30 April 2015

PKR bukan Parti Politik, Ia Cuma sebuah Organisasi Kekeluargaan sahaja.- Tun M

Tun Mahathir Mohamad menyifatkan PKR hanyalah sekadar sebuah institusi kekeluargaan dan bukan parti politik. Beliau mengulas ketika dalam temubual bersama The malaymail Online tentang pencalonan Dr Wan Azizah di Permatang Pauh.

Tun Mahathir yang kini berada di Pulau Pinang dalam satu program anjuran Universiti Sains Malaysia. beliau menambah lagi, " saya tak akan pergi ke Permatang Pauh kerana khidmat saya tidak diperlukan.Saya optimis BN boleh menang kerana Pakatan Rakyat kini sedang bercelaru terutamanya dalam isu Hudud dimana PKR memang tidak menyokongnya".

Beri peluang untuk saya jelaskan kenapa 'serang' Najib - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap ahli-ahli UMNO memberi peluang untuknya menjelaskan kenapa beliau mengkritik pentadbiran perdana menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berharap peluang diberikan kepadanya untuk membolehkan ahli UMNO menilai sama ada beliau merosakkan parti atau tidak.

"Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Datuk Seri Najib.

"Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU," katanya dalam tulisan terbaru di blognya chedet.cc hari ini.

Dalam tulisan tersebut, Dr Mahathir berterima kasih kepada ahli UMNO, yang sebahagiannya menasihatkan beliau menghentikan serangan terhadap Najib.

Namun jelas beliau, pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu membuktikan berlaku kesetiaan kepada pemimpin sehingga tidak menyoal apa yang dilakukan..

"Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita," tulis beliau lagi.

Najib, kata Dr Mahathir lebih lemah berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana prestasinya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih menurun.

"Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah.

"Kemenangan Najib lebih tipis," katanya.

28 April 2015

Hadi Awang Masih kekal terbaik Untuk Presiden PAS.

Sebelum nak ketuai pusat, Husam harus pandang ke belakang lihat sokongan daripada kelantan untuknya dulu.

Kita belum nak berbicara soal aura yang ada pada Hadi Awang berbanding Husam.

Nasihat ikhlas untuk Husam, tak payahlah nak bertanding melawan Presiden, dapatkan jawatan exco di Kelantan dulu...

Kualiti dan Kredibiliti Hadi Awang terserlah bukan sekadar di Malaysia, malah diseluruh benua Islam. Husam dimana?

Apa yang paling penting dalam perjuangan ini adalah kesabaran. Itu yang ada pada Hadi Awang dan tiada pada Husam. Menyingkap perjuangan Hadi Awang dalam politik, segalanya ditempuh dan dilalui dengan penuh kesabaran sehingga beliau berjaya menjadi Menteri Besar Terengganu dulu.

Apa sejarah yang Husam Musa ada?

Jika Pas mahukan seorang Presiden yang tersengih-sengih ke hulu ke hilir, bersalaman ke sana ni, memang Hadi Awang bukan orangnya. Tapi percayalah..aura yang dibawa Hadi Awang akan terus mengukuhkan Pas.

Saya percaya Hadi Awang masih mengekalkan apa yang pernah disaran Almarhum Ustaz Fadhil Nor supaya mengekalkan gandingan Ulama dan golongan professional dalam Pas.

Husam tak perlu kemaruk kuasalah...jangan berpolitik dalam politik dengan otai, kelak diri sendiri yang merana..

Apa? Pas boikot PRK Permatang Pauh? Taik Kucing lah weh...

Yang kata boikot itu pemimpin tertentu sahaja, tetapi sebenarnya PAS diketuai Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Mujahid Yusof telah menggerakkan jentera mereka.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dalam kenyataan medianya berkata, semua jentera dan petugas Pemuda PAS Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.

Cukup-cukuplah drama tu weh..aku dah naik trauma dah

Contact Us

Contact Form

Name

Email *

Message *