Aida Gersang Mencari Suaka Cinta Di Villa Atap Hijau



Aida Tengah mengadu, bekas suami yang dicuranginya Apandi seorang yang panas baran. Menurut Aida, "Apandi selalu seksa aku." Lantaran itu Aida terpaksa mencari Suaka Cinta dan terpaksa bekerja untuk mencari perbelanjaan keluarga yang Aida tanggung sepenuhnya. Apa pekerjaan Aida? Bermacam-macam kerja yang Aida telah lakukan. Aida juga pernah berkhidmat sebagai jururawat peribadi untuk arwah isteri Ku Hasan. Mungkin disini segalanya bermula.

Sebagai lelaki Kaya dan Berada sudah tentu Ku Hasan terkilan kerana sejak sekian lama isteri sakit dan tiada peluang sembuh. Aida tertekan kerana sering diseksa suaminya.Kerana tekanan kerja dan berpuasa nafsu (mungkin), urat saraf Ku Hasan tentu tergeliat bagai nak rak. Wah kebetulan Aida yang sekian lama menderita dan terseksa sanggup melakukan apa saja untuk mencari nafkah. Maklumlah Aida terpaksa tanggung semuanya. Menurut Aida lagi. Apendi seorang pemalas dan suka marah orang tak tentu pasal.Kerja Apendi setiap hari ialah tidur dan satu kerja pun tak buat termasuk menyentuh Aida.

Aida terpaksa bekerja macam orang gila sehingga tergilakan Ku Hasan untuk cari duit kerana nak tanggung keluarga dan anak2. Apa pilihan yang Aida ada? Batin terseksa, jiwa merana dan disana Ku Hasan dengan penuh harapan dan nafsu berkobar sanggup memberikan suaka Cinta kepada Aida. Apa pilihan yang Aida ada? Jalan terakhir ialah menuntut cerai... Selepas kematian isteri, Ku Hasan menjadi single dan available dan percintaan terlarang Ku Hasan dan Aida sudah tidak boleh dipisahkan lagi...ikuti temubual seterusnya bersama bekas suami Aida...disini...

Post a Comment

1 Comments

  1. Hebat blog saudara..sy akan pautkan pd blog melayublues.blogspot.com..moga saudara juga dpt pautkan pd blog sy.

    ReplyDelete