Lelaki Bermisai dan Berjanggut Menjadi Trend Lelaki Pilihan 2018

Anda nak bergaya macam mana? Anda nak ada misai atau bersih atau bagaimana? Pada pendapat sesetengah jejaka, janggut serta misai mereka bukanlah alat atau senjata untuk menyeksa. Malah, janggut dan misai mereka adalah simbol kelelakian (mereka turut katakan perkara sama tentang bulu dada)

Misai dan janggut merupakan isu yang sangat subjektif, ada yang suka dan ada yang tidak. Sebagai permulaan, ia bergantung kepada gaya peribadi dan cara seorang jejaka merias diri beliau. Di sini tersenarai beberapa gaya misai dan janggut pada jejaka, apa yang kami rasa dan samada anda harus menyimpan atau lebih wajar mencukurnya.

Berikut ini adalah beberapa jenis atau stail yang akan menjadikan anda lelaki idaman 2018.

Stail Janggut Penuh

Ya, inilah janggut yang memberikan kenangan buruk kepada dahi saya, namun digemari oleh para jejaka. Janggut penuh tidaklah seteruk mana seperti yang dilihat pada George Clooney. Terutamanya jika anda pandai menjaganya dan tidak membiarkan ia tumbuh seperti hutan (nota: Sacha Baron Cohen, tolong cukur janggut anda)


Stail Goatee
Gaya ini memerlukan penjagaan rapi. Jika tidak, berhati-hatilah kerana anda pasti kelihatan seperti kambing. Satu lagi perkara yang perlu diingat adalah anda jangan cuba goatee berpotongan segi tiga.Buruk sangat...

Stail Stubble
Secara peribadi , gaya ini sangat seksi. Ia tidak serabut dan memberikan gaya rugged dan berbahaya.

Jambang
Satu-satunya lelaki yang miliki jambang yang disetujui sangat bergaya di mata wanita seluruh dunia adalah Hugh Jackman. Beliau merupakan sebab mengapa jambang mampu kelihatan menarik, terutamanya kerana Elvis Presley menyebabkan jambang kelihatan menakutkan. Pastikan jambang anda terjaga dengan razor elektrik untuk kelihatan sehebat Jackman.

Stail Berkumis
Bradley Cooper merupakan seorang lelaki yang sangat tampan. Saya akui jatuh cinta pandang pertama tatkala menonton lakonan beliau sebagai seorang suami yang menduakan isteri beliau dalam filem ‘He’s Just Not That Into You’. Namun saat beliau menyimpan kumis, hancurlah perasaan cinta tersebut. Sekiranya kumis serasi dengan wajah anda, apa salahnya. Tetapi bagi saya, tolonglah, Bradley Cooper, cukurlah kumis anda. Dan jangan cuba kumis ala Charlie Chaplin!


Stail Cukur Bersih
Bijak, bergaya dan segar- tiga perkataan yang mentakrifkan gaya ini. Selain itu, gaya ini mampu membuatkan seorang lelaki kelihatan jauh lebih muda berbanding usia sebenar kerana akhirnya kami boleh melihat wajah anda yang begitu kacak, contohnya seperti pemain bola sepak dari Netherlands, Gregory Van der Wiel.


Dengan itu, persoalannya adalah: untuk cukur atau simpan misai mahupun janggut. Ya, anda miliki perwatakan anda dan tidak boleh dipaksa menjadi Gregory Van der Wiel (walaupun wanita seluruh dunia idamkan jejaka seperti Gregory).

Simpanlah gaya yang serasi dengan personaliti, rupa dan penjagaan anda yang tersendiri. Yang penting, anda selesa dan yakin dengan gaya anda. Asalkan jangan bergaya seperti The Diktator sudahlah.

*Perhatian: Walau pun tidak simpan misai atau janggut  Dato' Seri Hj Ahmad Razif dijangkakan akan terus menjadi lelaki pilihan dalam PRU14 kerana #TerengganuKitaMolehDohLening



Delicious Save this on Delicious

Post a Comment

0 Comments