Trend 2016: Wanita Gemuk Montel Atau Kurus Menjadi Pilihan?


Jom kita teliti wanita yang macam mana bakal menjadi trend pilihan lelaki untuk tahun 2016. Untuk mu wanita harap bersabar ya.. Adalah dijangkakan Trend wanita pilihan 2016 tidak lagi tertumpu kepada wanita yang kurus tinggi lampai ala-ala model negro tu..Tidak lagi tidak sama sekali.


 Selera pilihan lelaki kini adalah kepada wanita yang menutup aurat dan mempunyai bentuk badan yang montel, gemuk berisi dan manja. Bagi anda wanita montel, berbanggalah walau pun anda termengah-mengah nak naik tangga namun takta wanita pilihan 2016 milik anda. Jangan pernah anda merasa terhina hingga nak diet tak makan 2 hari kerana nak kurus.

Tahukan betapa bertuahnya anda kerana bertubuh gempal ( berisi ) @ gemuk? Ramai kalangan artis yang nampak anggun kerana badan kurus seperti Victoria Beckham, Teri Hatcher, dan Lara Flynn Boyle tetapi Wanita kurus sebenarnya hanya bagus untuk depan kamera sahaja. Lelaki lebih suka bermanja, maklumlah kadang-kadang wanita berisi ni boleh juga dijadikan bantal peluk untuk tidur yang lebih lena.

Sup tulang sudah ketinggalan dan ramai lelaki menyukai wanita yang sedikit isi pada bahagian payudara wanita dan ramai juga lelaki menyukai kepada bokong yang indah. Perhatikan bagaimana Jennifer Lopez (suara bukan sedap sangat pun) selalu berjaya memikat lelaki tampan seperti bekas kekasihnya, Ben Affleck. Tapi pada hakikatnya, lelaki menyukai tubuh wanita yang sedikit berisi.

Bagi mereka, secara visual perkara ini sangat menarik. Setiap bentuk tubuh wanita itu berbeza, dan hasrat lelaki terhadap bentuk tubuh wanita tentunya memiliki perbezaan. Tapi kenyataannya, lelaki mengagumi wanita yang bertubuh lebih berisi.

Pasalnya bagi lelaki, wanita tersebut kelihatan lebih “tenang dengan dirinya sendiri”. Satu hal yang penting, lelaki juga tak sukakan wanita yang terlalu gemuk sangat. Yang sedang-sedang dan ala-ala manja gemuknya.

Meskipun ulasan media biasanya menggambarkan wanita yang fit dan kurus, nyatanya banyak wanita yang lebih berisi menjadi kekaguman di mata lelaki.Contohnya, Renee Zellweger yang seharusnya menjadi cover majalah Bazaar setelah produksi filem “Bridget Jone’s Diary” akhirnya ditolak kerana merasa dia terlalu gemuk.

Jadi, sebenarnya medialah yang mendefinasikan wanita bagaimana seharusnya berpenampilan. Ingatlah, kita mempunyai peribadi yang harus menentukan bagaimana kita akan berpenampilan. Pada ketikanya dulu, Marilyn Monroe juga begitu dipuja lelaki. Lelaki menganggap Marilyn memiliki tubuh sempurna seperti jam pasir dengan ukuran 36-26-36.

Kini, ukuran wanita ideal bentuk tubuhnya adalah 34-24-34 namun dengan tambahan isi pada bahagian payudara. Saat ini, wanita berisi lebih disukai lelaki, seperti bentuk tubuh aktres Kim Kardashian. kalau wanita atau isteri tu terlalu kurus, ia akan memberikan feedback negatif terhadap suaminya nanti.

Apahal pulak kalau orang kata lakinya tu tak bagi dia cukup makanlah pulak. Wanita berisi yang tampak sihat, lebih diinginkan lelaki. Hal ini yang diinginkan lelaki untuk hubungan jangka panjang. Meskipun media dengan lantangnya melemparkan imej wanita-wanita kurus. Tapi kenyataannya, media hanya memberikan gambaran wanita untuk 2 peratus dari rata-rata bentuk tubuh wanita di dunia nyata.

Jadi, kini Anda tahu wanita berisi lebih menarik di mata lelaki. Ini bukanlah kerana untuk kepentingan lelaki dalam acara sukanneka keluarga, kerana isteri gemuk senang sikit nak kejar...

 Ketahuilah para wanita semua, walau pun lelaki ni pada zahirnya nampak macho dan gagah perkasa, namun jauh disudut hatinya ingin sentiasa dimanjakan. Sesekali mereka mahu dimanjakan seperti kanak-kanak...Selalulah ungkap..ala bucuk-bucuk ngeh ngeh ngeh...esok garenti elaun bulanan naik 3 kali ganda.

Post a Comment

1 Comments

  1. Hi. sis. cantik blog sis. penulisan sis pun bagus2. jemput ke blog saya sis untuk info2 kekal cantik dan slim.- boleh ubah ikut blog tu. pastikan relevan

    >>>Kurus sihat Semula Jadi!- leh ubah <<<

    ReplyDelete