Simpan sajalah propaganda mu itu….


Takut tidak gentar pun tidak, tetapi hakikatnya begitulah….nasihat kami kepada penyokong pakatan rakyat damn Pas terutamanya, cukup2 dan tak payahlah nak berdakwah di sini (kalau itu caranya jika kamu panggil dakwah).

Kenapa? Tahukan anda ini adalah page penyokong setia BN/UMNO yang tegas, tegap dan tegar (meminjam kata-kata kegemaran Allahyarham Dato Razali) dan tak akan mungkin berpaling. Kenapa masih nak buang masa?

Dok akan Berdegih….walau seinci sekali pun. Bawalah segala mok nenek, Guru Tok mung..ke.. kami di sini tidak akan berubah untuk menyokong pembangkang. Kamu bukan sahaja membuang masa kamu tetapi kamu mencemari ruang ini dengan propaganda murahan mu itu.
Jadi, kenapa masih nak buang masa dan mencemari ruang ini? Simpan sajalah propaganda mu itu…kerana proganda murahan mu itu tidak akan berjaya memujuk pemuda gagah perkasa dan puteri anggun jelita untuk menyokong kamu.

Kami izinkan kamu masuk dengan harapan kamu masih ada sedikit tatasusila dan malu muka terhadap tuan rumah namun ternyata kami sekali lagi tersalah anggapan terhadap tahap intelek dan bidi bicara kamu yang sememangnya tiada. Jadi, faham-fahamlah ya… simpan sajalah propaganda mu itu….

Post a Comment

0 Comments