Oh Romantiknya Musim Bunga Di Gong Baru


Gong Baru Gong Tok Nasek Kuala Terengganu kini dilanda musim bunga yang sungguh romantik. Hujan semenjak sehari dua ini menyebabkan bunga yang sekian lama mememdam rasa mekar semekarnya dengan pelbagai warna.

Datang dan lihat sendiri suasananya. Ia mungkin akan membantu anda mengingati nostalgia lalu. Jika anda dari spesis hoover craft atau baru, suasana sebegini tidak akan memberikan apa-apa makna kepada anda.

Kebiasaannya musim begini sentiasa dipenuhi dengan aktiviri luaran. masa untuk memalaskan diri dengan hanya berbasikal atau berehat ditepian sambil bermain layang-layang.

Dimusim sebegini kebiasaannya kita akan tidur dengan membiarkan tingkap terbuka sambil kita dibelai angin sepoi-sepoi bahasa.

bagi mereka yang suka menghiasi rumah, inilah masanya untuk menghiasi rumah dengan bunga-bungaan didalam vase.

Masa yang amat sesuai untuk berlengging, kata orang. Musim sebegini hanya mereka yang tak bermoral saja akan pakai coat sebab tak tau bawa diri.

Masa untuk minum kopi-o-peng dengan keropok goreng sambil melupakan perkara yang remeh temeh.Masa begini lebih banyak ditumpukan kepada aktiviti luaran dan melupakan sebarang prasangka buruk.

Aktiviti gotong royong dan bermotifkan kemasyarakatan menjadi keutamaan dimusim ini.

Kenapa tidak jika anda punya masa terluang, hidupkan enjin kenderaan dan pandu secara perlahan-lahan menuju ke Gong Baru dan nikmatilah keindahan musim bunga yang hanya terdapat ketika Ahmad Razif menjadi MB Terengganu.

Habis zaman Mat said tak subur ke? Huhh kalau dah bekeng sangat, bukan orang saja tak suka, bunga pun tak sudi berkembang.. FULLSTOP









Post a Comment

0 Comments