
Doktor pakar perubatan moden mungkin hanya mampu mendiagnosis masalah luaran kerana tiada alat moden yang dicipta sehingga kini yang dapat mengesan penyakit kerohanian. Punca penyakit jasad dapat diubati dengan pelbagai kaedah dan ubat moden. Namum roh yang berpenyakit dan bercelaru akibat mengabaikan saranan pengambilan makanan Halalan Toyyiban. Makanan haram dan dilaknati amat merbahaya kepada roh kerana ia akan membunuh cel-cel 'memori' dan nilai-nilai kebaikan dalam hati.
Akibat mengabaikan makanan Halalan Toyyiban juga menjadi punca manusia hilang nilai kemanusiaan. Khalifah teragung dan umat Ulul Al-Albab hanya dapat dizahirkan daripada mereka yang mempunyai roh dan jasad yang bersih dan dirahmati. Makanan yang halal sahaja tetapi tidak Toyyiban tidak akan mampu melahirkan roh dan jasad yang sihat lagi dirahmati. Makanan Halalan Toyyiban adalah untukkesempurnaan kesihatan roh dan jasad manusia mencapai tahap bijaksana.
0 Comments