Wanita Lebih Tabah Mengharungi Kehidupan Berbanding Lelaki?

Jika anda masih berpersepsi bahawa golongan wanita adalah kaum hawa yang lemah sifat dan tidak cukup tabah mengharungi kehidupan, ada baiknya anda berfikir semuala dan renungkan kembali.

Ya memang betul lelaki dan wanita saling memerlukan dan saling memperkukuhkan namun persoalannya siapakah yang lebih tabah mengharungi kehidupan ini.

Wanita dicipta dengan sifat lembut luaran namun dalamannya amat kuat dan jauh lebih tabah. Imej wanita yang digambarkan sebagai "Aku insan yang lemah dan hanya mampu berserah" tidak lagi sesuai dan kena lagi.

Malahan terbukti diserata dunia, tahap intelektualiti manusia tidak dibatasi jantina. Ada sesetengah bahagian wanita jauh lebih mendahului lelaku. Mungkin kerana ada resam dan budaya disesetengah tempat, wanita masih dianggap sebagai kasta kelas kedua.


Namun masa telah berubah, kemampuan dan sumbangan wanita mula dihargai. Wanita juga adalah penjana kejayaan setiap lelaki. Bermula yang bergelar ibu, adalah isteri dan guru yang mendidik dan mengajar dan membesarkan. Banyak perkara yang perlu dipelajari dan dihayati dari wanita terutama soal kesabaran dan ketabahan.

Bermula dari saat seorang wanita cukup umur, ketabahan terpaksa ditempuh dengan penuh kesabaran setiap bulan. menempuh alam perkahwinan, mengandung sembilan bulan adalah sesuatu yang amat luar biasa ditempuhi wanita. menghadapi saat kelahiran adalah satu saat yang extra luar biasa ditempuhi wanita dan seterusnya.

Tinggalkan wanita dengan lima orang anak, yang akan dilakukan wanita? Wanita akan mengembeling tenaga, cari kerja baru untuk tambah pendapatan bagi membesarkan anak-anak. Cuba tinggalkan lelaki dengan dua anak, apa yang akan lelaki buat? Ehemmm, mungkin cari isteri baru untuk jaga anak-anak.....

Hargailah setiap wanita, walau apa atau siapa pun mereka. Kerana wanita adalah insan yang teristimewa.

Post a Comment

0 Comments