Strategi Anwar Bertanding Di Kajang Untuk Selamatkan Selangor Daripada Jatuh Ke Tangan Cina.

Pendekar Khalid Gagap mungkin bagus dan cekap menguruskan soal ekonomi dan ia menguntungkan kaum Cina dan terus membiarkan Melayu terpinggir diSelangor. Kaum Cina semakin mendominasi pentadbiran Khalid dan itulah yang membimbangkan Anwar termasuk Azmin. Khalid gagap tertalu berlembut dan tidak punya strategi untuk menyekat kemaraan kaum Cina di Selangor.

Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Melayu, mempunyai semangat juang untuk mempertahan Melayu dan lebih kuat dari mana-mana Melayu yang ada. Kebijaksanaan Anwar dalam rundingcara dengan kaum Cina ternyata Berjaya. Banyak kerusi milik Cina telah dirampas secara diam dan ianya dilakukan secara rundingan secara diplomatik.

Kerusi DUN Bandar seperti  Kuala Terengganu secara tradisinya milik Cina Berjaya dirampas oleh Anwar melalui Parti Keadilan Rakyat. Kerana itu Anwar tidak sedikit pun gentar menubuhkan sebuah parti berbilang kaum kerana beliau yakin dapat menguasai kaum lain untuk terus tunduk dibawah kemahuannya.

Kajang kerusi tradisi milik Cina kini dirampas secara diplomatik oleh Anwar melalui rundingan atas alas an untuk kepentingan parti dan Selangor. Drama pertelingkahan Azmin Khalid adalah plot untuk meyakinkan umum bahawa perlunya Anwar memimpin Selangor.

Apabila Anwar menerajui Selangor, secara automatik Azmin akan berjawatan terkanan dalam kabinet negeri dan beberapa pemimpin Melayu lain daripada Pas akan dimasukkan. Selangor selamat daripada dominasi Cina jika segala percaturan atas kertas yang dibuat Anwar andai menang di Kajang.

Post a Comment

0 Comments