UMNO Sekarang Masih Lagi Seperti UMNO Yang Dulu

UMNO yang baru sahaja menyambut hari ulang Tahun ke 71 masih lagi seperti UMNO yang dulu. dasar perjuangannya tetap sama dan tidak pernah berubah.

Dasar untuk membela agama, bangsa dan tanah air tanpa walau sebesar zarah sekali mengorbankan kepentingan bangsa dan agama lain masih lagi kekal seperti dahulu..

Dibawah kepeimpinan YAB Dato' Seri Najib Razak telah berjaya membawa parti untuk terus berdiri megah untuk terus bersaing. Umno masih lagi seperti dahulu, UMNO mahu dan UMNO mampu menggalas tugas memperjuangkan hak kita.

Jom Kita Toleh Kebelakang Bagaimana Penubuhan UMNO


Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
 
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
 
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
 
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
 
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.

Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


Selamat Menyambut Hari Ulangtahun ke 71 UMNO
daripada YAB Dato' Seri Hj Ahmad Razif Abd. Rahman,
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu
Posted by VOTE on Saturday, May 6, 2017


Post a Comment

0 Comments