Bekas Adun Pas Ustaz Harun Jusoh Kehilangan 2 anak 1 Cucu Serentak

Takziah diucapkan kepada keluarga Ustaz Harun Jusoh Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar,kerana kehilangan tiga orang anggota keluarganya sekaligus, dalam tragedi lemas di Pantai Pandak petang semalam, Jumaat 29 Mac. Dalam kejadian lemas terbabit, dua orang anak lelaki Ustaz Harun, Hafiz dan Abangnya Din dan seorang cucu lelakinya meninggal dunia akibat lemas. Solat jenazah akan diadakan pada jam 9 pagi esok, Sabtu 30 Mac, di Masjid Kampung Kolam, Kuala Ibai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kolam Kuala Ibai. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh sahabat kita Allahyarham Hafiz dan anaknya serta Abangnya Allahyarham Din.

Post a Comment

0 Comments