Bersunat cegah HIV dan AIDS - WHO - Berita Buruk Untuk Lim Kit Siang?

Sunat cegah HIV sudah lama dibicarakan masyarakat dunia. Menurut Carlos R. Estrada dan rakan-rakannya dari Pusat Kesihatan St. Lukes Rush-Presbyterian di Chicago, Illinois, sekitar 80% jangkitan HIV biasanya muncul selepas melakukan hubungan seks.

Tempat yang paling sering mendapat jangkitan HIV ialah melalui zakar. Nah, kalau seorang lelaki disunat, maka ia boleh mengurangi risiko dua sampai lapan kali, katanya.

Fakta ini dibuktikan lagi dalam kajian yang dilakukan oleh Persatuan Urologi AS yang telah mengambil sampel 14 contoh jaringan kulit hujung zakar dari anak-anak dan orang dewasa.

Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji 3 jenis sampel sel system kekebalan yang mudah dijangkiti virus HIV iaitu sel CD4+T, makrofages dan sel Langerhan. Mereka mendapati bahagian hujung kulit zakar amat mudah terkena jangkitan .

Apabila hubungan seks dilakukan bahagian kulit hujung zakar yang tidak disunat akan mengalami trauma dan mudah dijangkiti kuman serta risiko mendapat jangkitan HIV adalah tinggi.

Pakar kesihatan menasihatkan supaya lelaki dinegara-negara yang risiko HIVnya tinggi perlu bersunat. Hal ini juga diperakui oleh badan World Health Organization. 

*gambar sebagai hiasan semata-mata.

Post a Comment

0 Comments