Apa Punca lelaki Hilang Selera Dengan Wanita Dan Mula Mencari Ganti...

Lelaki tidak setia? Lelaki tidak jujur dalam percintaan? Banyak nak kena tanya tu. Persoalannya ialah kenapa lelaki beralih arah dan hilang selera dengan pasangannya?

Lelaki ni bukan robot, sama jer macam manusia lain juga, ada perasaan, ada kemahuan, ada kelemahan dan ada pantang larangnya. Oleh kerana itu, silap-silap haribulan, hubungan yang dimeterai sekian lama tiba-tiba longgar kerana emosi lelaki tersentuh.

Bukan semua lelaki itu miang atau gatal nak cari lain tetapi beberapa factor ini adalah penyebab utama kenapa ramai lelaki tiba-tiba hilang selera dengan wanitanya dan mula cari yang lain. Antara punca-punca utama yang dikenal pasti mengapa lelaki tiba-tiba hilang selera ialah kerana wanitanya:

Selekeh/ Comot 
Wanita semuanya cantik tetapi adakalanya terdapat wanita yang cantik tetapi comot atau selekeh. Selekeh atau comot ni bermaksud ini boleh jadi melibatkan wajah seseorang wanita itu, tata cara berhias yang tak kena, penampilannya yang selekeh atau kerja yang dilakukan serta tindak- tanduknya.

Cerewet 
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Jangan sampai anda dikelasifikasikan sebagai “Wanita Mulu Laser” kelak badan sendiri yang binasa nanti.

Cemburu 
Agak-agaklah kalau nak cemburu tu walau pun cemburu perlu dalam sesuatu hubungan, tetapi wanita yang over cemburu ditahap Dewa hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai lagi.

Cuai 
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa dan juga percakapan. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi itu. Kadangkala tidak menutup aurat dengan sempurna juga turut disifatkan sebagai cuai dalam mentaati perintah agama. Sebahagian lelaki sensitif dalam soal begini. Ya lelaki suka melihat wanita cantik tetapi tidak suka wanita cantiknya dilihat orang.

Celupar 
Menurut Dr. fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. So, jagalah mulut…

Cabul
Bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahram tanpa menghirau batas pergaulan.

Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Ini adalah diantara virus utama yang keterbiasaannya membuatkan lelaki merasa “leceh” bersama wanitanya….

 (bersambung.. fahami lelaki)
rujukan

Post a Comment

0 Comments