Senyum Sokmo walaupun Kita Sedang kecewa - Pok Chu GongBaru

Pertama, ucapan terima kasih kerana memberi laluan untuk temu bual ini. Fokus utama temubual untuk mendapatkan penjelasan mengenai 5 pelaris yang digunakan KRT Gong Baru.

Memulakan bual bicara, Sdr Mohd Hanafiah Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pok Chu GongBaru merupakan Pengerusi KRT Kg. Gong Baru, Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu.

"Senyum Sokmo" katanya ringkas sambil menambah "walaupun kita sedang kecewa," Menurut beliau, amalan senyum adalah penting kerana ia adalah pelaris utama. "Kita akan tahu, sama ada kita gagal atau berjaya dalam kerja kita sebaik sahaja pelanggan kita tinggalkan premis kita" jelas Pok Chu sambil tersenyum.

"Lihat sahaja reaksi pada wajah mereka, adakah mereka senyum atau sedih atau marah dengan perkhidmatan kita"jelas Pok Chu lagi. Menurut Pok Chu, puas hati pelanggan akan digambarkan serta merta diwajah mereka.

Sekiranya mereka senyum bererti kita berjaya dan begitu juga sebaliknya. bayangkan bagaimana kami uruskan pertandingan memancing kami yang sentiasa mendapat sambutan ribuan manusia.

Setiap peserta pertandingan akan kami pastikan mereka senyum sokmo walau pun mereka tidak menjadi juara...

(Bersambung untuk 5 Rahsia Pelaris KRT Gong Baru.) Pok Chu Facebook.

Berikut ini ialah senarai anugerah yang dimenangi KRT Gong baru semenjak penubuhan lagi. Anugerah-anugerah ini menurut Pok Chu merupakan sebagai penghargaan kepada semua kami disini.

2014/05    Anugerah Perdana KRT Kategori Pengurusan KRT Terbaik.

2012-Saguhati Pertandingan Keceriaan & Kibar Jalur Gemilang anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu

2012-Tempat Ketiga Penambahan Keahlian Baru UMNO anjuran UMNO Bahagian K. Terengganu

2012-Anugerah Terbaik Pertandingan Keceriaan Merdeka Kategori Anjung Komuniti 1 Malaysia    anjuran Jabatan Penerangan & Komunikasi Negeri Terengganu

2012- Saguhati Kecemerlangan JKKK Daerah K. Terengganu anjuran Pejabat Daerah K. Terengganu

2012-Anugerah Pengurusan KRT Terbaik    Terengganu anjuran Pejabat Perpaduan Negeri Terengganu

2011
  • Anugerah KRT Terbaik Daerah
  • Anugerah SRS Terbaik
  • Anugerah Jiran Warga Emas Terbaik
    Anugerah Projek Inovasi Terbaik    anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Terengganu

2010    Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu

2010  Kempen Tandatangan Srikandi Prihatin DUN Batu Buruk anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk

2010 Menang Pertandingan Profil Kampung anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk

2010  Anugerah Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Terengganu anjuran Pej. Daerah Kuala Terengganu

2009  
  1. Anugerah Kawasan Rukun Tetangga Cemerlang Terengganu
  2. Anugerah Kawasan Rukun Tetangga Cemerlang
  3. Jiran Warga Emas Cemerlang
  4. Tunas Jiran Cemerlang
  5. Tunas Jiran Terbaik
    anjuran Jabatan  Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Terengganu

2009  
  1. Jiran Wanita Terbaik Terengganu
  2. Jiran Muda Terbaik
  3. SRS Terbaik
anjuran Jabatan  Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Terengganu

2009    Tempat Ke-4 Anugerah Desa Cemerlang Daerah Kuala Terengganu anjuran KEMAS

2008    Anugerah Kualiti & Pengurusan KRT Terbaik Nasional anjuran Kementerian Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Malaysia

2008    KRT Terbaik & Cemerlang Peringkat Negeri anjuran JPNINT

2007    Juara Pertandingan Projek MEPS 3 Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu

2007    Lima Terbaik Pertandingan Kebersihan Mesin Rumput Chain Saw anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu

2008    Johan Pertandingan Permainan Tradisional anjuran Muzium Negeri Terengganu

Post a Comment

0 Comments