Kita Adalah Apa Yang Kita Cakap dan Buat.

Memang benar kita adalah apa yang kita cakap dan buat.

Kerana itu islam mengajar dan mentarbiah umatnya supaya umatnya menjadi sebaik-baik umat di dunia dan akhirat.

Islam bukan sekadar mahukan umatnya menjaga keharmonian sesama manusia tetapi juga dengan segala kehidupan dimuka bumi ini termasuk tumbuhan dan haiwan.

Rasulullah pernah mengarahkan seorang sahabat yang hendak sembelih seekor kambing supaya menjauhkannya dari kambing lain agar mereka tidak dapat melihatnya.

Rasulullah tidak mahu kambing lain menyaksikan penyembelihan itu supaya mereka tidak kesedihan. Sedangkang menjaga perasaan haiwan disuruh, apatah lagi menjaga perasaan dan maruah sesama insan.

Namun masih ada dikalangan kita yang sanggup ikut rasa dan hati tanpa mempeduli tuntutan Ilahi. Tidakkah jelas haiwan itu lebih mulia daripada sesetengah mereka yang ingkar.
       
   

Post a Comment

0 Comments