Nikah Di Thailand? 6 Tempat Diiktiraf Jakim

JAKIM Iktiraf 6 Tempat Perkahwinan di Thailand KUALA LUMPUR:

 Jakim mengiktiraf enam Majlis Agama Islam di Selatan Thailand untuk menguruskan perkahwinan di Thailand bagi pasangan dari Malaysia, selepas mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim, Saimah Mukhtar berkata, pengiktirafan berkenaan diberikan berdasarkan kesepakatan dan persetujuan bersama yang dimeterai kedua-dua negara dalam satu pertemuan, April lalu. "Enam Majlis Agama Islam berkenaan adalah di Satun, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Phatthalung di Selatan Thailand.



Persetujuan diberikan hasil pertemuan yang diadakan untuk penyelarasan pengurusan perkahwinan warga Malaysia di Selatan Thailand. "Bagaimanapun, pernikahan itu hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah berkenaan saja dan tidak pula membabitkan cawangan lain bagi pejabat berkenaan termasuk di Betong, Thailand," katanya. Ini bermakna bahawa Pejabat Agama Betong tak diiktiraf oleh JAKIM!!

Proses Pernikahan Di Thailand

Berikut ini adalah kaedah operasi yang dijalankan mengikut ejen pernikahan di Thailand

Perjalanan Pasangan yang nikah di Thailand bersama kami akan kami bawa terlebih dahulu ke tempat perkahwinan, samada Majlis Agama islam Songkhla (MAIS) di Klong Hae, yang terletak diantara bandar Hat Yai dan bandar Songkhla, atau Majlis Agama Phatthalung. Perkahwinan, samada nikah biasa, kahwin lari atau nikah gantung, akan berlangsung di MAIS atau MAIP sejurus selepas tiba di sana.
Dalam tempoh tak lebih 2 jam selepas perkahwinan, MAIS atau MAIP akan menyerahkan surat nikah dan surat pengesahan nikah kepada pasangan. Surat pengesahan nikah ini ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla. Berikutan itu, kami akan bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk menyerahkan surat pengesahan nikah dari MAIS tadi, dan untuk memohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia.

Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan untuk jamuan makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla. Selepas makan, pasangan ada pilihan untuk pergi membeli belah di Hat Yai (pusat membeli-belah untuk Wilayah Songkhla ialah di Hat Yai), atau bersiar-siar di sekitar Hat Yai dan Songkhla, atau terus pergi ke hotel.

Sekiranya ingin membeli-belah atau bersiar-siar, kami akan bawa dengan kereta yang kami sediakan, tanpa apa-apa caj tambahan. Hat Yai dan Songkhla adalah tempat pelancongan bagi penduduk Thailand dan Malaysia.

Banyak yang boleh dilihat di sana. Sebagai contoh, Songkhla mempunyai pantai yang cantik, jambatan konkrit terpanjang di Thailand, zoo yang terbesar di Selatan Siam dan perusahaan kain tenunan tangan yang terkenal.

Untuk mereka yang meminati sejarah, muzeum Songkhla mengandungi bahan-bahan sejarah sejak abad ke-7 dulu lagi - zaman pemerintahan Srivijaya. Keesokan harinya, kami akan datang ke hotel untuk menjemput pasangan, untuk pergi mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia ini adalah penting untuk mendaftar nikah bila balik ke Malaysia nanti. Dari Konsulat, kami akan bawa untuk makan tengah hari sebelum bertolak balik ke Bukit Kayu Hitam (atau hotel, bagi mereka yang memilih untuk melanjutkan tempoh berada di Songkhla).

Dokumen untuk Perkahwinan di Thailand

1. Kad Pengenalan
2. Pasport atau Pas Sempadan
Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, pasport yang paling murah berharga RM100 untuk tempoh 2 tahun.

Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk Perak, Perlis, Kedah dan Kelantan. Penduduk negeri-negri lain perlukan pasport antarabangsa. Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini. Anda juga boleh memperbaharui pasport secara online di sini.

3. Bagi janda:

Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal. Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Surat pengesahan dari Konsulat tidak akan dikeluarkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.

Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.

4.Bagi polis atau tentera:

Sebaik-baiknya dapatkan kebenaran bertulis dari jabatan masing-masing dulu

5. Bagi warga negara asing (bukan dari ASEAN):

Semak dari Kedutaan Siam, tak kira di Malaysia atau di negara asal mereka, sama ada mereka perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.

sumber

Post a Comment

0 Comments