam group PKP

 4.Bagaimana Tatacara Kempen #yespkp Promosi Year End Sale di PKP akan dipromosikan lebih awal dan secepat mungkin. Seller diharapkan dapat menggunakan kempen ini untuk menarik lebih ramai pembeli dengan harga sale/Jualan Akhir tahun berupa diskaun. 

Buatlah tak kira 10% ke 20% harga potongan. Mungkin ada servis lain percuma dengan belian RM*** ke atas atau apa juga cadangan sila mailbox admin. Seller digalakkan menggunakan bayak Apps untuk buat Video percuma yang ada sekarang teruta Apps AI. Pergunakan itu semua. Bukan kena bayar pun. Saya cuma guna VEGAS PRO 17 saja. 

 5.Apakah bahan sokongan yang akan disediakan oleh admin untuk kempen #yespkp Untuk Kempen #yespkp admin akan menyediakan beberapa siri video dan juga print untuk diedarkan disemua sosial media. Kejayaan kempen ini berrgantung kepada daya usaha anda semua. 

Disini kita bersama mencipta kelaianan dan kita akan cipta keputusan yang akan dapat dilihat cartanya dari facebook nanti. Berapa ramai yang singgah dan lain-lain. Andai anda perlukan logo YES@PKP logo akan disediakan. 

Insya Allah dengan kita akan berjaya kerana kita punya BUKTI (Berkat Usaha Ketekunan Tercapai Impian) Admin rasa tak salah dan tak rugi kalau kita rancakkan PKP dengan idea baru dan bersama kita jadikan PKP Anda sebagai Group Online Shopping Yang Bukan Calan-Calang. 

Semuanya kerana Kita Mahu dan Kita Mampu Untuk Zahirkannya. Pastikan setiap posting sila letak ##yespkp dan #kategori produk anda (Kalau kereta letak #kereta Kuih #kuihtradisi #jualtanah dan lain# mulai sekarang untuk mudahkan carian dan pengumpulan setiap produk mengikut kategori dgn guna #. Terima Kasih Semua. Brian Pedro Rizal.

Pages