7 Masa Yang Paling Sesuai Untuk Lakukan Hubungan Seksual.

by Norzalina
Hubungan intim yang terbaik bukan bergantung kepada kuantiti, sebaliknya kualiti yang dicapai bersama. Cipta detik asmara umpama malam pertama agar anda dan pasangan tidak pernah merasa jemu biarpun usia perkahwinan sudah bertahun-tahun lamanya.

Tapi bilakah waktu yang terbaik untuk melakukan hubungan intim? Semak senarai ini dan sesuaikan mengikut keselesaan anda.

(1) PAGI HARI

Ketika bangun pagi, simpanan tenaga adalah lebih banyak dan sedia untuk digunakan. Melakukan hubungan intim pada waktu pagi mampu mencetuskan semangat untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Selain itu, waktu pagi juga bagus untuk kesihatan antaranya meningkatkan sistem kekebalan badan.

(2) SAAT PERGI BERCUTI

Percutian merupakan detik terbaik untuk menghabiskan waktu berdua tanpa perlu dihantui oleh urusan kerja dan sebagainya. Sesekali pergilah bercuti tanpa membawa anak-anak.

Manfaatkan detik percutian untuk mencipta kejutan yang boleh meningkatkan rasa cinta anda berdua. Percayalah, saat ini anda dapat menikmati hubungan intim lebih lama. Nikmatlah di tempat-tempat romantik agar suasana percutian anda lebih istimewa.

(3) SEBELUM HAID

Seorang isteri perlu peka dengan kitaran haidnya setiap bulan. Berhubungan intim sebelum datang haid merupakan waktu yang tepat kerana ketika ini seorang wanita akan mudah terangsang sehingga memudahkan dia dan pasangan mencapai kepuasan bersama.

(4) SAAT KELETIHAN

Bebanan kerja, terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang panjang, melayan karenah anak-anak yang aktif mahupun urusan-urusan rumah tangga yang tidak pernah habis ada kalanya membuatkan badan, fikiran dan jiwa keletihan. Bercinta saat ini dapat membaiki suasana hati sekaligus melenyapkan kepenatan yang dirasai. Tidur juga akan menjadi lebih nyenyak.

(5) SELEPAS BEROLAHRAGA

Melakukan aktiviti fizikal seperti olahraga bersama pasangan membuatkan anda lebih percaya diri sehingga dapat meningkatkan rasa sayang serta ghairah. Setelah berolahraga, lelaki mahupun wanita memiliki kadar adrenalin yang tinggi.

(6) JAM 8-10 MALAM

Pada waktu ini wanita akan bersemangat sepenuhnya serta bersedia untuk berhubungan intim. Sementara lelaki pula berada dalam keadaan yang tenang dan santai, jadi mudah untuk diajak bersama. Kesimpulannya, pada waktu ini baik wanita mahupun lelaki berada dalam keadaan yang sama serta siap sedia untuk bercinta.

(7) ANTARA TENGAH MALAM HINGGA DINI HARI

Pada waktu-waktu begini kadar melatonin wanita sangat rendah dengan sensitiviti yang tinggi. Umumnya, ketika ini wanita tidak bersemangat. Sementara lelaki pula berada dalam keadaan yang tenang dan santai. Oleh itu, bergantung kepada anda berdua sama ada mahu memanfaatkan waktu ini atau memilih untuk berehat sahaja.

SUMBER


Post a Comment

0 Comments