Ahmad Razif, MB yang faham apa rakyat rasa – Encik Zul Peniaga minuman

Hari ini setelah berkurun lama saya tak jalan-jalan, tetiba Jenggreng ajak pergi ke town kerana nak beli keyboard.

So pergi town, macam biasa kita sentiasa beli sesuatu yang tak pernah kita perlukan seperti USB Cable, white tape dll.

Cadang nak pergi KT Walk tetapi saya tak tahan cuaca yang panas, so ambil keputusan balik saja dan melalui jalan Pantai peranginan Batu Buruk.

Jadi nampak warong jual air kelapa berbagai-bagai. Kita order 2 gelas besar sambil-sambil saya ambil gambar pantai dan laut. Wahh…kelihatan boat nelayan bersusun buat convoy menghala ke muka Kola Sungai Terengganu.

Saya ambiklah gambar dengan handphone yang tak boleh zoom..kecik sangat gambar boat tu..sorry.. RM8.00 untuk dua coconut milkshake dengan extra dua scoop ice-cream for each glass.

“Wah banyak warong kat sini yer, macam-macam ada” saya menyapa bro ual air dalam bahasa Melayu.

 “Hor..molek doh lening…kita boleh berniaga…,bolehlah cari rezeki sikit sebanyok.” Jawab peniaga tu sambil pulangkan wang baki RM2.00.

 “Bakper Boh?” saya tanya (sajalah buat-buat peramah).

“dulu dokleh niaga sining, dok benor, kena hangkut abis barang-barang..Kira wat lariang olimpik sokmo ah dengan MBKT.”

“Oh gitu pulok”saya celah sikit….

“Oh lening molek dohlah… MB Mat Razif wi kebenorang berniaga sepanjang jalang pantai ning.. bukan wi belaker… makna sakning..dalam taman tu dok benor ah…tempat niaga pung kena wi bersih ah..dok leh lok gitu je” 

“Hmmm” saya mengangguk kepala sambil minum air kelapa.

 “Baik MB Mat Razif tu, dia pahang hok rakyat raser..dia paham rakyat hok susoh, yer wi niaga belaker…bukang sining saja or..nung kat Hotel Warisang pong penuh doh orang niaga..” cerita brader jual air bersemangat dalam loghat Besut dia tu..

“Hmmm, Encik nama siapa? Boleh saya ambil gambar buat kenangan?” saya mengangguk kepala sambil minum air kelapa lagi. “he he panggil Zol jer..ambik ah dakper nyer…kadang ork amber waser ah…Ahmad Razif nim susoh nok kaloh kalu ngundi kekgi.. kalu kaloh pung bukang sebab dia..

” Hmmm gitu..aku ucap timer kasih pada Encik Zul dan slow-slow balik studio.sebab petang ni belum update apa-apa lagi..
       
   

Post a Comment

0 Comments