Belum Lagi Bertanding PRK N25 Kajang, Anwar Sudah Berjaya Capai Strategi.


Strategi berpolitik Anwar bukan sahaja susah untuk dibaca lawan malah kawan pun kadang-kadang tak terlintas langsung apa sebenarnya bermain difikiran Anwar.  Pendekatan dan keputusan Anwar dalam politik susah untuk diduga dan penuh misteri.

Semangat Kemelayuan yang menebal dalam diri Anwar yang juga bekas pemimpin ABIM tidak akan mudah dihakis dengan sekelip mata. Pendirian Anwar tetap dan tidak pernah berubah dan Anwar adalah pencipta rentak dan bukan mengikut rentak yang dipalukan pihak lawan atau sahabat dalaman.

Perjuangan untuk menegakkan Islam dan Melayu amat tebal dan oleh kerana tebalnya semangat itu, Anwar tidak menyertai Pas semasa disingkirkan dari Umno dulu. Kenapa? Sedangkan hubungan Anwar dan Allahyarham Ustaz Fadzil Nor amat akrab sehingga Anwar boleh menceritakan perangai Ustaz Fadzil yang suka trim misai depan cermin dan sentiasa lambat dan suka membuat orang tertunggu-tunggu. Ini adalah kerana Anwar tidak yakin dengan matlamat perjuangan Pas yang tidak konsisten.

Anwar yakin dengan kebolehan dirinya yang mampu mempengaruhi kaum lain terutama kaum Cina dan India. Kerana itu Parti semua kaum Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan kerana Anwar yakin dan mampu menguasai mereka tanpa disyaki apa-apa.

Kekuatan MB selangor dalam bidang ekonomi memang dipersetuji Anwar tetapi pemerkasaan ekonomi Melayu dan Islam gagal dilakukan pentadbiran Khalid. Itu yang membimbangkan Anwar dan juga Azmin. Untuk menyelamatkan Selangor dan memperkasakan ekonomi Melayu dalam negeri terkaya di Malaysia, campurtangan Anwar adalah jawapan terbaik kerana kaum Cina tunduk dan taat kepada Anwar.

Kerusi Kajang adalah kerusi tradisi Cina, dan hanya Anwar sahaja yang mampu memujuk kaum Cina. Nah, sekarang Anwar sebenarnya telah mencapai matlamat atau strategi menyekat dan merampas satu lagi kerusi Cina walau pun belum lagi bertanding PRK N25 Kajang.

Post a Comment

0 Comments