Sahtipu Bahri Biadap, memalukan Tuan Guru President Pas Dalam Komen Facebook Beliau




Sahtipu Bahri ternyata seorang yang kurang cerdik terutama apabila beliau membuka mulutnya. Komen pada asalnya memang beliau mahu menyindir Dato' Seri Ahmad Said. Tetapi ludahan beliau itu terjatuh ke muka sendiri dan dianggap menghina Tuan Guru Presiden kerana mempertikai dan memperlekeh apa yang dilakukan Presiden.

Siapa sangat Sahtipu Bahri? Cakap siang pandang-pandanglah, tapi kalau cakap atau tulis di facebook tu tengok oranglah. Jangan main belasah saja. Yang awak kutuk tu ialah Presiden Pas dan bukan Pengerusi JSR atau AJK Pas Cawangan. Tindakan celupar Saiful Bahri dalam facebooknya menyindir dan mengutuk perbuatan MB Ahmad Said yang berpelukan dengan Tuan Guru semasa bertemu dio Rumah Terengganu ketika MAHA dulu. Kenalkah Saiful Bahri dengan Tuan Guru Presiden Pas? Saiful Bahri tak tau kepala ekor..jenis bahang rambang (patutlah gi kedaroh pitis peneroka)

Kalau Saiful Bahri yang biadap terlepas tulis nak tahu (kalu doh bodo sangat) Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukan sahaja saudara sesama islam (itu mungkin Saiful Bahri tau) mahu pun se-negeri (itu pun mungkin Saiful Bahri tau) malahan antara mereka mempunyai pertalian persaudaran dan kekeluargaan (itu yang Saiful Bahri tak tau). Mempertikai perbuatan dan keikhlasan Tuan Guru, bererti Saiful menghina Tuan Guru. Memperlekeh Tuan Guru bererti memperlekeh kepimpinan dan kewibawaan Tuan Guru.
Memperlekeh wibawa tuan Guru bererti memperlekeh Parti Pas dan seluruh ahlinya yang dinaungi Saiful Bahri sendiri. Apa tujuan Saiful Bahri menulus ini semua? Atau Saiful Bahri dan tak sabar untuk menjawat jawatan tertinggi dalam Pas Terengganu?

Post a Comment

0 Comments