KUALA LUMPUR 18 Mac - Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam baru-baru ini telah membuat satu laporan polis bagi mendapatkan jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa berhubung ancaman yang diterimanya. Mohd. Fareez, 24, mendakwa, beliau serta keluarganya sedang diancam bahaya berikutan terdedahnya satu surat yang diutuskan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya berundur daripada terus memimpin parti. Sehingga hari ini beliau mendakwa masih diancam pihak-pihak tertentu yang dipercayai ada kaitan dengan teguran terdahulu beliau terhadap kepimpinan Wan Azizah. Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez: 1. Sehingga hari ini, keselamatan saya dan keluarga masih diancam. Maka, saya menggesa kepada mereka yang terlibat, yang saya percaya adalah penyokong parti dan kemungkinan orang suruhan Presiden, Wan Azizah agar hentikan segala gangguan dan ancaman ini dengan segera. Baca Seterusnya disini KLIK
0 Comments