Bertindik Sambil Melukis Bersama Puteri UMNO Kuala Terengganu



KUALA TERENGGANU: 4.1.2014 Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu hari ini menganjurkan Program Bertindik dan Melukis bertempat di Dewan Dato Abu Bakar Daud, tingkat 2 Bangunan UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Gong Kapas, Kuala Terengganu.

Program dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Hj Mohd Sabri Alwi yang diiring Toh Puan. Dalam satu SMS kemeja BP, Datuk Hj Mohd Sabri melahirkan rasa gembira dengan penganjuran ini dan mengucapkan tahniah kepada Ketua Puteri kerana bergiat aktif mendampingi masyarakat.

Datuk Mohd Sabri juga gembira kerana bangunan Umno Gong kapas bukan sekadar menjadi Pejabat Umno bahagian, malah ianya kini dijadikan center untuk komuniti beraktiviti. Dalam pada itu, Nia Notieya Zaharuddin, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu memberitahu BP, Program seumpamanya telah lama dirancang dan ianya dapat dilaksanakan sekarang kerana kemudahan penggunaan premis dan kerjasama dari semua ahli puteri yang amat memberangsangkan.

Program hari ini mendapat sambutan diluar jangka dan kira-kira 150 orang kanak-kanak hadir bersama ibu bapa mereka. Turut hadir memberikan sokongan ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala terengganu sdr Najmi Faiz.  Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat daripada Datuk Ketua Bahagian dan Ketua Puteri Umno Bahagian Kuala Terengganu


Laporan.

Post a Comment

0 Comments