Adat Berkawan Membina Tetapi Pas Membinasa. Anwar Buat-buat Bodoh...

POSTED BY  Brian Pedro Rizal  SOURCE  ChurpChurp


Adat berkasih, "sokong" adalah perkara atau disiplin utama yang perlu dipatuhi bila bercinta. Bak kata orang walau busuk macam mana pun kentut kekasih kita, senyum sajalah.. cakaplah wangi macam setanggi. 

Kalau tidak dipertahankan dan diheboh-hebohkan memburuk-burukkan pasangan secara terangan dan terbuka, itu sudah mengundang padah, menjemput sengketa.

Tindakan Hadi Awang secara terbuka menuduh Shamsul bekas calon PKR di Bukit Besi sebagai pengedar pil kuda amat memalukan dan membuka pekung tentang siapa Pas yang sebenarnya. Pas memperojekkan dirinya oleh Tuan Presidennya sebagai sebuah parti yang lidah bercabang dan talam dua muka.

Tindakan Shamsul membuat laporan polis dan kemukakan saman terhadap Hadi menambah parah rasa terbuku dihati kalangan PKR Terengganu yang sememangnya sudah lama tak puas hati dengan Pas.

Menghina ahli PKR samalah seperti menghina Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Apakah Anwar tidak tersentuh dengan tuduhan Hadi itu? Umum pun sudah tahu Hadi pun tak berapa rapat dengan Anwar terutama ketika mula-mula Anwar masuk penjara dulu. Hadi dilihat sebagai seorang yang mahu isi saja tapi kulitnya tak mahu.


Kemenangan Pas ttawan terengganu sepenggal dulu adalah berpunca daripada isu utama iaitu isu rakyat bersimpati terhadap Anwar Ibrahim. Pas lupa dan dalam pengagihan jawatan dalam exco, PKR dilupakan terus dan hanya bagi sikit sahaja kepada PKR.

Begitu juga dengan pengagihan kerusi pilihanraya. Pas terlalu tamak mengalah Belanda yang tak cukup tanah. Semua nak dibolotnya. Kerusi Bukit Besi nak bagi kat PKR pun Pas tak puas hati dan terus pancung dan tuduh calon OKR sebagai penjual Phil Quda. Kalau menang, siapa yang menang? Pakatan rakyat jugak bukan? Habis kenapa sabo? Hati mau baik ber..!!

Lihat sahaja PRK Kuala Besut baru-baru ini, kalau diletakkan calon PKR saya jamin akan tergolek BN di Kuala Besut. Itulah kata orang tua-tua dulu, orang tamak selalu rugi.. dan Pas memang banyak menanggung kerugian kerana bukan sahaja tamak, tetapi bodoh dan sombong. Kawan sebaik PKR pun dia boleh pancung.. Aisey man... tak baiklah itu macam bro...

Pas bukan kawan yang baik.. boleh percaya ker? Nanti percaya sangat, bini kita pun dia rembat. Bukan tak pernah jadi.. YB pas rembat bini penyokong sendiri.. Tanya Mek Jaroh kalu tak caya.. biar dia tebas semuanya..

Post a Comment

0 Comments