Rafizi Bakal Dilantik MB Jika Pakatan Berjaya Tawan Terengganu?

Alkisahnya PH begitu yakin calon Menteri Besar akan diterima Rrakyat... Anok Muda Teganu yang Hebat

Pakatan Harapan Terengganu yang di naungi oleh PKR, Amanah, PPBM dan DAP yakin dengan kepimpinan YB Rafizi Ramli untuk menakluki Terengganu. YB Rafizi adalah orang Terengganu yang dilahirkan di utara  dan dibesarkan di selatan negeri.Beliau kenal semua kawasan dalam Bumi Darul Iman ini.

Sebagai Pengarah Strategi PKR beliau cukup berpengalaman dalam strategi pilihanraya dan Pakatan Harapan Terengganu menagih kebijaksanaan beliau.

Pakatan Harapan pasti kemelut yang melanda Barisan Nasional dan isu semasa yang membelenggu masyarakat memberikan keyakinan kepada Pakatan Harapan untuk menang di Terengganu.

PH akan menampilkan calon terkuat di setiap DUN dan Parlimen di Terengganu dan bertambah yakin apabila YB Rafizi Ramli bersetuju untuk mengetuai jentera PH.

PAS bukan lah cabaran utama PH. PH dan PAS akan bersama-sama dalam usaha menjatuhkan UMNO dan Najib di Terengganu.

Selepas menang nanti PH akan adakan perbincangan semula dengan PAS. Buat masa ini biarlah masing-masing fokus kepada strategi memenangi pilihanraya masing-masing.

PH telah bersedia untuk menempuhi kempen Pilihanraya daripada UMNO yang akan menggunakan segala jentera kerajaan dan berhabis-habisan untuk mempertahankan kemenangan.

Rafizi memang Anak teganung Yang hebat...hebat Menipu...

Post a Comment

0 Comments