Usahawan Terengganu Perlu Jadikan Le Tour De Langkawi 2014 Sebagai Satu Karnival Jualan Terbesar Terengganu.



Usahawan Terengganu perlu merebut peluang untuk menggandakan pendapatan semasa musim Le Tour De Langkawi 2014 nanti. Ini kerana Kerajaan Terengganu akhirnya telah bersetuju kembali untuk menaja acara Le Tour De Langkawi 2014.

Syabas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said kerana tegas dan tegar dengan pendirian. Apa yang lebih penting dalam penajaan ini ialah kerana acara akhir akan berlangsung di Kuala Terengganu dan acara ini akan membawa ramai pengunjung dari serata dunia ke Terengganu. Inilah masanya usahawan Terengganu perlu terlibat secara proaktif bagi menghangatkan lagi acara ini dengan mempromosi produk dan servis mereka agar lebih kreatif, inovatif dan efektif.

Usaha kerajaan menaja program ini akan membawa lambakan pengunjung perlu disambut baik dan inilah masa untuk menggandakan pendapatan. Amat silap jika peniaga di Terengganu menaikkan harga pada masa ini kerana ia akan merugi dan merosakkan reputasi negeri ini sendiri.

Peniaga perlu mengambil peluang ini dengan mengadakan pelbagai jualan murah dan promosi bertemakan Le Tour De Langkawi 2014 sempena acara ini.

Penglibatan usahawan Terengganu secara serius secara tidak langsung akan membuka lebih banyak lagi pelbagai program besar akan dianjurkan di Terengganu. Bayangkan bagaimana Promosi Nasi Dagang Le Tour De Langkawi, atau Keropok Lekor Le Tour De Langkawi, Batik Le Tour De Langkawi mahu pun pakej penginapan istimewa Le Tour De Langkawi 2014 akan semestinya menghangatkan lagi acara nanti.

Usahawan juga perlu merebut peluang untuk mempromosi produk dan servis mereka dilaman sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan macam-macam lagi yang sememangnya percuma. Apabila ramai Usahawan Terengganu yang melibatkan diri, dengan secara tidak langsung ia akan menjadikan acara Le Tour De Langkawi 2014 sebagai satu Karnival Jualan Besaran Terengganu yang akan menguntungkan mereka sendiri.

Bersedia dan rancanglah lebih awal...

Post a Comment

0 Comments