Fariz Mustafa Pukul Razif Kerana Nak Sindir Ustaz Zakaria Dagang..


Fariz Irwan Mustafa dirancang supaya pukul Razif untuk Pas sindir Zakaria Dagang? Balaghah sebenornye disebalik fitnah bodoh,pendedahan BN Sokmo

Apa sebenarnya yang tersirat disebalik fitnah bodoh yang tiba-tiba dilemparkan Fariz terhadap MB Terengganu? Walau pun muda, Fariz Irwan Mustafa bukanlah baru dalam perjuangan Pas.

Fariz dilahirkan dalam Pas. Dibesarkan di lobi parlimen kerana ayahnya pernah berkhidmat dalam kerajaan. Hubungan Fariz dengan Pas sudah tidak boleh dipisahkan lagi seperti hubungan Anwar dan Syamsidar.

Fariz Irwan berayahkan Mustafa Ali, Mantan Setiausaha Agong Pas dan orang terkanan yang paling dipercayai oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Mustahil Fariz Irwan tidak mewarisi apa-apa daripada Mantan Setiausaha Agong Pas dalam politik?

dan Fariz Irwan boleh kata sanggup bertanding atas calon bebas di N11? Hish tak masuk akal langsung sebagaimana tak masuk akal fitnah bodoh yang dilemparkan kepada YAB MB Terengganu.

Bodohkah Fariz Irwan sebagai peguam lulusan UIA melontarkan sesuatu tanpa fakta? Saya duk perati saja...dan pada hemat saya, Fariz Irwan tidaklah sebodoh itu.

Pun begitu beliau sanggup dikatakan bodoh asalkan "Balaghah" terancang yang nak disampaikan kena tepat doket pada sasaran. Kalau dalam Pas, jika sesuatu niat itu dituju secara depan, ia mungkin tidak akan dapat diterima dan dianggap kurang hajar.

Cara sindiran atau dalam bahasa arabnya dipanggil "Balaghah" adalah kaedah terbaik untuk sampai kematlamat sasar. kena atas butir kata orang lening. Justeru, fitnah bodoh yang 150% ternyata salah, pada hemat saya adalah disengajakan.

Yang dipukul memang Razif tetapi yang nak disindir yang sebenarnya adalah Zakaria Dagang.

Takkan Tuan Guru nak suruh Ustaz Ya Dagang berhenti? Takkan Dato' Mustafa Ali nak paksa Zakaria Dagang berhenti? Takkan Dato' Mustaffa Ali nak biarkan anaknya bertanding sebagai calon bebas? Apa ke kelas?

Mustafa Ali buka saja mulut dia, nak Fariz Irwan bertanding dimana? pasti dimakbulkan permintaan itu.

So jadinya, nak tak nak guna "Balaghah" sajalah..itu pun kalau Zakaria Dagang masih belum faham, maknanya dia tu memang baghal tahap pelepoh nyor ah..

Fariz Irwan Mustafa adalah satu diantara ribuan jiwa muda yang sedang meronta terlalu lama tunggu dalam Pas kerana sikap yang tak mahu beri laluan kepada golongan muda seperti yang dipraktikkan secara diktator oleh Zakaria Dagang.

Kerana itulah saya berpendapat, Fariz Irwan adalah instrumen terbaik untuk sampaikan Balaghah parti kepada Zakaria Dagang.

Berani ke Zakaria Dagang nak sentuh anak Mantan Setiausaha Agong Pas Dato' Mustafa Ali? Beranikah Zakaria Dagang nak kosek Fariz Irwan yang sudah dianggap macam anak sendiri oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang?

ye ke macam anak sendiri? Ha ha dah nak Ramadhan, cubalah pergi tunggu pada pagi-pagi 1 Syawal nanti dan lihat siapa yang menunggu didepan pintu sekali di rumah Tuan Guru Hj Hadi Awang di sebelah Masjid Rusila kalau bukan Fariz irwan Mustafa?

Jadinya pada pandangan saya dan duk dak duk dak getaran jantung ini, diharapkan Ustaz Zakaria Dagang dapat terima "Balaghah" yang sudah dirancangkan ini.

Kerana itu Fariz Irwan Mustafa berani kata Ya Dagang sila pergi, memang N11 pun dah takmboh doh ke Ustaz Da Dagang lagi...

Pukul Razif semata-mata kerana nak sindir Ya Dagang..boleh percaya ke Mustafa Ali akan relakan Fariz Irwan bertanding atas tiket bebas? Anok pok tu boh...

Delicious Save this on Delicious

Post a Comment

0 Comments