Mengapa Semakin Ramai Lelaki Muda Lebih Tertarik Kepada Wanita Berusia?

Kebelakangan ini sudah menjadi trend bagi lelaki muda berpasangan dengan wanita yang lebih berusia.Mereka bahagia dan saling berkasih saying hingga ke akhir hayat.

Fenomena ini tak perlu dirasukan sangat kerana wanita-wanita muda pun sekarang suka pilih lelaki berusia. Kalau yang ada misai janggut tu kira bonuslah. Persoalannya sekarang, kenapa lelaki muda sekarang lebih berkecenderungan memilih wanita lebih berumur?



Perkara ini bukanlah perkara baru, malah kalau kita lihat, Nabi pun kawin dengan wanita yang lebih berusia juga. Mungkin ada orang nak ikut sunnah. Pun begitu, kegairahan berteman wanitakan berusia menjadi trend sampai ke satu tahap dimana wanita-wanita berusia saling nak tayang kekasih atau suami anak ikan mereka terkini.

Wow hebat tu.. Sekarang cuba kita olah kenapa dan kenapa yer…

Jom kita mulakan

1.Faktanya wanita lebih berumur adalah matang pemikirannya, lebih sensual dan mudah dibawa berbincang.

2.Mereka lebih penyayang dan menghargai pasangan mereka. Lelaki merasakan diri mereka cukup dihargai, dimanja dan diberi perhatian. Ini berbeza dengan teman wanita muda yang kebiasaanya mereka lebih ngada-ngada dan asyik mahu dimanja tetapi tak mahu memanjakan.

3.Wanita lebih berusia lebih kool, seksi, berketerampilan, punya pengalaman dan tak perlu diajar apa-apa lagi. She knows what to do and what not to do.

 4. Mereka Lebih memahami hati bila lelaki mengadu masalah mereka. Biasanya pada awal perkenalan mereka ni tidak bercinta. Memang tiada pun niat lelaki tersebut ingin memikat wanita ni, tetapi bila dah bersahabat dan melihat kelebihan wanita yang lebih memahami jiwa mereka lelaki mula tersentuh dan jatuh hati. Usia bukan lagi halangan.

5.Wanita berusia ni kebanyakannya pandain maintain, sensual, comel dan membuatkan hati merudum terpikat.

6.Godaan mereka lebih maut, realistik dan penuh berahi kerana pengalaman mereka. Sebab pandai menggodalah ramai lelaki muda cair dan terpikat.

7. Hubungan pasangan suami isteri atau kekasih adalah seperti lebuhraya empat hala. Masing-masing perlu memandu mengikut tanggungjawab masing-masing dan tidak melanggar peraturan perjalanan kehidupan. Insya Allah perjalanan dalam kehidupan menuju destinasi kebahagiaan akan selamat tercapai.

 So sebagai konklusinya, tepuk lah dada, tanya selera sepatah dua. Andai berkenan dimata, terpikat dihati, ambil saja lessen dengan Tok Kadi dan pandulah dengan cermat agar perjalanan anda menuju ke destinasi kebahagiaan selamat dan sejahtera.

Post a Comment

0 Comments