Hadi Awang Masih kekal terbaik Untuk Presiden PAS.

Sebelum nak ketuai pusat, Husam harus pandang ke belakang lihat sokongan daripada kelantan untuknya dulu.

Kita belum nak berbicara soal aura yang ada pada Hadi Awang berbanding Husam.

Nasihat ikhlas untuk Husam, tak payahlah nak bertanding melawan Presiden, dapatkan jawatan exco di Kelantan dulu...

Kualiti dan Kredibiliti Hadi Awang terserlah bukan sekadar di Malaysia, malah diseluruh benua Islam. Husam dimana?

Apa yang paling penting dalam perjuangan ini adalah kesabaran. Itu yang ada pada Hadi Awang dan tiada pada Husam. Menyingkap perjuangan Hadi Awang dalam politik, segalanya ditempuh dan dilalui dengan penuh kesabaran sehingga beliau berjaya menjadi Menteri Besar Terengganu dulu.

Apa sejarah yang Husam Musa ada?

Jika Pas mahukan seorang Presiden yang tersengih-sengih ke hulu ke hilir, bersalaman ke sana ni, memang Hadi Awang bukan orangnya. Tapi percayalah..aura yang dibawa Hadi Awang akan terus mengukuhkan Pas.

Saya percaya Hadi Awang masih mengekalkan apa yang pernah disaran Almarhum Ustaz Fadhil Nor supaya mengekalkan gandingan Ulama dan golongan professional dalam Pas.

Husam tak perlu kemaruk kuasalah...jangan berpolitik dalam politik dengan otai, kelak diri sendiri yang merana..

Post a Comment

0 Comments