Terkini PRK Kuala Besut: Wahid Endut Mengguris Perasaan Penyokong Setia Ustaz Azhar Idrus.

POSTED BY  Brian Pedro Rizal  SOURCE  Sinar Harian


Kenyataan Wahid Endut di Sinar Harian bahawa Ustaz Azhar Idrus tiada dalam senarai pilihan Pas untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut sungguh mengecewakan dan mengguris perasaan sebilangan besar penyokong UAI. Kenyataan itu bukan sekadar mengguris hati dan perasaan penyokong, malah sama sekali memperkecilkan pengaruh dan kredibiliti UAI.

Seorang penyokong setia UAI yang enggan namanya disebut mempertikai kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang mengatakan bahawa "Ustaz Azhar Idrus tiada dalam senarai pilihan Pas" dan “Dia orang Ladang (kawasan di bandar Kuala Terengganu), bukan orang sini." serta memberikan jawapan 'tidak' sebanyak tiga kali itu amat menyedihkan. Menurut penyokong terbabit lagim kenyataan itu amat memalukan dan merendahkan martabat serta menafikan jasa-jasa UAI terhadap Pas selama ini.
Penyokong UAI yang hanya memperkenalkan namanya sebagai Ahmad Radzi mempertikai kedangkalan Wahid Endut yang mungkin lupa sejarah dalam proses PRU di Terengganu. Ahmad Radzi bertanya kenapa soal "Dia orang Ladang" perlu timbul?

"Mat sabu pernah bertanding di Parlimen Kuala Terengganu manakala Ustaz Nasharuddin Mat Isa pun pernah bertanding di Besut dulu? mana logiknya kenyataan Wahid Endut?" persoal Ahmad Radzi dengan nada penuh kesal.

"Ustaz Azhar sendiri tak pernah nafi pun, cuma Wahid Endut saja yang pandai-pandai nafi dan jadi juru cakap yang tak dilantik bagi pehak UAI" ujar Radzi dengan penuh kesal.


"Menurut beliau lagi, kenapa Mat Sabu dan Ustaz Nasharuddin boleh dan kenapa tidak UAI, sedangkan UAI jauh lebih bagus daripada mereka berdua." Ahmad Radzi menyudahkan kenyataan kesalnya itu.

Komen saya: memang ada betul juga pandang anak muda seperti Ahmad Radzi dan ternyata memang Wahid Endut tak tau sejarah dan kebiasaannya kalau orang tak faham sejarah, memang tak ada masa depan.

Post a Comment

0 Comments