Anda, sila ingat betul-betul tempat ini jika anda inginkan jalan-jalan anda memenuhi syarat bila ke KT.
Satu perkara yang anda semua tak perlu risau soal GST sebab kami di Terengganu memang meng utamakan G disetiap akhir perkataan.
Anda perlu berhati-hati juga dengan bahasa Terengganu kerana bukan semua perkataan boleh ditambah dengan "G'..
So agak-agaklah mana yang sesuai. Kalau tambah jugak anda mungkin boleh dikategorikan dalam spesis "Out Steseng"
So jika anda datang ke Terengganu kerana nak jaga badan atau diet sesuka hati, saya rasa anda silap negeri. Disini dibumi ialah tempat untuk anda tambah berat badan dan pertingkatkan tahap happy to the max. Bila balik kerja nanti anda boleh kerja baek punya cergas.
Tempat makan yang saya senaraikan ini bukan dipilih kerana art deco, kerana awek yang jaga tu solid molid atau kerana kelazz sangat. Tetapi ia dipilih kerana ia memang sedap terangkat.
Tak perlu pakaian rasmi atau pengiring peribadi. Datang sendiri-sendiri pun OK kalau solo lagi.
So check this out..30 best of KT4U.
1. E-Nasi Kukus Jln Kamaruddin
2. Nasi Ayam Hainan pantai Batu Buruk
3. Nasi Ayam Batu 6
4. Nasi Kapit Kuah Gulai Ikan Aya. Warung Nurazila Cabang 3
5. Nasi Kerabu Depan Padang Sek Tg Ampuan Mariam (Wisma Darul Iman)
6. Nasi Benor (Nasi Putih) Dekat Simpang Ke Area Astaka
7. Nasi Minyak Bukit Depu.
8. Coconut Shake Depan Sekolah Panji Alam, K. Trg.
9. Ikan Bakar Kampung Bukit Tunggal
10.Ikan Bakar Bawah Jambatan Kuala Ibai, K. Terengganu.
11.Keropok Lekor Kak Yah Losong
12.Keropok Lekor 007 Kuala Ibai Kuala Terengganu
13.Keropok Lekor Bukit Tok Beng
14.Nasi Daging Bakar Al-Hijrah Pasir Panjang
15.Nasi Dagang Chendering
16.Nasi Dagang Warung Nurazila
17.Rojak Betik Pasor Gong Kapas
18.Biskut Dan Kek Halal ZIQ Bakery Gong kapas
19.Rojak Keling Restoran Selamat (Depan sekolah Khairiah)
20.Mee Bandung Bawah Pokok Nangka, Dekat Panggung Cathy KT
21.Mee Hoon Sup Lerang
22.Selera Dapur Arang
23.Nasi Lemok Bulatan Batu Bersurat Ladang
24.Nasi Lemok Bira Kubor Depan Sek SS
25.Laksa Penang Pasar Batu 6
26.Kew Teow Goreng Jalan Ibrahim Gong Kapas
27.Nasi Padang Jalan Tok Lam
28.Nasi Minyak Depan Bangunan UMNO Gong Kapas
29.Roti Payang Jalan Kamaruddin
30.Murtabak Tanjung, Dekat Astaka.
*Jika anda rasa ada sesetengah tempat mengenakan bayaran yang tinggi kerana anda pelancung, sila buat laporan segera dengan bahan bukti Bil dll. Atau anda boleh hantar mesej ke admin blog. TQ
Sebelum anda pulang ke tempat anda, kami secara seriusnya cadangkan anda ke Pasar Payang untuk beli apa yang patut dan sentuhan terakhir anda untuk mempertingkatkan stimulasi daya kerja anda, sila singgah ke Kafe Mek Awang di Kampung Cina... selepas itu kami ucapkan selamat pulang dan jumpa lagi..
0 Comments